Sebelum ini, Pas Bulanan Letak Kereta, saya dikenakan charge sebanyak RM60 untuk satu kereta. Tadi mereka kenakan RM63.30. Bertambah RM3.60 daripada nilai sebelum ini. Siapa kata harga perbelanjaan kekal macam biasa? Kalau anda anggap harga barang kekal macam biasa, perlu fikirkan semula, dan esok boleh cuba try...
Beza antara GST dan SST
Setelah baca beberapa buku berkenaan GST dan membezakannya berbanding SST, saya hanya faham satu saja rumusan:SST - Semua barang adalah tidak bercukai kecuali dinyatakan sebaliknya. Maksudnya kalau kerajaan tak kata apa-apa, barang itu tidak kena cukai.
GST - Semua barang kena cukai kecuali dinyatakan sebaliknya. Ertinya anda belilah apa saja semuanya kena cukai kecuali jika kerajaan tetapkan barang itu tidak kena.
Dari rumusan di atas, anda boleh lihat bahawa memang tepat kerajaan akan berjaya menambahkan pendapatan dengan banyak sekali apabila sistem cukai GST diaplikasikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dijangkakan bahawa pendapatan kerajaan akan bertambah sebanyak RM5.6 billion berbanding kutipan SST, hasil daripada kutipan cukai GST ini. Ia menjadikan pendapatan negara hasil dari kutipan cukai berjumlah RM23.2 billion !.
Siapa agaknya yang menanggung pertambahan pendapatan negara sebanyak RM5.6 billion tersebut... tentulah anda dan saya, rakyat Malaysia. Jika dkira daripada 30 juta rakyat Malaysia, bermakna semua orang terpaksa keluarkan lebihan sebanyak RM186.70 setahun untuk diberikan kepada kerajaan.
Bagi orang macam anda dan saya yang ada kemampuan beli komputer, tentu ada duit sikit untuk tanggung pertambahan perbelanjaan sebegitu. Tapi saya sangsi dengan kebanyakan orang kita yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Saya pernah lihat orang menggigil seram hanya untuk bayar RM10 untuk kos lebihan belanja sekolah anak mereka.
Jualan kereta tetap meningkat walau kena GST
Berbalik pada tajuk asal artikel ini, saya baca berita kenyataan dari Malaysia Institute Automotif bahawa jualan kereta dijangka tetap meningkat berbanding tahun lalu. Tahun lalu jualan kereta adalah sebanyak 686 ribu unit. Dan tahun ini jualan kereta dijangka sebanyak 700 ribu unit.Apa makna semua itu?, ia hanya menggambarkan bahawa bagi orang kebanyakan yang ada duit, mereka tetap akan belanja beli kereta samada untuk puaskan hati dengan kereta impian mereka atau sebab lain. Orang kaya tak ada kesan pada GST.
Kalau mereka sanggup perabih duit beli barang yang sentiasa susut nilainya, yang berharga puluhan atau ratusan ribu ringgit, maka apalah sangat pada barangan yang bernilai puluhan ringgit?. Orang kaya tetap kaya dan mereka boleh pejam mata dengan pertambahan kos sara hidup. Yang sengsaranya adalah orang susah, yang majoritinya adalah orang berbangsa Melayu atau kaum Bumiputera.
Di kalangan penjual kereta pula mereka dikatakan sedang goyang sebab ada banyak stok kereta yang dah kena cukai SST sebanyak 10% yang belum terjual. Bila datang GST mereka akan kena sekali lagi cukai 6%. Itupun jika mereka tak tai-chi kos itu pada pembeli.
Saya rasa penjual kereta tak akan buat begitu sebab persaingan sesama mereka tidak mengizinkan untuk buat begitu. Jadi mereka serap kos tersebut dan akibatnya mereka kena dua kali cukai. Menurut persatuan penjual kereta, Perodua, setiap dealer akan kerugian sebanyak RM230 ribu disebabkan kes cukai berganda. Dari mana mereka dapat figure itu tidak pula dinyatakan.
Belajar hidup dengan GST
Walau apapun, perubahan tetap akan berlaku samada suka atau tidak suka. Anda dan saya hanyalah mentimun dalam tempoh antara dua pilihan raya. Tetapi mentimun boleh tukar jadi durian pada pilihan raya, kalau semua sedar diri secara kolektif.Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah belajar hidup degan bebanan yang ada dan bersedia untuk menyesuaikan diri sebolehnya dalam keadaan perubahan demi perubahan yang berlaku. Masalah tetap ada, kita tak boleh hapuskan masalah dalam dunia ini.
Apa yang boleh kita buat adalah belajar untuk hidup dalam keadaan itu. Ertinya belajar untuk hidup dalam keadaan adanya senang dan adanya susah. Apa pendapat anda...?
Tahniah
ReplyDeleteIni baru di panggil ulang tahun "ganGSTer Malaya". bukan makan 1% tapi sekali makan 6%. GodFather Malaya 2015.
TAHNIAH juga Pada semua Rakyat Malaysia. sebab Rakyat Malaysia Matematik Gred "A Plus".
Kalau tukar pada masa hadapan pun, GST tidak akan dilupuskan. Saya berani jamin. Perolehan daripada minyak sudah kurang kerana harga minyak sudah turun. di masa hadapan pun belum tentu boleh naik. Kerajaan yang sensible (mostly the government officials, not the ministers) akan cuba untuk tidak bergantung kepada satu jenis pendapatan yang tak stabil. Income tax yang dikutip pula bukan banyak, x silap saya hanya lebih kurang 2 juta penduduk Malaysia je yang bayar cukai pendapatan.
ReplyDeleteThere you have it. Nak tak nak kena buat GST juga. Btw, did you know that DSAI adalah orang pertama yang mencadangkan GST untuk diperkenalkan masa dia jadi menteri dulu? In 1992! Terima kasih DSAI :D
Oh ya lupa nak tambah, cakap pasal subsidi minyak, saya setuju dimansuhkan. yang banyak pakai minyak subsidi adalah orang2 kaya yang mampu beli kereta 2,3,4. yang miskin pakai satu kereta sahaja, plus satu motor kot. so yang kaya la yang lebih mentekedarah subsidi.
ReplyDeleteTak suka GST kerana kami orang susah. Siapa yang buat Gst kami tak suka tapi kami apa daya. Kami suka kemajuan yang menguntungkan jangka pendek dan jangka panjang.Kami juga tak suka dipermainkan. Tuan zakzak tolong faham..
ReplyDeletePerlaksaan GST jika utk manafaat negara dan rakyat mungkin cara terbaik. Jika segala perolehan dari GST di guna pakai utk kemudahan infrastruktur seperti hospital, upgrade pengangkutan, pendidikan dan segala yg berkaitan dgn rakyat maka amatlah berbaloi kita bayar GST. MASALAHNYA SALAH GUNA DAN BOROS UTK PELAHAP PEMIMPIN DAN RAKYAT YG TANGGUNG. BUAT BISNES HANCUR DUIT PULUH BILLION HILANG. NI YANG NAK MARAH NI.
ReplyDeleteBnyk dpt lagi bnyk rugi..ape dia? Duit gaji.
ReplyDelete