Menurut sesetengah peminat 4x4, F-150 Raptor ini merupakan sebutir intan dalam dunia pick-up 4x4. Mereka sampai mengandaikan kalau Ferrari masuk dalam industri pembuatan pick-up 4x4, maka inilah contoh pick-up yang akan dibuat oleh Ferrari.
Ford F-150 Raptor ini merupakan salah satu pick-up kegilaan di Amerika. Ia diumpamakan sebagai sebuah mesin raksaksa khas untuk aktiviti off-road. Boleh belasah apa saja kondisi jalan tanpa menghadapi kesukaran dan boleh pecut 100 km/sejam lagi dalam kondisi jalan off-road yang berterabur.
Sebelum ini, Ford F-150 Raptor memperkenalkan Enjin jenis 6.2 liter V-8, berkuasa kuda 411hp. Dengar khabar dia kuan makan kedarah minyak dan mungkin jadi salah satu penyebab orang nak fikir dua kali sebelum mendapatkannya.
Enjin baru untuk Ford F-150 Raptor 2017
Tapi untuk versi terbaru 2017. Ford F-150 Raptor telah memperkenalkan enjin twin-turbocharged 3.5-liter V-6 bersama dengan 'direct fuel injection'. Mungkin masih kuat perabih minyak juga tapi sekurangnya pebih baik daripada yang sebelum ini. Dengar kata kuasakudanya lebih tinggi berbanding yang lama, mungkin antara 450hp ke 500hp.Ford F-150 Raptor dilengkapi dengan suspension yang kuat khas untuk perjalanan panjang dan lama juga dengan Absorber Fox Racing Shox, ditambah dengan tayar sport 35 inci tinggi tayar off-road, membuatkan peminat 4x4 pick-up meleleh air liur.
Ford Raptor F-150 Raptor tiada di Malaysia
Malangnya untuk peminat yang ada banyak duit, tak dapat nak beli Ford F-150 Raptor ini di Malaysia. Ia masih belum lagi di bawa masuk ke dalam negara kita. Tapi kalau nak import dari luar untuk digunakan tak ada salahnya.Tentu hebat kalau anda dilihat membawa Ford F-150 Raptor mengelilingi jalan-jalan di Malaysia. Kena banyak main jalan off-road dan masuk keluar hutan untuk mendapatkan kepuasan maksimum.
Oleh kerana saya hanya sedang guna Toyota Hilux sahaja dan hanya melasak masuk dalam becak di kawasan kampung bila balik masa hujan, masih tak cekap menguasai pembawaan 4x4 dalam keadaan off-road yang mencabar.
Nak kena belajar masuk hutan terlebih dulu. Redah jalan balak dan kasi lunyai Toyota Hilux sebelum cekap menguasai pembawaan pick-up 4x4. Mungkin selepas itu, bila Ford F-150 Raptor di perkenalkan di Malaysia, boleh dapatkan sebuah untuk kegunaan aktiviti lasak.
Terima kasih, berapa anggaran harga rasa nya?
ReplyDeleteharap-harap masuk ke malaysia........meleleh beb
ReplyDelete