Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 July 2015

Bagaimana jadikan pemanduan Toyota Hilux sedap dan selesa

  Ano Nyme       12 July 2015


Bagi mereka yang dah biasa guna kereta Toyota Hilux tentu sedar bagaimana keadaan pemanduan kereta tersebut terutamanya dalam keadaan tidak membawa apa-apa muatan di belakang.

Ada dua jenis rasa setiap kali anda menaiki Toyota Hilux. Ianya bergantung pada tempat anda duduk samada sebagai pemandu, atau sebagai penumpang di sebelah pemandu ataupun sebagai penumpang di bahagian belakang kenderaan pacuan 4 roda double cab Toyota Hilux.

Tak perlulah kita cakap bagaimana rasanya duduk kat bahagian belakang sekali Toyota Hilux itu. Tempat itu adalah untuk kegunaan muatan barang dan bukannya untuk digunakan sebagai tempat penumpang daripada spesis manusia.

Bagaimana rasa jika menaiki Toyota Hilux

  1. Pemandu - Dari segi getaran dan hentakan ketika memandu Toyota Hilux adalah tidak berapa ketara sangat. 
    1. Pemanduannya agak sedap tetapi terasa sedikit ringan setiap kali membuat selekoh terutamanya selekoh yang tajam. 
    2. Pegangan steering ketika memandu di atas lebuh raya agak ringgan. Anda boleh rasa cengkaman keempat-empat tayar atas jalan tidak berapa kemas.
    3. Kereta akan bergoyang dan bergetar teruk jika anda sedang membawa laju dan melanggar lopak atau batu besar.
    4. Jika sedang membuat selekoh dalam kelajuan yang agak tinggi, terlangar lubang atau bonggol besar amat merbahaya kerana anda akan rasa seperti sedang berhayun.
    5. Posisi kedudukan kerusi ditambah dengan henjutan dalam satu perjalanan jauh dengan Toyota Hilux boleh meninggalkan kesan sakit pinggang.
  2. Penumpang di sebelah pemandu - Henjutan dan goyangan bagi mereka yang duduk disebelah pemandu adalah tidak berapa ketara sangat.
    1. Anda juga tak boleh rasa kelancaran pemanduan kenderaan dengan berada di sebelah pemandu. Apa yang anda boleh rasa hanyalah rasa risau setiap kali pemandu membuat selekoh dalam kelajuan yang agak tinggi.
    2. Macam saya kata di atas tadi, kelemahan Toyota Hilux amat ketara dalam bab pengamblan selekoh. Rasa sangat ringan dan beralun serta bergetar kuat.
    3. Secara keseluruhan duduk sebagai penumpang di bahagian depan adalah agak selesa jika pemandu berhemah dan tidak memandu seperti kereta biasa. Jika anda membawa orang tua sebagai penumpang, bahagian depan adalah lebih sesuai untuk mereka.
  3. Penumpang di bahagian belakang - Ini bahagian paling mencabar terutamanya bagi mereka yang ada masalah pinggang.
    1. Penumpang bahagian belakang akan sering melambung setiap kali kenderaan melangar bonggolan jalan walaupun kecil. Bukan saja melambung, getarannya juga terasa dan anada akan berayun-ayun tak habis-habis.
    2. Terasa dengan jelas betapa kerasnya spring bahagian belakang Toyota Hilux jika anda menumpang bahagian belakang kenderaan tersebut.
    3. Jika anda sedang mengandung, silap hari bulan boleh bersalin jika menumpan di bahagian belakang Toyota Hilux.

Ford Ranger lebih sedap dari Toyota Hilux

Saya tak pernah lagi memandu atau menumpang Ford Ranger. Memang teringin sangat untuk sekurang-kurangnya sekali memandu dan menumpang di atas Ford Ranger yang menjadi minat ramai orang sekarang ini.

Maklumat yang saya dapat berkenaan kehebatan Ford Ranger berbanding dengan Toyota Hilux hanyalah daripada pemilik kenderaan itu dan juga daripada perbandingan profesional yang mudah didapati dari internet.

Bardasarkan semua maklumat tersebut, saya rumuskan bahawa pengalaman yang anda rasai dalam pemanduan Ford Ranger adalah jauh lebih selesa dan sedap berbanding pemanduan Toyota Hilux. 

Oleh kerana pemanduan Toyota Hilux yang saya ada sudah memadai kesedapan rasanya, maka saya boleh bayangkan betapa Ford Ranger tentu jauh lebih sedap lagi dipandu. Namun boleh bayangkan sahaja lah sebab tak berpeluang nak bawa setakat ini.

Walau bagaimanapun saya dapat maklumat bahawa kos penyelenggaraan Ford Ranger agak tinggi berbanding kos penyelenggaraan Toyota Hilux. (Saya dah kongsikan maklumat kos selenggara Toyota Hilux di sini kalau anda nak tahu). Jadi saya rasa itu lebih utama untuk dijadikan pilihan dan melegakan hati.

