Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 May 2015

Berhenti membaca setelah disergah Ustaz

  Ano Nyme       11 May 2015
Apakah anda seorang yang menjadikan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti rutin hidup anda?. Apakah anda dah habis membaca Tafsir Quran, atau Tafsir Al-Azhar, atau mana-mana Tafsir Quran lain yang diiktiraf?

Orang kita amat malas membaca. Itu adalah fakta atau mungkin persepsi yang semua orang tahu tentang masyarakat di negara kita. Ada bancian terutamanya yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang membuktikan budaya malas membaca di kalangan masyarakat kita.

Statistik amalan membaca rakyat Malaysia

Menurut kajian daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pada tahun 1997, purata rakyat negara kita hanya membaca satu helai mukasurat buku sahaja setahun !. Apalah punya bengap masyarakay kita waktu itu !

Kemudiannya statistik pada tahun 2002 disemak semula untuk melihat perubahan terhadap amalan membaca rakyat negara kita. Perpustakaan Negara Malaysia mendapati rakyat kita sudah berubah. Tahap amalan membaca sudah naik. Pada tahun 2002, statistik mendapati purata rakyat Malaysia membaca sebanyak 2 helai mukasurat setahun. !

Alhamdulillah ! satu pencapain yang amat baik. Setelah 3 tahun sahaja nampaknya budaya membaca buku telah bertambah dengan galaknya di kalangan masyarakat negara kita.

Selepas itu, kajian yang sama juga dilakukan oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005. Satu lagi peningkatan yang amat baik melonjakkan amalan membaca di kalangan rakyat negara kita. Mereka mendapati purata rakyat kita membaca sebanyak 2 naskah buku setahun.

Alhamdulillah!, satu peningkatan drastik! hanya selepas 3 tahun rakyat hanya baca 2 helai mukasurat buku setahun, tetiba ramai orang buat kejutan dengan belasah baca buku 2 naskah setahun. Patutlah jualan buku amat laris sekarang dan ada taukeh yang kaya raya dengan menjual buku.

Walau bagaimanapun, tak perlu rasa bangga sangat dengan peningkatan jumlah buku yang rakyat Malaysia baca setahun. Sebabnya adalah mereka hanya banyak membaca majalah, komik atau akhbar sahaja. Ertinya lebih merupakan bacaan santai.

Statistik membaca di kalangan pelajar universiti Malaysia

Mungkin ada yang kata tak boleh nak tengok statistik rakyat Malaysia keseluruhannya. Semua orang sibuk cari makan atau beratur untuk ambil duit BRIM, mana ada masa nak baca.

Jadi jom tengok statistik amalan membaca para pelajar universiti atau pusat pengajian tinggi di negara kita. Namapun pelajar dan dah tentu kerja mereka adalah belajar dan banyak membaca. Kalau tak membaca apa guna jadi pelajar, tak gitu?

Kita lihat purata pelajar universiti dari negara lain terlebih dahulu dalam aktiviti membaca:

  • Australia - 180 buah buku
  • Indonesia - 94 buah
  • India - 130 buah
  • Thailand - 56 buah
  • Brunei - 26 buah buku
Bagaimana pula dengan pelajar di negara Malaysia?

Hebat!, pelajar kita membaca sebanyak 4 buah buku saja setahun. Patutlah hasil graduan kita amat mengecewakan. Dah lah malas membaca, pencapaian akademik tak setara mana, minta gaji mengada-ngada, kerja hampas tak tahu apa.

Bagaimana pula dengan tahap amalan membaca di kalangan para pensyarah?

Boleh dibanggakan juga sebab purata para pensyarah universiti di negara kita membaca sebanyak 20 buah buku untuk 3 tahun pengajian iaitu enam semester. Jauh amat teruk walaupun nak dibandingkan dengan para pelajar di negara Brunei

Kajian berkenaan amalan membaca di universiti di atas di lakukan oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM).

Apa yang dipaparkan di atas menunjukkan memang benar masyarakat kita malas membaca. Itu satu fakta yang amat menyedihkan.

Belajar dari buku macam belajar dengan syaitan

Ada seorang rakan veteran yang saya jumpa semalam menceritakan pada saya pengalamannya masa muda dahulu. Dia di zaman muda amat kuat membaca, berbagai buku dibeli dan dibaca termasuklah buku-buku agama. Antara buku paling awal yang membuka minda dan menanam tabiat membacanya adalah Tafsir Al-Azhar yang dihasilkan oleh Prof Hamka.

Menyedari betapa baiknya membaca Tafsir Hamka dalam menerap budaya membaca dalam dirinya, dia sering syorkan pada kawan-kawan lain untuk buat perkara yang sama. Dan salah seorang kawannya mula berminat untuk buat perkara sama.

Kawannya itu bermula secara sedikit-sedikit membuka tafsir al-azhar dan membaca sehinggalah dia mula asyik dengan bahan bacaannya itu. Dia jadi ulat buku. Di mana saja pergi dia bawa buku kalau-kalau ada masa nganga tak buat apa, dibukanya tafsir hamka.

Berhenti membaca setelah disergah Ustaz

Pada satu hari dia ke masjid awal sedikit. Sementara menunggu waktu solat, dibukanya tafsir hamka yang sentiasa di bawanya bersama lalu dibaca dengan asyiknya. Tiba-tiba datang ustaz lebai kampungnya melihat apa yang dia sedang buat.

Ustaz itu menegur pemuda tersebut dengan amalan membaca kitab tanpa berguru. Itu kerja syaitan katanya. Belajar dengan membaca tanpa berguru adalah belajar dengan syaitan. Apatah lagi buku yang dibaca oleh pemuda itu merupakan tafsir al-quran, bertambah merah mata ustaz memarahi pemuda tersebut.

Apa yang berlaku adalah pemuda itu berhenti terus daripada membaca. Bukan saja membaca tafsir al-azhar, malah apa saja jenis buku tidak dibacanya. Kecuali surat khabar atau komik hiburan sahaja yang dibacanya. Mungkin komik, majalah atau akhbar itu, tidak ada pengaruh syaitan di dalamnya..?

Syaitan jadi punca masyarakat malas membaca

Berdasarkan kisah benar di atas, ada kemungkinankah ramai lagi yang mengalami masalh sama seperti pemuda yang saya ceritakan tadi. Mereka takut membaca kerana membaca buku itu umpama belajar dengan syaitan terutamanya dalam bab agama.

Bukan saja dalam bab agama, malah dikembang biakkan sikap jangan membaca itu kepada semua urusan lain yang berat melainkn pada bahan bacaan ringan sahaja. Bahan bacaan hiburan seperti majalah gossip, akhbar jual ubat, akhbar kisah rogol dan lain-lain jadi pilihan bacaan sebab para ustaz tidak menegahnya sekeras mereka menghalang bacaan bahan-bahan ilmiah terutamanya keagamaan.

Apa pendapat anda dalam bab ini?

Apakah anda salah seorang yang tak membaca sebab hanya menunggu adanya seorang guru bertentangan dengan kedudukan anda sebelum membuka kitab dan mendengar guru itu membaca ?

Berikan komen anda di bawah...Terima Kasih
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Berhenti membaca setelah disergah Ustaz

Previous
« Prev Post

16 comments:

  1. Kalau rajin membaca pun novel takpun komik. kalau bab yang formal or sejarah mungkin ramai yang malas membaca.

    ReplyDelete
  2. Baca blog..baca maklumat internet kira baca juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupun dikira baca jugak, kalau baca maklumat agama dari internet digelar ustaz google..

      Delete
  3. ada bab ugama kita kena berguru
    nak sebut huruf huruf quran masakan kita pandai sebut sendiri jugak kata betoi
    baca quran pun ada caranya
    walau pun baca ada jugak yang kita kena tanya untuk maklumat lanjut
    masalah lani ramai yang rasa pandai sendiri tak perlu orang lain
    tafsir quran tu pun ada maklumat lagi selain yang ditulis itu
    pimpinan ar rahman sapa yang tulasi kata pengantarnya tapi dia jugak yang pertikai kandungan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan komen anon tu.. terima kasih

      Delete
    2. Skrg ni ada youtube, boleh belajar cara nyebut dan bunyi sebutan dr youtube.

      Delete
  4. Saya dah dua tahun tak baca apa2 buku. Baca Quran pun bila mom jumaat ada baca yasin kat surau.

    Saya ikhlas tak tipu. Lepas ni saya akan cuba baca banyak sikitlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca buku 20 minit sehari, sepuluh hari dah jadi 200 minit, sebulan dah jadi 600 minit sama dengan 10 jam dah boleh habis satu buku, setahun dah jadi 12 buku... kira oklah tu setahun 12 buku jauh menatasi purata rakyat biasa, tent jadi luar biasa kat negara kita... amacam?

      Delete
  5. Saya ni kalau baca buku dalam setengah muka surat, mata terus aje lelap. Jadi kebiasaan pulak, kalau susah nak tidur saya ambik buku dan baca. Tak sampai 5 minit terus tidur nyenyak sampai pagi. Boleh bagi petua nak hilang mengantuk masa baca buku? Serius ni bukan nak melawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab baca buku yang anon tak minat, carilah buku yang kita ada minat nak mengetahui ceritanya, tentu tak mengantuk

      Delete
  6. Selalu org kata, belajar atau membaca takder guru, setan lah gurunya. Betul ke ? Hadis ke, ayat Quran ke ?
    Ada sorg ust muda kata, membaca tanpa guru, yg kita dpt tu maklumat bukan ilmu, makanya kita jadi org yg bermaklumat bukan berilmu. Org bermaklumat ni utk pegangan sendiri sahaja, utk diajarkan kpd org lain tak sesuai, takut takut tersalah. Aku rasa boleh pakai jugak kata kata ust muda tu. Lbh baik jadi org yg bermaklumat dr jadi org yg jahil terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ungkapan ungkapan yg bukan hadis, bukan ayat Al Quran, yg meragukan ni abaikan sahaja, sbb ayat pertama yg diturunkan kpd Nabi kita saw suruh kita baca, so baca ajelah apa apa yg memberikan manfaat, yg penting niatnya betul, utk lebih memahami agama, utk mendekatkan diri kpd Tuhan kita Allah swt. Yg berguru pun ramai juga yg tersesat.

      Delete
    2. Guru ada banyak disekelilng kita, berkawanlah dengan mereka, tentu banyak perbincangan berlaku hasl dari pembacaan kita yang banyak tu... bertambahlah pemahaman

      Delete
  7. betul...kita kena banyak membaca.. tapi jangan salah faham... taksir al-quran bukan senang untuk difahami... sebab itu kena ada guru... membaca untuk tambah pengetahuan...contoh paling mudah sifat 20.. buleh ke faham kalu setakat baca saja... sebab itu kena ada guru supaya lebih memahami dan tak tidak tesilap... sekadar pandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Quran diturunkan sebagai panduan untuk manusia. Kalau manusia tak faham bila membacanya, siapa lagi...?.

      lagipun ada ramai alim ulama dan para ustaz sekeliling kita, dapatkan penjelasan. Berusahalah...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !