Menerima panggilan daripada Toyota Servis Centre adalah satu perkara baru. Selama lebih dari setahun telah menggunakan khidmat servis centre yang sama sejak dari mula beli kereta pickup tersebut, itulah kali pertama mereka buat panggilan.
Selama ini saya sendiri yang terlaksa telefon minta di masukkan dalam jadual tempahan untuk hantar kereta servis. Toyota servis centre itu sentiasa penuh dari pagi sampai petang. Kalau sengaja nak walk-in membuta tulis memang tak dapat.
Teringat pada rungutan semua kawan-kawan yang jalankan perniagaan bengkel kenderaan. Mereka semua merungut bahawa hasil jualan perniagaan merosot teruk sejak GST di kuat kuasakan. Hampir semua orang kata begitu.
Malah, sebelum itu, ketika pergi hantar servis kereta Nissan di Nissan Servis Centre, kelihatan tempat itu sunyi dan kosong. Saya buat panggilan untuk tempah jadual servis, dan mereka kata boleh datang terus walk in sebab ada anyak kosong. Bila tanya pada servis consultant kenapa sunyi... "sebab GST !" jawabnya pendek.
Semua merungut beban GST
Samada betul atau tidak, alasan penurunan hasil jualan kebanyakan perniagaan sekarang berpunca daripada rakyat risau dengan beban GST, tidak dapat dikenal pasti. Rakyat kita lebih pegang persepsi berbanding fakta statistik. Amat sukar nak ubah perangai sebegitu.Bersambung pada kisah saya hantar kereta Toyota Hilux di atas tadi. Sesampai di sana, nampak macam biasa kemeriahan orang ramai pergi hantar servis kenderaan Toyota mereka. Rasanya hasil jualan servis centre itu masih kekal macam biasa.
Mungkin mereka lebih bertindak bijak awal dengan membuat panggilan peringatan pada semua pelanggan setia dan tak setia mereka. Bila dah kena peringat, mahu tak mahu pergi hantar servis juga. Macam kes kereta Hilux saya, dah terlajak lebih seribu kilometer. Jadi bila tahu ada kosong terus saja hantar.
Bagi perkara yang wajib, samada ada GST atau tidak pengguna tak ada pilihan lain. Macam servis kenderaan atau baiki kenderaan yang rosak. Samada anda suka bayar GST atau tidak suka, kena dapatkan perkhidmatan baikpulih juga di bengkel kenderaan. Jadi tak timbul masalah hasil jualan menurun sebab GST. Itu pendapat saya.
Pemandu teksi merungut beban GST
Setelah kereta dilepaskan pada Toyota Servis Centre, saya keluar ke kawasan deretan kedai makan tak jauh dari situ. Perut rasa lapar sebab masih belum sarapan pagi. Saya masuk sebuah kedai makan dan belasah Lontong.Niat di hati nak berjalan kaki saja balik ke pejabat dari Seksyen 15 Shah Alam sampai ke Pusat Perniagaan Worldwide di Seksyen 13 Shah Alam. Boleh bersenam sambil makan angin sepanjang jalan. Tapi bila nak keluar saya lihat ada sebuah teksi depan restoran, datang otak malas.
Saya masuk ke dalam semula dan perhatikan semua pelanggan di dalam kedai makan itu. Terlihat sebuah meja dengan dua orang lelaki seorang berbangs aIndia dan seorang lagi Melayu. Saya teka mungkin salah seorang dari mereka merupakan pemilik teksi di depan kedai makan itu.
Tak salah tekaan saya bila lelaki India itu mengaku bahawa itu teksinya. Saya minta dia hantar saya ke Worldwide dan dia kata boleh selepas selesai dia minum dan makan dengan rakannya itu yang juga seorang pemandu teksi. Saya duduk semula, minta secawan Teh O dan tunggu pemandu teksi bersedia.
Tak mampu menabung akibat GST
Bila pemandu teksi berbangsa India itu sedia untuk berangkat, saya segera buat bayaran minuman dan terus ikutnya masuk dalam teksi. Duduk di bangku belakang dan teksi terus bergerak perlahan menuju ke destinasi.Macam biasa saya terus temubual pemandu itu apa kesan GST pada perkhidmatan teksinya. Dia menjawab dengan tenang tak ada apa-apa kesan terhadap hasil jualan. Pendapatannya masih sama macam sebelum kena GST.
Wah! cool saja pemandu teksi ini!, kata saya dalam hati sebab dia tak melompat marah terus macam pemandu teksi lain yang saya jumpa. Saya cuit lagi degan berkan maklumat mengatakan semua orang merungut hasil jualan turn dalam kebanyakan perniagaan akibat beban GST, sedangkan dia ok saja!.
Dengan perlahan dia mula berikan maklumat terperinci. Dia kata kos sewa beli teksinya adalah seanyak RM52 sehari dulu, sekarang disebabkan GST dia terpaksa buat bayaran sebanyak lebih kurang RM55.10 Ertinya ada peningkatan sebanyak RM3 sehari. kalau sepuluh hari daj jadi RM30, sebulan dah jadi RM90. Gedebuk gedebak dah hampir RM100 kos penambahan akibat GST.
Pemandu teksi itu semakin laju memberikan penerangan. Dia nampaknya makin ghairah dan bersemangat untuk kongsikan rungutan terhadap bebanan GST. Tambahnya lagi, dulu dia perlu bayar broadband sebanyak RM110 sebulan, dengan GST sekarang dia terpaksa bayar RM116.60. Dah ada penambahan kos RM16.60
Dia juga bayar astro, bil elektrik, dan lain-lain bil. Kesemuanya naik dan ada kos tambahan. Ringkasnya dulu semua kos tambahan itu masuk dalam tabung simpanannya untuk masa susah. Tapi akibat GST, dia sudah tidak boleh manabung lagi. Memang GST membebankannya.
Dia kutuk sebab Menteri CGPA 3.85 kata GST hanya untuk orang kaya, "Tapi saya bukan kaya bang !" jerit pemandu teksi itu lagi. Saya mula rasa ngeri bila dia bersemangat lebih dari waktu awal saya mulakan perbualan.
"Kita bayar GST tarak masalah bang, tapi apa dia buat sama itu wang GST?", satu lagi persoalan dikemukakan pada saya oleh pemandu teksi tersebut.
"Apa pasal dia mahu beli itu satu lagi jet ?", tanya pemandu teksi itu lagi.
Saya diam mendengar semua persoalan yang dikemukakan oleh pemandu teksi itu. Mungkin dia dapat semua berita itu dari sumber internet. Sebab kalau dalam media utama tak ada sangat kesemua persoalan yang dikemukakannya.
Nasib baik dah sampai. Saya rasa lega dan keluarkan RM8 untuk diberikan pada pemandu teksi itu lalu ucapkan terima kasih padanya. Sekian kemas kini rungutan pemandu teksi dengan beban GST.
Apa pendapat anda pula...?
kalau kata cukai tak menjadi beban memang orang itu tak da perasaan simpati
ReplyDeletejenis idup tak peduli orang bila dia mati orang pulak lebih lebih nak peduli kat dia
jangan jadi bodo sangat cukupla satakat bodo yang duk ada
Tok Janggut berjuang sebab tak setuju dengan cukai
DeletePd aku GST ni, k'jaan terpaksa buat, mk kita terpaksalah bayar.
ReplyDeleteDulu mungkin perbelanjaan negara tak berapa besar, hasil sumber asli kita yg agak tinggi dpt menampung, tp bila perbelanjaan negara makin meningkat, pendapatan negara dah tak cukup, tambah lg nak bayar bon bon k'jaan yg dah matang yg diterbitkan 20, 30 lepas, lagilah sesak k'jaan dibuatnya. Negara negara yg tak ada sumber asli yg bnyk, lama dah buat.
GST ni yg pd aku lebih berkesan, kurang bnyk rasanya yg boleh elak cukai berbanding cukai pendapatan yg ada sekarang. Cumanya, pd aku yg ramai tak puas hati yg pd aku rasa tak puas hati tu mmg berasas, cara k'jaan belanja, tengok laporan audit je pun dah cukup panaskan hati.
Kalau pemimpin yang merendah diri bijak dan berhemah, rakyat akan sukarela bagi duit pada kerajaan untuk pembangunan
DeleteUtk pencerahan, sewa RM52 sehari mmg kena GST klau tuanpunya teksi berdaftar. Broadband sebelum ni dah ada servis tax 6%. Jadi GST akan ganti servis tax. Takde penambahan RM16.60. Astro pun ada servis tax 6%. GST akan ganti servis tax. Takde penambahan kos. Sama juga bil letrik, pengunaan 300kw kebawah (RM70.00) tiada GST. Lagipun GST ni tak sampai pun 1 bulan, camne dia boleh buat perbandingan? Astro tu keperluan ke kehendak? Rasa2 orang yg tak berada guna letrik sampai RM70.00 tak?
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan..., mungkin bagi pemandu teksi tu nak juga ada astro macam orang lain dan dia masih tak daftar lagi untuk jadi ahli pertapaan yg hanya makan bertih
DeleteApa yg paling menjengkilkan rakyat kena GST tetapi pemimpin tetap hidup bermewah-mewah dgn hasil cukai dari rakyat. Baru bulan 3 dah mintak bajet tambahan, bulan 6 nanti minta lagi bajet tambahan macam ni gunung emas pun boleh rata kena tarah.
ReplyDeleteSiapa kata GST tak membebankan? Bil letrik pun dah kena GST walaupun tak cukup 1 bulan. Menteri kata tak membebankan sebab semua bil dia rakyat yg bayar. Hidup tanggung berak cangkung- semua free. Org yg duduk kat pendalaman memanglah jarang kena GST tetapi yg kat bandar ni jadi miskin bandar semakin papa dibuatnya.
Zaman Baghdad dulu Ibnu Khaldun dah tulis kewujudan golongan papa kedana tinggal di pusat bandaraya..
DeleteBetul tu, bil letrik pun kena GST, tapi kalau kita guna lebih dari 300kw (lebih dari RM70 sebulan) bru kena GST. Pengalaman saya sekarang tinggal dgn 4 rakan yg bekerja shif d rumah sewa 4 bilik, dengan kipas d setiap bilik, TV, Astro, mesin basuh, peti-ais, lampu yg dibuka 24 jam (kerana kerja shif slalu lupa off), periuk nasi & cerek letrik, bil TNB cuma dlm lingkungan RM55-65 je sebulan. Lainlah kalau orang miskin tu mampu pasang air-cond.. Saya tak sokong GST, tapi bila tengok orang kaya, orang berniaga (termasuk yg menerima rasuah) mengelak dari membayar cukai pendapatan, GST adalah yg terbaik, kerana mereka inilah yg sebenarnya berbelanja lebih utk barang2 yg dikenakan GST.
DeleteKenyataan bodoh menteri-menteri yang menyakitkan hati. GST hanya orang kaya yang bayar. Jawapan tu, mungkin budak tadika boleh tampor menteri tu atau budak tu boleh kongsikan coklat minda berkismisnya kat menteri tu, bagi cerdik sikit keluar kenyataan. PM pulak sebagai CEO Malaysia boros dalam menguruskan negara. Kesannya kepada semua rakyat dan paling terkesan mereka yang berpendapatan rendah. Negara kita sebenarnya kaya dengan hasil bumi, instrumen perbankan, sektor perkhidmatan tapi di tadbir dengan lemah longlai. Isu-isu sensitif melibatkan perkauman juga tidak dikawal dengan baik. Pelabur-pelabur tinggalkan kita sebab banyak birokrasi, korupsi. Hormat menghormati sesama kita amat lemah, kebanjiran pekerja asing yang tak terkawal hingga saya balik kampung sesekala pun confuse. Aku kat Bangla ke Indon atau Vietnam ni?. Fikir-fikirkanlah dan rasionalkan fikiran sewaktu lunaskan tanggungjawab memilih pemimpin. The choice is ours. Make it wisely.
ReplyDeleteSetuju sangat tu. Perlu pemimpin berwibawa yg boleh laonjakkan lagi negara kita
Deletepemimpin berwibawa bakal memenuhi penjara sebab tidak sehaluan dgn BN
ReplyDelete