Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 May 2015

Kisah 'Jagan' yang baru memeluk Islam

  Ano Nyme       28 May 2015
Berikut di bawah saya kongsikan kisah seorang rakan yang baru memeluk Islam hasil daripada bantuan MyIKUT, sebuah pertubuhan yang diuruskan dengan aktif oleh saudara Azley dan rakan-rakannya.

MyIKUT digerakkan oleh hampir kesemuanya dari kalangan mereka yang mendapat hidayah memeluk agama Islam di Pulau Pinang. Mereka lebih tahu cabaran yang perlu dihadapi oleh rakan-rakan baru mereka berbanding kita yang Islam baka.

Baca perkongsian kali ini di bawah...

Muhammad Farhan Qayyum atau nama panggilan 'Jagan', memeluk Islam pd 13hb May 2015. Dia masuk Islam setelah menangguh hasrat murni ini selama lebih 25 tahun.

Jagan merupakan seorang anak yang baik patuh kepada kedua ibubapanya. Dia membesar dalam keluarga yang beragama hindu tetapi dikelilingi oleh kawan-kawan berbangsa Melayu. Ini membuatkan Jagan begitu serasi dengan kehidupan seorang Muslim.

Jagan yang berasal dari Perlis ini, di usia remaja sudah pun mengikuti rakan-rakannya yang beragama Islam keluar dengan jemaah tabligh. Dia pernah berwudhuk, iktikaf dalam masjid malah pernah diajar kawan-kawan cara solat.

Tidak ada paksaan dalam beragama yang diamalkan rakan-rakan Jagan membuatnya lebih selesa untuk memilih waktu yang sesuai untuk terima Islam.

Masa berlalu. Keperluan kehidupan dicari dan akhirnya Jagan akur dengan pilihan kedua ibubapanya untuk berkahwin dengan seorang gadis India beragama hindu.

Jauh di sudut hatinya Islam menjadi agama pilihan namun buat ketika itu, pilihan itulah yang ada di tangannya.

Dugaan Tiba

Sebaik saja selesai pertunangan bakal isteri Jagan disahkan mengidap kanser. Maka rawatan perubatan perlu dilakukan.

Jagan tabah hadapi dugaan dan perkahwinan diteruskan juga. Kini sudah 10 tahun mengharungi dugaan ini diwaktu isteri Jagan masih meneruskan perjuangan melawan kanser, ibu Jagan pula terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sebelah kakinya akibat kencing manis.

Tak sanggup lagi tunggu untuk Syahadah 

Dalam mengharugi kedua-dua dugaan ini, Jagan memilh untuk mencari ketenangan dan keredhaan ALLAH.

Banyak yang dipelajari Jagan bersama kawan-kawan Islam ketika menghadapi musibah. Akhirnya Jagan tidak sanggup lagi untuk tangguh pengucapan Syahadahnya. Akhirnya Jagan mengucap dua kalimah Syahadah pada 13hb May 2015. Dia melakukannya sekitar jam 3.15 petang di rumah Penaung myIKUT Tuan Haji Zolkifly Md Lazim.

Kini nama Jagan adalah Muhammad Farhan Qayyum.

Ikhlas dalam Syahadah

Setelah syahadah, apabila ditanya apa perasaan Farhan sekarang, Farhan menjawap

"Alhamdulillah, dah lama saya tunggu saat ini"

Farhan tidak langsung menceritakan dugaan yang dihadapinya sehinggalah selepas ditanya tentang isteri dan kedua ibubapanya.

Alangkah terkejutnya kami mendengar dugaan yang dilaluinya. Farhan Syahadah hanya beberapa hari selepas kaki ibunya dipotong.

Bantuan dan sokongan
Secara peribadi saya merasa amat penting bagi kita sebagai Muslim membantu Farhan. Isteri Farhan telah menangguhkan sesi radiotherapy hampir 2 bulan atas sebab masalah kewangan.

Dalam waktu yang sama, ibu Farhan juga memerlukan rawatan rapi sebab luka dari pembuangan kakinya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...” [Surah An-Nahl: 125]
MyIKUT akan terus istiqomah dalam usaha dakwah menyampaikan pada yang belum Islam. Sesungguhnya hidayah ALLAH itu sudah pun sampai dekat kepada mereka. Cuma kita yang masih belum menyempurnakannya.

MyIKUT mengalu-alukan sumbangan tuan dan puan agar usaha dakwah untuk yang belum Islam dan sokongan kepada saudara baru yang dalam kesempitan serta memerlukan bantuan ''add-hoc', dapat berterusan.

Usaha ini amat penting agar mereka tidak ''disambar'' oleh keluarga mereka yang sentiasa mengharap mereka kembali ke agama asal.

Islam 4 all, All 4 Islam

Selamatkan Syahadah mereka, dan bantu kekalkan Syahadah mereka. Bangunkan mereka dengan Syahadah

Buat mereka yang ada lebihan, anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Semoga kita berkongsi pelaburan kita di 'sini' untuk mendapat ganjarannya di 'sana' nanti, Insyaallah!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kisah 'Jagan' yang baru memeluk Islam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !