Mungkin ada yang berkata, ini merupakan salah satu daripada rentetan bala demi bala yang sedang aktif menyerang negara kita Malaysia di samping berbagai bala lain yang berlaku. Dari satu segi memang ada kebenarannya.
Nampak seperti negara kita tidak henti dilanda bala satu demi satu. Anda semua tentu tahu berbagai kejadian malang yang melanda Malaysia. Kejadian malang yang menyentuh kapal terbang saja dah cukup mengerikan. Cubaan tawan Sabah di Lahad Datu amat memeranjatkan. Baru-baru ini dok tak duduk hilang pulak kapal tangki.
Apa agaknya yang tak kena pada negara kita?
Yang pastinya, semua itu memberikan kesan yang amat buruk pada negara. Kesan sampingan yang terhasil dari kesemua kejadian malang itu mampu meruntuhkan kedudukan kewangan negara jika berterusan tanpa henti.Jika ditambah pula dengan gejala wang lesap seperti dalam kes 1MDB yang masih tidak ada penjelasan yang melegakan, ia lebih merisaukan kita. Apatah lagi nilai ringgit tidak berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan. Ini semuanya bala yang sedang ditanggung oleh rakyat Malaysia, anda dan saya.
Kos rawatan demam denggi
Mari kita lihat kesan kewangan kepada ancaman wabak demam denggi yang sedang melanda negara kita. Sampai sekarang masih tidak nampak ianya akan surut reda. Para petugas dan pegawai kerajaan bertungkus-lumus berusaha mengawal wabak demam denggi ini daripada berterusan.Untuk makluman, kos perbelanjaan yang kerajaan terpaksa keluarkan bagi menanggung rawatan mereka yang terkena demam denggi setakat 4 bulan pertama tahun ini 2015, adalah sebanyak RM847 juta !!!.
Itu baru kos dalam tempoh hanya 4 bulan sahaja. Data itu diberikan oleh Datuk Dr Jerip Susil, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak baru baru ini di Kucing.
Bayangkan jumlah yang bakal dicurahkan selepas ini sampai habis tahun 2015 jika kes demam denggi berterusan meningkat tidak dapat dikurangkan kep paras yang rendah!. Bayangkan juga berapa kos yang telah habis sepanjang tahun lepas ! Ianya sudah tentu mencecah berbiliun-biliun ringgit!
Kos sampingan wabak denggi
Selain daripada kos untuk merawat demam denggi yang mencecah berbiliun ringit, ada banyak lagi kos lain. Kesan daripada masalah denggi ini membuatkan industri pelancongan negara mendapat kesan buruk.Pelancong takut masuk negara kita sebab khuatirkan demam denggi. Maka pendapatan negara hasil daripada industri pelancongan merudum. Satu lagi kos melepas dengan banyaknya untuk negara kita, dalam keadaan kerajaan amat memerlukannya.
Jumlah mereka yang kena demam denggi amat tinggi di seluruh negara, setakat tahun ini sahaja, sampai hari ini, ada sejumlah 52,320 kes dilaporkan dalam portal iDengue. Daripada jumlah yang kena demam denggi, dah ada seramai 138 orang yang meninggal dunia.
Kebiasaannya, mereka yang terkana demam denggi akan lemah dan perlukan rawatan selama 7 ke 10 hari. Mereka akan terlentang atas tilam kelesuan dan tidak dapat menyumbangkan tenaga mereka untuk kerja. Bayangkan sudah berapa banyak kita kehilangan hasil produktiviti !
Tenaga kerja kita hilang begitu sahaja antara 7 ke 10 hari akibat demam denggi !. Itu satu lagi kos melepas yang tidak dapat ditampung semula oleh negara hanya disebabkan oleh kritikalnya wabak denggi melanda.
Bala diterjemahkan dalam kos ringgit
Apa saja bala yang melanda, boleh diterjemahkan kepada wang ringgit sebagai ukuran keseriusannya. Nak ukur kesan emosi adalah terlalu sukar sebab emosi ini tak boleh nak ukur.Oleh itu, secara mudahnya, apa saja yang melibatkan kehilangan jumlah wang boleh dianggap sebagai satu bala melanda negara kita. Kesan daripada wabak denggi, gempa bumi, serangan pengganas, hilang kapal terbang dan sebagainya mengakibatkan banyak wang melesap secara tidak lansung atau secara lansung, itu adalah bala.
Aktiviti melesapkan wang rakyat secara magik tanpa dapat dikesan juga sudah semestinya masuk dalam satu kategori bala yang sepatutnya merisaukan kita semua. Dan bala wang lesap yang dilakukan secara terus oleh manusia sepatutnya berada di bawah kawalan kita yang lebih mudah untuk diuruskan berbanding bala daripada bencana.
Oleh itu, kita perlu segera tangani terlebih dahulu musuh dari kalangan manusia yang amat aktif, licik dan pantas lesapkan wang negara. Itu perlukan keazaman daripada pihak berkuasa dan penghakiman agar menunaikan amanah tanpa takut pada ancaman ahli politik yang lembek tewas dek harta dan kuasa.
Rakyat juga perlu lebih tegas dalam isu membenteras bala ini. Kita semua perlu bersedia menjadi aktivis untuk membenteras bala secara profesional dan moden. Kita perlu mendesak segala salah laku urus tadbir kewangan para pegawai dan menteri untuk letak jawatan dan seret mereka ke muka pengadilan.
Zaman biarkan saja begitu asalkan kita cukup makan dan minum sepatutnya sudah berlalu. Kita sedang berada di ambang maut sebenarnya dari segi ekonomi negara.... kalau biar berterusan dengan sikap enggan terlibat, kita akan menyesal tak sudah.
Apa pendapat anda...?
Iklan:
Sementara itu, jika anda perlukan khidmat kawalan nyamuk aedes untuk taman kediaman anda boleh hubungi En Izam 012-2067357.
Jika anda perlukan khidmat kawalan anai-anai dengan teknik terkini sistem hapus anai-anai secara umpan, boleh segera hubungi En Izam 012-2067357
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !