Biasanya, orang yang amalkan gaya hidup sihat dengan amalan senaman yang rutin menjadi tabiat kehidupan, pendapatan mereka adalah lebih baik. Bersenam yang dimaksudkan di sini adalah seperti amalan bersukan, jogging, aerobik dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Senaman rutin yang biasanya menjadi tabiat orang yang amalkan gaya hidup sihat adalah dengan kekerapan sekurang-kurang 3 kali dalam masa satu minggu.
Apakah anda salah seorang yang libatkan diri dengan bersukan, atau bersenam jogging, aerobik dan lain-lain sekurang-kurangnya 3 kali seminggu? Kalau jawapannya ya! menarik untuk pastikan samada pendapatan anda adalah dalam lingkungan 7% lebih tinggi berbanding orang lain secara umum.
Kalau anda seorang wanita pula, kemungkinan pendapatan anda lebih tinggi lagi daripada 7% berbanding rakan-rakan anda yang lain yang gemuk gedempul, pemalas bergerak dan tak jadikan amalan bersenam sebagai gaya hidup.
Rumusan tersebut di atas adalah hasil daripada kajian yang telah dijalankan di Amerika terhadap ribuan orang. Kajian dijalankan oleh Vasilios D. Kosteas dari Cleveland State University. Anda boleh rujuk kajian tersebut dengan klik di link sini.
Kenapa amalan bersenam berkait dengan pendapatan tinggi
Menurut pengkaji, amalan bersenam ada banyak kaitan dengan keadaan mental yang kuat, stabil dan sihat serta berupaya berfungsi dengan baik. Amalan bersenam juga dikaitkan dengan keadaan fizikal yang mantap.Dengan adanya kesemua kombinasi tersebut di atas, maka tidak hairanlah mereka yang bersenam sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, punyai tahap produktiviti yang tinggi berbanding mereka yang persis ular sawa mengeram.
Bila produktiviti tinggi, maka sudah tentu keupayaan golongan tersebut untuk menjana pendapatan akan jauh lebih baik berbanding orang lain.
Majoriti besar masyarakat kita malas bersenam. Mereka berikan berbagai alasan untuk sedapkan hati mereka sendiri untuk tidak bersenam. Alasan paling popular adalah kekangan masa. Sibuk mencari makan dengan kerja lebih masa dan macam-macam lagi asalkan ada alasan untuk tidak bersenam.
Jika anda jenis yang suka bagi alasan, fkirkan semula. Kalau mereka yang konsisten bersenam sering berpendapatan lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkannya, kenapa tidak pertimbangkan amalan baik sebegitu.
Elok masukkan salah satu daripada amalan anda untuk tingkatkan pendapatan dengan menerapkan gaya hidup sihat melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh seminggu. Berbaloi rasanya buat begitu, badan pun sihat, pendapatan pun meningkat. Cubalah !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !