Dalam perbincangan, seperti biasa, berbagai janji manis akan dihamburkan untuk meyakinkan siapa-siapa saja yang mahu mendapatkan khidmat pembaikian kereta. Itu memang dah jadi lumrah semua orang yang berniaga.
Tetapi dalam dunia ini ada dua jenis orang dari kalangan mereka yang mampu berkata-kata. Pertama adalah jenis orang yang setiap katanya diteliti terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dusta.
Dua golongan yang berbicara
Satu lagi golongan pula adalah mereka yang langsung tidak membuat pertimbangan terlebih dahulu terhadap apa yang mahu mereka katakan. Setiap kata dihambur keluar sesedap rasa tanpa memikirkan apa kesan di sebalik segala perbicaraannya.Jenis yang kedua ini biasanya kelihatan macam normal. Mereka sendiri memang tak ada niat nak jadi pendusta. Mereka juga mungkin tak ada niat nak mungkiri janji. Tetapi oleh kerana aktiviti berkata-kata dan menabur janji tanpa kawalan dan komitmen yang sering diamalkan secara latih tubi sepanjang hidup, maka ia menjadi tabiat.
Maka tidak hairanlah orang yang suka mungkir janji, dan orang yang sering keluarkan bicara dusta, akan sanggup bersumpah dia tidak ada niat langsung nak buat begitu. Mereka tak sengaja kononnya. Tapi hakikatnya, mereka sudah tak sedar bahawa mungkin janji dan berkata nista dah jadi darah daging sebati dalam diri. Sebab itu tak sedar.
Janji 2 minggu, beri 2 bulan
Wah! panjang sungguh muqadimah kat atas tu. Macam isu berat saja yang nak dikongsikan kat sini. Memag isu yang agak berat sebenarnya. Dan ia mungkin boleh jadi iktibar pada kita semua terutamanya diri saya sendiri.Berbalik pada Nissan Frontier yang saya hantar pada bulan Februari lalu. Untuk maklumat semua, sampai sekarang kereta tersebut masih belum dapat disiapkan. Sebagai yang dijanjikan untuk siap 2 minggu, sekarang dah nak masuk 28 Mei 2015, dah nak jadi 3 bulan, masih tidak dapat selesai.
Berbagai alasan yang diberikan sedangkan saya dah tunaikan semua keperluan yang diminta termasuk memasukkan duit pendahuluan sebanyak RM4 ribu sebelum kerja dimulakan. Yang paling seronok, semua janji yang dia nak buat pada kereta itu dia sendiri dah lupa.
Saya pergi berjumpa dengan mekanik mungkir janji tersebut dan ingatkannya segala janji manis yang lalu. Saya tanya berkenaan kerusi yang dia perlu tukar, yang dia kata sebelum ini ada kerusi second hand masih baru dan akan dipasangnya pada Nissan Frontier saya, dia buat tak ingat pulak dah.
Saya kata jangan risau sebab semua perbualan antara saya dengan dia ada saya catitkan dalam buku nota kecil saya. Dan dia sendiri lihat saya buat catitan. Saya hanya mahu mengamalkan anjuran dalam surah Al-Baqarah ayat 282. Itu antara ayat Quran yang paling panjang sekali dalam Al-Quran.
Nak tahu apa yang diperkatakan, sila rujuk sendiri ayat tersebut. Google kan ada. Buat mereka yang anti Ustaz Google, tentu tak perlu google sebab ayat tersebut berserta maknanya dah ada dalam dada hangpa kan.
Kenapa umat Islam mundur
Itu salah satu sebab umat Islam mundur kat negara kita Malaysia ini. Oleh kerana majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu, maka tidak hairanlah majoriti Bani Melayu adalah masuk dalam kategoti orang mundur.Kita tidak banyak berfikir dalam semua urusan yang dilakukan. Kita main sebut dan main cakap tanpa memahaminya terlebih dahulu. Atau kita main cakap tanpa mengkaji kesan yang dipercakapkan kemudian nanti.
Banyak petua yang kita terima untuk maju kena hafal dan gantung ayat seribu dinar, baca surah Al-Waqi'ah, solat duha, subuh berjemaah, dan berbagai lagi amalan lain samada sunat atau wajib. Tetapi ramai yang tumpukan pada kesemua itu, kalau tak ubah sikap dan dan tidak gunakan akal untuk berfikir, jangan harap nak maju.
Begitu juga ada di kalagan mereka yang terlalu mudah memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah masyarakat dan ekonomi yang melanda umat Islam. Mereka kata, ikut islam selesai semua masalah. Ikut undang-undang Islam selesai semua masalah masyarakat.
Itu adalah contoh ayat-ayat mudah yang mampu membuatkan orang jahil macam saya ternganga. Sedangkan nak proses ayam memerlukan berbagai peralatan dan kesungguhan, inikan pula nak amalkan Islam, nak laksanakan undang-undang dan nak pulihkan masalah masyarakat. Kenyataan simplistik sebegitu tidak membantu umat Islam.
Apa yang kita perlukan sekarang adalah kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk membaiki diri dan semua kerja yang dilakukan. Kurangkan berbahas, kurangkan bercakap. Jangan cakap kalau ia lebih mendatangkan masalah. Kita perlu belajar memperincikan segala tindak tanduk serta percakapan kita untuk maju ke depan.
Apa pendapat anda...?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !