Mulanya perlu terlebih dahulu pergi ke kaunter MAS di Kota Kinabalu Airport untuk semak samada boleh buat penjadualan semula waktu balik. Bila urusan tersebut berjaya, maka perjalanan terpaksa di susun semula untuk terus berada di Sabah lagi 3 hari.
Cuma ada sedikit masalah apabila perjalanan kembara ditambah jumlah harinya. Masalah paling utama adalah pakaian terutamanya seluar dalam yang terhad. Semua bekalan pakaian adalah untuk dua hari sahaja di Sabah kini telah bertukat menjadi 5 hari. Perlu kreatif sedikit untuk hadapi masalah kecil itu.
Satu lagi masalah adalah tidak membawa kamera DSLR dalam perjalanan kali ini. Memag sengaja tak bawa sebab rancangan awal tak akan ke mana-mana selain dari berada di Kota Kinabalu. Kalau tahu perjalanan kali ni akan meredah banjaran Crooker turun dan naik di tempat yang berbeza, sudah tentu tak akan tinggalkan kamera DSLR kat rumah tu.
Tapi masalah itu dapat selesai juga dengan adanya telefon pintar yang memang dah ada kamera tersemat di dalamnya. Memang kualiti gambar dan kepuasan tangkap gambar tak akan sama antara telefon pintar dengan kamera DSLR, tapi bak kata orang tua, tak ada rotan akarpun berguna juga.
Perjalanan pergi lawat workshop kereta
Perjalanan kali ini adalah dari Kota Kinabalu menuju ke Keningau dengan menaiki kereta hebat buatan Proton. Hebat sebab saya dengar bunyi enjin kereta proton saga baru itu saling tak tumpah macam bunyi kereta sport. Ini bukan perlu ok ! memang real !.Kami bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke banyak tempat sebenarnya sebelum mula memanjat banjaran Crooker menuju ke Keningau. Antara tempat yang dilawati adalah seperti Penampang, Papar, dan Beaufort.
Perjalanan akhir adalah di Beaufort dan kami terpaksa kejar masa supaya dapat berada di Puncak Banjaran Crooker sebelum matahari terbenam. Nak rasa macam mana suasana pemandangan kat atas tu ketika matahari terbenam.
Tapi impian untuk menikmati suasana matahari terbenam atas puncak banjaran crooker tu tak kesampaian sebab hujan turun lebat dan suasana gelap meliputi awan. Jadi kami panjat banjaran Crooker dalam keadaan suram dan berhati-hati dengan cuaca yang gelap.
Akhirnya kami sampai juga ke Pekan Keningau lebih kurang pukul 9 malam dan terus pergi check-in ke Hotel yang sudah siap ditempa. Selesai check out, solat magrib dan insya dihimpunkan sekali terus keluar pergi cari makan kat Keningau.
Oleh kerana masalah tak tahu mana tempat makan-makan yang menarik sedap dan hebat kat Keningau kami singgah saja di sebuah kedai tak jauh dari Hotel. Burger kat atas tu adalah menu yang saya belasah malam itu sebelum tidur.
Cerita ringkas di Keningau
Keesokkan paginya kami terus check out hotel terlebih dahulu setelah bersarapan ringkas di Hotel kat Keningau. Pergi selesaikan urusan hari itu sampai siap kesemuanya di waktu tengahari.Berhampiran pejabat MARA kat Keningau tu ada sebuah kedai makan. Kat situ saya duduk bersama dengan seorang warga Keningau yang ibu bapanya berasal dari Johor. Dia dilahirkan di Keningau dan membesar juga di situ.
Kedua ibu dan bapanya sekarang dah pulang balik duduk di Johor. Mereka tak mahu putuskan hubungan dan kenangan dengan Keningau Sabah maka anak-anak digalakkan untuk tinggal dan berkeluarga di sana. Sebab itulah kawan saya itu dan adiknya terus tinggal dan menjalani kehidupan di Keningau.
Dia memperkenalkan satu makanan yang menarik kat kedai yang sedang kami lepak minum itu. Gambar di atas adalah rupa makanan yang saya makan itu. Namanya adalah Ngai Chop Kolomen. Nampak simple sangat kan! tapi rasanya amat lazat. Mee tu rasa kenyal dan bersayur dengan rasa masam, masin dan sedikit manis secukup rasa.
Semangkuk sup berisikan daging dan juga meatball di beri bersama dengan semangkuk mee seperti dalam gambar di atas. Sambil makan mee hirup kuah sup dan kunyah perlahan-lahan meatball memang sangat hebat terasa nikmatnya. Ada dua size dan yang saya makan adalah size kecil. Rasa menyesal pulak minta size kecil, tapi memang sedap dan berbaloi mencuba makana tersebut.
Ke Tambunan dari Keningau
Selesai makan Ngai Chop Kolomen dengan enak, saya dan kawan-kawan meneruskan lagi perjalanan menuju ke Tambunan pulak. Kali ini kami merentas pemandangan kampung yang cantik sehinggalah akhirnya sampai di tempat yang dijanjikan di sebuah kedai.Tak lama menunggu datang En Onn, tuan punya sebuah workshop kereta yang kami nak lawat hari itu. Dia datang dengan motosikal dan mengarahkan agar kami mengekorinya. Kami ikut dari belakang dan masuk ke simpang sebuah jalan kecil bertar.
Ada sebuah sungai yang lebar dan jernih di situ. Rumah orang kampung agak jauh jaraknya antara sebuah rumah dengan ang lain. Ada sawah bendang yang diusahakan oleh orang kampung. Secara umumnya ia hanyalah sebuah kampung yang terpencil.
Kami berhenti di sebuah jambatan dan terpaksa naik jambatan dengan berjalan kaki untuk melintas sungai. Di sebelah sana kelihatan sebuah workshop kereta 4x4 yang besar dan kemas serta lengkap. Siapa sangka ada workshop kereta hebat kat kampung macam ni... begitulah bisik saya dalam hati!.
Workshop tersebut lengkap dengan kesemua peralatan yang diperlukan untuk membaiki kenderaan anda terutamanya kenderaan pacuan empat roda. Dia ada lengkap dengan sistem komputer diagnostik kenderaan berbagai model. Anda yang tingal di sekitar Tambunan boleh lawat workshop kenderaan itu di laman FB di sini.
Gambar kat atas sekali adalah gambar workshop kereta tersebut. Dan saya paparkan di sini sedikit gambar pemandangan suasana kampung tersebut.
Habis lawatan di Tambunan kami bergerak lagi untuk patah balik ke Kota Kinabalu. Kali ini akan merentas sekali lagi banjaran Crooker. Jalan yang akan diambil berlainan daripada jalan kami datang sebelum ini dan pemandangannya lebih indah sebab sepanjang bergerak dari Tambunan menuju ke atas bukit.
Oleh kerana dah panjang sangat, setakat ini saja kali ini. Mungkin ada kesempatan akan dikongsikan pula cerita kami naik banjaran crooker dari Tambunan dengan pemandangannya yang memukau mata memandang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !