Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 June 2015

Cara halau nyamuk aedes dengan guna telefon pintar

  Ano Nyme       30 June 2015
Macam mana anda halau nyamuk yang berkerumum di kaki menghisap darah ketika tinggal di kampung dulu?

Biasanya samada banyak atau sedikit, apa jenis nyamuk yang datang menggigit dan hisap darah anda, bergantung pada bagaimana keadaan persekitaran kampung yang anda tinggal.

Kalau nak rasa jumlah nyamuk yang banyak membuat serangan demi serangan, anda hanya perlu cari kawasan tempat tinggal berhampiran kawasan sungai atau tasik yang airnya tidak berapa bersih sangat.

Kawasan sebegitu biasanya dipenuhi sejenis nyamuk yang setiap kali datang singgah atas kulit, akan berada di dalam posisi menonggek dan menjunam. Nyamuk ini memang amat melemaskan sebab suntikannya amat terasa.

Kalau anda tinggal kawasan kampung yang bersih, dengan pohon-pohon yang subur menghijau dan jika ada sungai atau parit, keadaannya bersih, nyamuk yang akan datang menyerang anda biasanya jenis besar terutamanya ketika magrib dan selepas subuh pagi.

Halau nyamuk dengan asap

Masa tinggal kat kampung dulu, setiap waktu petang, orang tua akan mula himpunkan sampah. Bila dah nak masuk magrib, dia bakar semua sampah tersebut. Biasanya bara dan asal kekal sampai ke malam.

Kalau musim nyamuk anyak sangat, ada yang bakar sabut untuk menghasilkan asap. Ada juga yang membakar bekas telur dan letakkan di bawah rumah dengan tujuan untuk halau asap.

Mungkin mereka tiru cara ubat nyamuk untuk menghalau atau membunuh nyamuk. Orang kampung lihat nyamuk mati atau lari dengan asap ubat nyamuk. Jadi apa salahnya jika bakar sabut atau bekas telur untuk keluarkan sasp dengan lebih banyak? Tentu berkesan.

Tapi tak ramai yang sedar bahawa dalam kepulan asap yang dihasilkan oleh ubat nyamuk itu ada bahan aktif yang mana nyamuk alah kepadanya. Jika terkena secara terus pada nyamuk boleh juga membuatkan nyamuk pening dah hampir nak mati.

Halau nyamuk aedes

Sebanyak manapun nyamuk yang ada di sekitar perumahan atau kampung anda, tak kisah seandainya semua nyamuk tersebut bukan daripada baka Nyamuk Aedes. Gigitlah dan hisaplah darah banyak manapun, tak berapa merisaukan sangat.

Tetapi jika ianya adalah daripada Nyamuk Aedes, anda perlu risau. Sebab nyamuk itu merupakan salah satu daripada masalah besar kepada negara kita sekarang. Ia menjadi pembawa kepada masalah demam denggi yang amat teruk melanda Malaysia.

Oleh itu, jika ada anyak nyamuk aedes, anda perlu halau segera. Dan sekarang anda tak perlu lagi bakar ubat nyamuk atau bakar bekas telur atau bakar sabut kelapa. Anda hanya perlu gunakan telefon pintar sahaja.

Telefon pintar halau nyamuk aedes

Apa yang anda perlu buat hanyalah muat turun applikasi Kil-Dengue ke dalam telefon pintar yang anda pakai sekarang. Anda boleh muat turun samada daripada Google Play atau daripada Apple App Store.

Jika anda pakai telefon pintar jenis iPhone, kena bayar sekali download dengan harga USD2.99 sahaja. Jika anda pakai telefon pintar jenis android harga sekali bayar itu hanyalah RM10 sahaja.

Cara applikasi ini berfungsi juga amat menarik. Apabila anda buka applikasi ini, satu jenis frequensi bunyi akan dikeluarkan. Dan ianya adalah frequensi bunyi keyuhan kepak nyamuk aedes jantan.

Bila dengan bunyi kepak nyamuk aedes jantan, nyamuk aedes betina yang sangka ada nyamuk aedes jantan berhampiran kawasan itu akan cabut lari dengan segera. Kenapa dia cabut lari juga ada sebabnya.

Nyamuk betina adalah punca kepada masalah demam denggi. Bila nyamuk betina mengandung, dia akan segera cari darah manusia untuk dapatkan bekalan protein yang diperlukan ketika mengandung.

Dan tabiat nyamuk betina ini, setiap kali dia dah mengandung, dia akan elakkan diri daripada nyamuk aedes jantan. Dia dah tak mahu bersenyawa sebab dah sarat mengandung. Oleh itu, bila dengar bunyi nyamuk aedes jantan dia akan terus belah.

Maka disinilah applikasi Kil-Dengue memainkan peranannya... ! Baca berita berkenaan applikasi ini di sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara halau nyamuk aedes dengan guna telefon pintar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !