Antara artikel yang mendapat sambutan ramai sejak mula ia disiarkan sampai sekarang di blog ini adalah artikel berkenaan kenderaan 4x4.
Saya mula berminat nak tulis berkenaan kenderaan pacuan 4 roda atau 4x4 ini apabila terfikir nak beli sebuah bagi kegunaan sendiri.
Itupun bukannya nak dapatkan kenderaan 4x4 untuk tujuan berlumba atau seumpamanya, Sebaliknya sebagai persediaan untuk melanjutkan lagi aktiviti lasak dalam hutan setelah dah beberapa kali berpengalaman masuk berehat dalam hutan sejak beberapa tahu kebelakangan ini.
Bermula dari situ, saya terus membuat sedikit pencarian dan juga perbandingan antara beberapa jenis kenderaan 4x4 yang popular di Malaysia. Kenderaan 4x4 yang banyak ada di jalanraya negara kita sekarang ini adalah seperti Toyota Hilux, Ford Ranger, Triton, Dmax, Nissan Frontier, Nissan Navara.
Jangan pilih kenderaan 4x4 untuk kelajuan
Kalau diikutkan dari segi jumlah, sudah tentu kenderaan 4x4 Toyota Hilux paling banyak jumlahnya di seluruh Malaysia. Dan sekarang nampaknya kenderaan 4x4 Ford Ranger sedang menambahkan bilangan mereka terutamanya di Semenanjung MalaysiaRata-rata dalam komen yang ada di artikel lalu berkenaan perbandingan kenderaan 4x4, agak cenderung pada perbandingan kelajuan. Hanya sebilangan pengomen saja yang sering memberikan nasihat dan ingatan bahawa kenderaan 4x4 bukanlah untuk dibandingkan siapa yang lebih laju di jalanraya.
Memang rata-rata kenderaan 4x4 sekarang amat kuat dan boleh dipecut macam kereta lumba. Tapi ramai yang masih tak faham bahawa itu bukan tujuan utama menjadikan kenderaan 4x4 kuat dan bertenaga. Dan saya memang faham sangat dengan perkara tersebut.
Kalau nakkan laju baik saya pilih kenderaan lain seperti BMW, Ferrarri atau seumpamanya, tapi tak ada faedahnya sebab berdasarkan undang-undang jalanraya di Malaysia, paling kuat anda boleh pecut hanyalah setakat 120 km/sejam. Jadi tak berbaloi langsung untuk dapatkan kenderaan laju.
Sebab itu saya suka kenderaan 4x4 yang dipandu seperti anda sedang memandu sebuah lori yang mantap. Lori yang hebat dan mantap akan kelihatan amat macho jika anda memandu dengan tenang sedang-sedang saja kelajuannya. Jadi bagi saya memandu kenderaan 4x4 secara tenang dan berhemah adalah lambang lelaki macho dan berdisiplin tinggi.
Kalau tidak, beginilah jadinya pada mereka yang nak bawa laju macam kereta lumba sedangkan yang dipandu adalah kenderaan 4x4. Sila baca berita di bawah dan ambil iktibar:
Kenderaan 4x4 terlibat dalam kemalangan maut
Air mata pilu ayah oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Khairul Najib Asarulah KhanSeremban: Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan apabila bapa kepada seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Global Matrix (MGS), Bandar Sri Sendayan, dekat sini, menangis teresak-esak melihat jasad anaknya yang maut dalam kemalangan di Jalan Sendayan-Seremban, berhampiran Taman Mantau Indah, di sini, semalam.
Mangsa, K Thivashini, 7, maut akibat tersepit di tempat duduk hadapan van sekolah yang dinaiki bersama tujuh rakan lain selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
Bapanya R Kubanderan, 40-an, hanya mampu menangis sebaik membuka kain putih menutupi mayat anaknya sebelum ditenangkan pasukan bomba yang terbabit operasi menyelamat.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, van berkenaan dalam perjalanan dari Sendayan ke Seremban selepas mengambil kanak-kanak di sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun berkata, setibanya di lokasi kejadian, pacuan empat roda dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali.
Menurutnya, kenderaan itu melanggar tiang elektrik sebelum merempuh van sekolah dipandu lelaki berusia 33 tahun.
“Akibat rempuhan itu, Thivashini maut di lokasi kejadian manakala pemandu van patah kedua-dua kaki. “Tujuh lagi murid berusia antara 4 dan 16 tahun cedera ringan dan mereka dikeluarkan orang awam yang melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, pemandu pacuan empat roda Brandon Lim Lok Wei turut parah manakala dua penumpangnya berusia 19 dan 28 tahun cedera ringan.
“Sepuluh mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, manakala dua lagi murid dibawa ke Hospital Columbia dan Hospital Pakar Seremban (KPJ),” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan MGS Datuk Lee Tian Hock yang ditemui di HTJ berkata, pihaknya bersedih dengan kejadian itu dan menerima maklumat mengenai kemalangan itu jam 4.05 petang.
