Sejak kecil selepas lahir di Penanti Bukit Mertajam, membesar di sana, bermasyarakat di sekitar Parlimen Permatang Pauh dan berjemaah di Masjid Kubang Semang, saya tak pernah tahu tentang Cai. Malah perkataan Cai pun tak pernah saya dengar selama itu.
Bila merantau ke Kotaraya Kuala Lumpur, kemudiaannya merantau pula ke Perancis, bermasyarakat dengan orang Islam di Montpellier, France, berjemaah di Masjid di Pekan Montpellier dan turut sama membantu serba sedikit dengan aktiviti Masjid di sana, saya masih juga tak pernah dengar apa itu Cai.
Tidak pernah ada ada penggunaan Cai sepanjang saya sedar dari kecil di kampung, bangsat di KL dan kemudiannya bangsat pula di Perancis. Mereka semua ketika itu menggunakan akal, dan hati nurani dalam membuat pemilihan terhadap kesemua urusan perlantikan jawatan organisasi. Samada dalam hal ehwal kemasyarakatan apa lagi dalam urusan keagamaan.
Berkenalan dengan Cai di Puchong
Balik dari Perancis, tinggal beberapa tahun di Penanti dan kemudiannya bangsat semula ke Selangor seterusnya bermastautin di Puchong. Di Puchonglah saya mula kenal Cai. Ketika Selangor berjaya di ambil alih oleh Pakatan Rakyat buat kali pertama dalam sejarah Malaysia selepas merdeka.Tugas utama yang amat menarik dilakukan oleh para aktivis politik terutamanya dari kalangan pengikuti PAS adalah merampas tampuk pemerintahan kesemua Masjid yang ada di seluruh negeri Selangor. Saya turut sama teruja dengan aktiviti tersebut dan secara sukarela mahu menjadi sebahagian daripada pemangkah dalam pemilihan ajk masjid dan surau.
Oleh kerana bukan semua orang yang tinggal di Puchong dan juga mana-mana pusat bandar di sekitar Lembah Kelang merupakan penduduk asal, maka sudah tentu urusan memangkah dan memilih pimpinan adalah agak sukar. Ada ramai calon yang langsung tidak dikenali. Maklumlah bukan penduduk asal dan terlalu ramai pula manusia di mana-mana pusat bandar.
Jikalau orang yang tinggal di pusat bandar jarang pula bermasyarakat secara istiqamah dalam tempoh masa yang lama, sudah tentu lebih sukar nak kenal orang lain samada ahli jemaah atau bukan. Jadi ada masalah membuat keputusan memilih sebab tak kenal, tapi nak juga mengundi.
Maka saya kagum dengan pendekatan para ustaz yang mengetengahkan pendekatan Cai untuk diberikan kepada semua ahli khariah yang satu aliran. Ini memudahkan usaha untuk memenangkan kumpulan ajk yang terpilih. Malah saya yakin ramai yang rasa itu satu pendekatan yang amat bijak dan licik.
Usaha itu berjaya menyapu bersih kesemua jawatan ajk masjid hampir di semua masjid seluruh negeri Selangor. Dan saya rasa kumpulan yang mahu disingkirkan sendiri terkezut. Mereka tentu tidak menyangka betapa liciknya para ustad dari sebelah sana. Mereka licik merancang para pengikutnya agar kekal taat setia pada semua pendapat dan telunjuk para ustad, malah dalam urusan pemilihan.
Salahkah guna Cai
Sungguh ketika itu saya tak pernah terfikir samada salah atau tidak penggunaan Cai. Yang saya terlintas dalam kepala hanyalah Cai itu adalah seumpama satu arahan dari pihak atas yang mencatur naik atau turun para pemimpin.Ertinya para pengikut di bawah adalah dungu tidak dapat membuat pemilihan bijak. Atau sekurang-kurangnya jika mereka tidak begitu, mereka adalah dianggap dungu dan tidak bijak memilih.
Lagipun pengikut dianggap tidak bijak kerana kemungkinan mereka tidak berapa kenal dengan kesemua senarai pimpinan yang mahu dilonjakkan ke depan. Jadi ia banyak membantu.
Kini cara yang sama digunakan oleh para ustad dalam pemilihan sebuah parti politik di negara kita. Senarai Cai ketengahkan saf kepimpinan pilihan mereka dan para pemilih hanya perlu rujuk pada Cai. Itulah yang majoriti besar para pemilih telah lakukan apabila mereka menang besar.
Yang menang adalah mereka yang ada dalam senarai Cai. Yang tentukan senarai dan buat Cai adalah hanya sekumpulan. Dan kumpulan yang buat Cai itu sudah tentu ada ketuanya. Maka sudah tentu ketua itu amat hebat perancangannya.
Mungkinkah dia berjaya dalam misinya menjadikan para pengikut melupakan akal dan hati nurani dalam membuat pemilihan. Atau memang pada hakikatnya majoriti masyarakat kita memang begitu sifatnya hanya mendengar dan taat, tanpa sebarang penilaian data dan fakta.
Apa pendapat anda? apakah hebat inovasi Cai ini ? apakah anda rasa Cai ini satu rekaan hebat yang bakal melonjakkan negara kita ke depan dalam bidang pendidikan, ekonomi, teknologi dan sebagainya... berikan pendapat anda !
minda djajah keputusan tersanggah,skhirnya melatah kerananya membwa padah..
ReplyDeletemendalam nampaknya madah tu
DeleteSaya juga menerima pakai cai semasa pemilihan AJK masjid di Puchong selepas PRU12 (2008). Kebanyakan calon AJK tidak dikenali, jadi cai lah dirujuk. Lagi pun itulah pertama kali masjid melakukan undian utk lantik AJK. Selepas beberapa tahun, boleh dilihat AJK yg buat kerja & kurang buat kerja, maka penggunaan cai sudah TIDAK RELEVAN lagi, pada ketika ini rekod kerja AJK lah sepatutnya jadi panduan dan bukannya cai.
ReplyDeletesetuju tu, perlu melihat dan mencerna akal berpandukan rekod lalu untuk buat pilihan
Deleteitu baru cai buat depa ni pi minta kat tokcai kat wat tu lagi huru hara.pandai buat pandailah jawab esok...nanti! harapan dari saya kpd yg terpilih melalui cai pikullah tanggungjawab tu dengan amanah.berat AMANAH tu.
ReplyDeleteRasanya tak kan sampai ke peringkat Tokcai... itu saya yakin insyaallah !
Deletependapat saya mudah aje...
ReplyDeletekalau kita tak mampu berijtihad wajiblah bertaklid dengan ilmu...
kita tak mungkin mampu nak ingat semua orang apatah lagi segala butiran perwatakan dan orientasi politik masing-masing...
maka kenalah bertanya kepada orang yang kita percayai mengenai mana-mana calon yang tidak dikenali supaya kita dapat memilih pemimpin seperti kualiti yang diidamkan...
kalu kita percaya sesuatu cai telah disediakan mengikut "selera" kita maka tidak bersalahanlah jika cai tersebut digunakan sebagai panduan...
bukan apa sekadar bimbang tersalah pangkah...
kadangkala buleh keliru juga bila ada beberapa nama yang hampir sama...
manakala bagi perwakilan yang baharu pertama kali diwakilkan ke muktamar pula cai tersebut pastinya banyak membantu ketika memangkah kertas undi...
Kurang Setuju.
DeleteTak boleh disamakan dgn pemilihan masjid/surau.
Kalau kita baru pindah dan nak pilih AJK masjid, mungkin kita tak tau sapa yg selama ni buat keje betul ke tidak.
Dlm sesebuah parti, seseorang itu di pilih jadi perwakilan biasanya org senior dlm parti.
Kalau dah senior tapi tak kenal sape yg pandai buat keje, sape yg selalu buat decision salah, maknanya, perwakilan tu pun tak tau buat keje. Hahaha.
Kalau perwakilan asyik rujuk cai, maknanya perwakilan tu wala' tanpa guna otak.
Macam tu, bayar $200 kat bangla jadi perwakilan.
Penggunaan Cai ni utk kali pertama pemilihan je.
ReplyDeleteKali ke 2, 3 dan seterusnya, kalau guna Cai juga, lebih baik tak payah demokrasi/khalifah.
Lebih mantap kalau tak perlu guna cai, baru berkualiti hasilnya
DeleteBila guna cai maka jadilah Luncai. Apa pun nampaknya parti cai semakin kusut disebabkan pemilihan macai2, kita tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas ini di Selangor dan PP.
ReplyDeleteAda yang kata kusut, tapi ada juga yang kata semakin menyerlah... ! ikut dari mana sudut pandang masing-masing rasanya
DeleteDalam Islam..Umatnya sering bertelagah kerana telah di sebut dalam hadis Islam berpecah kpd 73 Golongan..yang di anjurkan dalam Islam adalah kembali kepada Al Quran Hadis Sunnah Rasulullah. Lain daripada yg di sebut itu..mereka termasuk dalam 72 Golongan itu..Mungkin mereka ini terdiri drpd bekas pimpinan tertinggi PAS yg Kalah? kerana..Liberal..Sekular..Assobiyah..Fasik..Munafik & Kufur memang termasuk dalam 72 Golongan ini! Ada Faham sahabat??
ReplyDelete"Dan tidak ada seorg pun drpdmu, kecuali mendtgi Neraka itu, adalah yg demikian itu bg Tuhanmu satu kepastian yg telah ditetapkan.
DeleteKemudian Kami selamatkan org org yg bertaqwa dan membiarkan org org yg zalim di dlmnya dlm keadaan berlutut."
19:71&72.
Adalah satu firqah yg selamat itu, golongan org org yg bertaqwa, yg selainnya tiada jaminan keselamatan.
WaAllahu'alam !
Resam manusia itu sering bertelagah... itulah ujiannya. Salah satu cara nak tingkatkan pertelagahan adalah dengan membuat label pada segolongan yg kita tak suka lalu memberikan hukuman pada mereka ikut yg kita suka
DeleteCer tanya jebon...sape dulu pakai cai?
ReplyDeleteCer tanya jebon sape dulu label progresif dan konserbatif?
Cer tanya jebon awat dok bising hina saf yg dh menang?
Rasanya bukan soal siapa yang pakai cai samada jebon atau bukan jebon. Soal di sini adalah amalan guna cai...
DeleteCai tak cai, tu strategi masing masing.
ReplyDeleteYg menang tu, tanggungjawab dan amanah, bukan habuan dan ganjaran.
ada strategi membina jangka panjang, ada strategi hanya membina jangka pendek
Deleteemmm...cai dah di gunakan dlm pemilihan PAS rasanya lama dah tapi mungkin pertama kali di pemilihan pusat. Tapi ye la, kalau cai di jadikan rujukan utk memilih tanpa guna siku dan lutut eh! sori tanpa guna otak....hahaha...tapi tlg la yg menang jgn perasan korang tak tergolong dlm 72 golongan tersebut...hahaha...takbur tu!. deretan contoh2 golongan yg dlm 72 tu... menceritakan yg sebaliknya. ada paham sahabat??
ReplyDeleteYa ! saranan yang baik agar jangan perasan
DeleteYang penting kita wajib ikut Ulama dan Muktamar. Bila dah kata putus maka semua warga pas yg berezki dgn kerajaan negeri pimpinan DAP kena la BERAMBUS. Baru la Isle isle.
ReplyDeleteTak kan bab duit jadi boleh pulak langgar ketetapan muktamar dan buat U-Turn. Nak kerja terus dengan kerajaan Negeri boleh TAPI kena la buat MUKTAMAR KHAS pembatalan resolusi yg diterima.
Mudah kan untuk difahami. Lagi pun dah kuat apa lagi BERAMBUS la dari PR terutamanya di Selangor. Kalu runtuh kerajaan Selangor ada PRN, apa takut kan ke kita KUAT dah tentu MB dari Pas.Tak kan nak U-TURN dan memalukan Dewan Ulama pulak kannn.
Apa pun mudah patuhi lah Muktamar dan ULAMA baru ada maruah,
Sekali lagi cakap BERAMBUS
tentu ada alasan tersendiri tu
DeleteCai cai lama2 jadi macai.
ReplyDeletetak syok jadi macai
DeleteBro..
ReplyDeleteOrg yg IQ tak lulus SRP/LCE(era 70/80an) nih.. mrk belajor bab2 ugama..& yg lulus kan mrk pon geng2 Ugama yg TOLOL-bengap juga..syalibus mrk tak pernah brkembang..dok jenoh mngHAFAL kesah2 Arab-NAHU-SARAF-Tajwid yg dah berlalu lebih 1400tahun lalu..
......"evolusi PEMIKIRAN teknoloji dan komunikasi sosial terlalu7Jauh brkembang"......
Klu mrk bukan ngaji kat pondok & masuk sekolah BIASA...klu ada 7 klas A B C D E F G mrk nih akan dpt paling bagus pon klas C/D dan kebawah!? Mrk ini samaskali LANGSUNG tak akan layak dr segi IQ utk masuk kesekolah2 sprt MCKK STAR SEDAR ALAM SHAH MRSM dll...sbb tu mrk hampir pasti BUNGKUS LCE/SRP sbb IQ mrk ciput-COROT!?
......."ukurlah baju pd BADAN sendiri"......
Bila depa dah boleh sikit "hape"/hafal bab sjarah & dpt pulok bole cakap Arab sikit2 tambah pulok dpt ijazah-SAMPAH drp pak2 Arab yg lg teruk-korup nya tu,,?? depa nih dah mule naik TOCANG wehh & "PRASAN" pandai smua..huhuhu
..........."jgn lah jd sprti KADUK naik junjung"......
Depa jd lg TOLOL bila org2 kampong dah panggil depa ostad apatah lg bila diNOBAT konon2nya sbg "ularrrMak" pd hal klu depa masuk skolah biasa SRP/LCE--Maths pon tak lulus!?..
.........."jgn lah berangan2 mcm Mat Jenin".....
SEDANGkan..
Sebaliknya..
Org mcm Dr Dzul Dr Hatta Nizar Hanipa Khalid Samad Dr Mariah dll.. yg IQ depa memang ALLAH dah anugrahkan "HEBAT" depa nih boleh pulun apa yg Hadi Awang hafal/belajar berpuloh2 tahun tuu..hanya dlm masa 6bulan @ lebih2 setahun jerr....!?
........."jd lah resmi PADI makin tunduk makin berisi"......
Sbb IQ depa ALLAH anugrahkan memang HEBAT sbb tu depa hebat dlm subjek2 Maths Sains Fizik Kimia Economic dll..dan mrk mudah mnguasai BAHASA2 Omputih, Manderin, Tamil hatta Arab skalipon..
Mrk juga mudah faham BASIC undang2, dan otak depa memang "laju" sbb itu mrk LANGSUNG tak takut wacana-DEBAT-hujjah skalipon dicabar kat dlm Gereja dan dimana2 shj..mrk snantiasa berdiri dgn sbnr7HAQ-UNVRSAL-value ygAZALI sbb itu suara mrk sgt2 lantang dan mnguasai lebih sparuh SESI parlimen dr pmbangkang dgn penoh smangat KBERANIAN!?
........"benih yg baik w.pon dibuang ketengah2 LAUTAN akan mnjd pulau"......
INGAT..
Ingat sejarah..
Nabi SAW pon dr kalangan IQ yg sgt7HEBAT w.pon nabi tak masuk sekolah & buta-HURUF tp dr sudut IQ nya sgt7HEBAT sbb itulah "IDEA"nya dihormati ddlm mncari pnyelesaian MASAALAH dikalangan msyarakat jahiliyah w.pon diusia mudanya lg...
Sbb itu nabi SAW bershbt dgn Abu Bakar AbdurRahman Auf Othman dll yg ahli/pakar ddlm perniagaan yg juga mmiliki IQ yg sgt7HEBAT krn latar blakang prniagaan-profesional antaraBANGSA diSyam Yaman dll yg trdiri/bercampur dengan brbagai2BANGSA dan brbagai2Bahasa..
...."Great minds THINK alike"...
SEBAB
Sebab itulah ularrrMak2/ahlulKitab Yahudi & Nasrani sgt7DENGKI trhdp nabi SAW seolah2 nabi yg baru seTAHUN jagung belajor mngHAFAL sejarah-WAHYU tiba2 berani mncabar mrk utk hadir berDEBAT & berHUJJAH...sdangkan mrk tlh pon mndpt NOBAT dan "Tauliah" berpuloh2 tahun sblum nabi!?
........"ingatlah hikayat berguna Hang Nadim dgn Spura dilanggar todak".......
...tetapi krn IQ nabi SAW yg dianugrahi'NYA itu memang bnar7HEBAT maka mrk pon terpaksalah mnggunakan KUASA kepala LUTUT-&-SIKU utk mmbuat-makar-FITNAH-ONAR-@ "CHAI" agar dpt mmbunuh/mnghapuskan sbnr7PEMBAWA-erti-KBNARAN itu..
Cobalah renong2-visualisekan sinetron ini dgn mndlm..
I luv you bro....wsalam
Luv U 2
DeletePada saya mudah sahaja. Hanya spesis macai dan pencacai yang suka pada kaedah 'cai'. Ikut membabi buta apa yang ada dalam senarai cai. Macam dah tak boleh nak berfikir. Macai, pencacai dan cai memang tak boleh dipisahkan.
ReplyDeleteSalam, bro..
ReplyDeleteDdlm Quran tlh dimaktub kan..
ALLAH tlh mmberi jaminan bhw ssungguh2nya "ciri2" org2 yg bnar7BerIMAN itu..
Note:...bnar7BerIMAN???
>>>> 1) Yg paling7terTINGGI skali-------"wa antumul'AKLAUN inkuntum MUKMININ"..
>paling7terTINGGI IQ-merit-bakat ddlm mnyelesaikan MASAALAH2..
Best of d best
>paling7terTINGGI-kejujuran sjujur7nya yg TIADA tandingan
>NOT selfish but totally SELFLESS
>paling7terTINGGI-keikhlasan seikhlas7nya ygTIADA bandingan
>absolutely SELFLESS witout any personal interest
>paling7AMANAH paling7TELUS-audit-SUCI paling7INDAH-murni-diHATI dll lg..
>Integrity & Transparency to d purest CORE value/destiny
>>>> 2) Yg mnjd centre-PUSAT-NUKLIUS-rujukan------"ummatan WASATAN"..
>sgt7GENIUS
>sgt7Brilliant
>ThinkSmart workSmart
>.."Sekilas pandang ikan diair..." hanya & hanya cukup seKILAS pandang jerr!
Islam tlh mnjd model centre-PUSAT-rujukan & pameran ksluruh donia slps kwafatan nabi SAW..
Krn keunggulan nilai..nilai..nilai & NILAI2 maha7INDAH maha7SUCI yg TIADA tolok bndingan..
>>>> 3) Dpt mmBACA mngANALISA mbuka RAHSIA......"haqqa-TILAWATIHI"
>mencari sbnr7MAKNA-definasi-HAKIKI-universal yg azali
>finding d SOLUTION to d CORE....to d ABSOLUTE source/CORE of evrything
Ddlm Hadis pula..ciri2 sbnr7MUKMIN itu adalah..
>>paling7terPANTAS-laju-EFISTEN skali............"sabaqtum SABQAN baiida"
>paling7terPANTAS berFIKIR
>paling7terPANTAS buat keputusan SELESAI masaalah
>ACTION owez speak louder than word
DAN...bnyak skali hadis2 yg mnyebut ISLAM sbg "deen/SYSTEM"
.....yg bnar7MUDAH lg sgt7mMUDAHkan
.....yg bnar7LAPANG lg sgt7mLAPANGkan
.....yg bnar7TERANG lg maha7TERANG
Coba bayangkan apb SYSTEM ygBobrok-GELAP-FITNAH-rasuah disuloh seTERANG7nya?
Bolehkah lg jubah SORBAN mnutup sgl rasuah-FITNAH-songlap ddlm GELAP??
Bro...
Adakah sama org2 yg bnar7berFIKIR dgn org2 yg hanya & hanya tau mngHAFAL?
Bro..
Adakah sama org2 yg mnDEWA2kan sesama manusia dgn org yg TAK perlu sikitpon tauliah-diNOBAT2kan sprt budak2 hingusan??
Bro..
Adakah sama yg GELAP-songlap-rasuah-FITNAH dgn yg bdiri ddlm sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG???
Bro..
Adakah sama org2 yg GILA-donia-selfish berPUTAR-brBELIT2-khianat-mmFITNAH dgn org yg sprt nabi2 yg totally-immers in SELFLESSness????
...and ONE and ONLY...totally n only "HIS/GOD-ummah" interest absolutely..
...FLY and peace..to heaven
Sama2 kita renong dlm2 demi mmancarkan sbnr7HAQ-CAHAYA-Islam yg maha7TERANG yg tlh dbawakan oleh smua nabi2 as kedonia ini..
...bukan & bukan sprt si-IQ cipuuut drp-SIKU-n-lutot..hehehe