Beliau berkata, van sekolah dinaiki murid disewa ibu bapa dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di sekitar daerah ini sebaik tamat waktu persekolahan.
“Pihak kami akan membantu menguruskan mangsa kemalangan itu,” katanya.
Jangan pandu kenderaan 4x4 laju-laju
Oleh itu saya seru kepada semua peminat 4x4 diluar sana agar bawa kenderaan anda secara macho, tenang dan berdisiplin. Bawalah macam anda bawa lori besar dan nikmati keselesaan pemanduan kenderaan 4x4 anda itu.Jika anda ada pengalaman berkenaan kenderaan 4x4 ini atau ada maklumat atau ilmu bagaimana nak memandu kenderaan 4x4 secara betul, boleh kongsikan di ruang komen di bawah ini.
Terima kasih!
saya baru nak berjinak2 dgn 4x4 nie... dan buat beberapa research ttg apa yg bagus dan apa yg tak bagus.
ReplyDeleteApa yg saya dapati semenjak beberapa tahun kebelakangan nie.. 4x4 mula dilengkapi dgn ciri2 yg serba moden sama seperti kereta sedan dari segi safety, keselesaan dan teknologi. Sbb itu ramai yg rasa selesa bila pandu laju2.
Dulu2 punya 4x4 mmg dicipta utk buat kerja berat maka injin lebih pada mekanikel saja, janji jalan dan tahan lasak. Tak perlu ABS, EBD, sound sistem dsb..janji kereta jalan.
itu pendapat saya lah
Terima kasih atas pandangan tuan, mungkin ada sesetengah model dari jenama tertentu adalah selamat untuk dipandu seperti kereta..
DeleteBukan 4x4 saja , apa-apa jenis kereta pun , pandulah dengan kelajuan yang selamat untuk pemandu dan juga selamat untuk pemandu kenderaan lain agar kemalangan dapat dielakkan.
ReplyDeleteBetul juga tu... setuju sangat!
DeleteKenderaan 4x4 mempunyai pusat gravity yang tinggi ( berat atas), sedangkan kereta mempunyai pusat graviti yg rendah terutama kereta sport (berat bawah). Bila pecah tayar ( kes seperti di USA) , banyak 4x4 terbalik/bergolek beberapa kali. Begitu juga jika membelok pada kelajuan tinggi.
ReplyDeletedalam pengalaman saya,mitsubishi triton ni memang ada hantu..saya pernah memiliki selama 5thn dan dah dijual pada tahun lepas..memang bawak triton mcm ada sesuatu yang merasuk dlm bdn..tak tahu nk kata macam mana nak kata ego lain nak kata memang perangai mcmtu pn lain jugak sbb selepas jual tu pakai suv baru tenang drive..
ReplyDeleteWah ! menarik pengalaman tu tuan. Mungkin ada ramai lagi yang ada pengalaman merasakan perasaan yang serupa dengan tuan.. !
DeleteKesalahan bkn pada kenderaan tapi kesalahan 100% pada org yg memandu dh klau yg memandu tu mcm org gila banggang jgn kata bwk 4x4 bwk basikal pun exiden n klau betul bgai admin kata maka keta mewah jela yg bleh bwk laju sbb keta mewah tkleh exiden ke? Jika pemancu tu yg gia bwk laju ke bwk pelan ke mesti bleh exiden s
ReplyDeleteBawa laju dengan bawa macam orang gila adalah dua perkara yang berbeza.
DeleteTolak bawa macam orang gila ke tepi, dan fokus pada bawa laju tapi bukan gila.
Dengan andaian itu, kereta menyumbang kepada kestabilan dan keupayaan kawalan ketika memecut dan mengambil selekoh serta ketika membuat hentian mengejut atau perubahan arah mengejut.
Maka andaian kesalahan 100% pada pemandu sudah tentu tidak tepat sama sekali.
Terima kasih berikan komen
Saya baru tukar dari S60 ke Hilux apabila berpindah rumah. Pada awalnya agak kekok membawa hilux disebabkan pembawaan biasa yg melebihi 180km++. Saya dapati hilux kena berhati2 dan lebih memenatkan jika dibawa kelajuan sedemikian. Utk masa ini, saya memandu 130-160km sahaja hilux utk lebih santai dan tidak memenatkan..
ReplyDelete130 ke 160 km/sejam tu kira laju juga bagi sebuah 4x4... tapi memang selalu selisih dengan 4x4 yang bawa laju 140 km/sejam atau lebih atas Highway
Delete160-180 sok bakal meninggal la tu, apa punya bangang 4x4 nk bawak 180, sekali terbabas, bkn ko je mampus, org lain x bersalah pun mampus sbb ada org bangang bawak 4x4 mcm ko la contohnya
ReplyDelete