Bagaimana jadikan Toyota Hilux sedap dan selesa

Tetapi semua itu berubah baru-baru ini setelah saya pergi ke sebuah bengkel kenderaan pacuan 4 roda yang terletak di Petaling Jaya. Kedai tersebut menjuruskan hanya pada khidmat servis dan upgrade serta mencantikkan kenderaan pacuan 4 roda sahaja.

Puncanya adalah masalah penutup kotak belakang yang saya pasang di belakang kenderaan Toyota Hilux saya. Pemasangan kotak tersebut saya serahkan pada Toyota keseluruhannya ketika pembelian kenderaan itu dulu.

Pemasangannya tidak berapa cantik dan tidak dibuat dengan betul. Amat susah nak tutup pintu kotak itu setiap kali dibuka. Jenuh kena hinggut kenderaan Toyota Hilux itu baru nak boleh kunci. Kadangkala saya terpaksa panjat naik atas kotak itu dan mengenjutnya seperti monyet pulak.

Lama kelamaan, ikatan pada kunci kotak itu menjadi longgar. Jika dibiarkan ia akan merosakkan lebih banyak lagi part lain pada kotak tersebut. Jadi saya mula cari kedai untuk pasang semula dan betulkan semua kelonggaran yang ada

Nak diringkaskan cerita, dapatlah saya maklumat dari sebuah kedai Melayu di Puchong yang mencadangkan agar saya ke PJ berhampiran Bandar Sunway. Kat situ ada kedai yang specialist dalam bab aksesori 4x4, katanya. Dia tak boleh buat sebab pekerja tak ada dan lagipun Melayu itu hanya pakar dalam modified 4x4 untuk kegunaan masuk hutan saja.

Maka saya terus pergi cari kedai specialist 4x4 petang itu juga untuk perkemaskan pemasangan kotak di belakang kenderaan Toyota Hilux saya. Jumpa juga akhirnya dan saya ternganga melihat berbagai aksesori yag ada di situ.

Saya kuatkan iman dan tahan nafas sambil menyuruh taukeh kedai itu hanya membaiki pemasangan kotak itu saja. Dia tanya siapa yang pasang sebelum ini dan cadangkan saya pergi semula ke kedai itu sebab pemasangannya tidak elok kata taukeh kedai itu.

Saya kata tak perlu sebab tak nak buang masa. Dia hanya perlu buat semula pemasangan dan saya akan bayar segala kos yang dikenakan. Asalkan semua elok semula. Lalu dia setuju dan memulakan kerjanya.

Para pekerjanya semuanya terdiri daripada orang Thailand yang masih muda-muda. Mereka amat cekap dalam bab kenderaan 4x4 ini. Saya melihat mereka buka dan buat pembetulan dengan penuh minat dan mula rasa yakin dengan kecekapan para pekerja di situ.

Pasang Space Arm pada Toyota Hilux

Sambil itu saya mula tanya tentang bagaimana nak stabilkan kenderaan Toyota Hilux saya supaya menjad lebih sedap dan selesa dari segi pemanduan. Mereka beritahu agar saya pasang Space Arm di bahagian belakang kenderaan Toyota Hilux itu.

Tanya punya tanya dan bincang punya bincang, akhirnya saya terus suruh mereka buat pemasangan. Tambahan pula kata taukeh bengkel itu, saya akan rasa seperti bawa kereta biasa sebaik saja space arm di pasang pada kenderaan Toyota Hilux saya itu.

Dan habislah melayang duit saya petang itu. Dari hanya nak betulkan kotak belakang Toyota Hilux, dan pergi pasang peralatan sport untuk kenderaan pacuan 4 roda pulak. Semua habis dalam RM900 petang itu. Tapi saya rasa puas hati sebab suka dengan cara kerja para pemuda siam di kedai itu yang bersungguh-sungguh buat pemasangan dengan teliti.

Bila dah siap semuanya, maka mulalah saya rasa tak sabar nak mencuba dan merasai perbezaan pemanduan sebelum pemasangan space arm berbanding selepas pemasangannya. Saya lompat nak dan hidupkan enjin.

Masukkan gear ke depan dan mula memandu. Sah memang berbeza sekali. Sebaik saja memegang steering toyota Hilux saya itu, rasa macam pegang kenderaan yang berbeza pulak. Terasa amat kejap pemanduannya dan mantap serta stabil.

Sudah tentu saya boleh rasakan semua itu sebab dan hampir dua tahun saya memandu Toyota Hilux sebelum ini tanpa adanya space arm. Pemanduan kali ini amat berbeza. Saya seperti sedang memandu sebuah kenderaan continental yang terkenal dengan terasa berat stabil dan mantap.

Bila saya henjut di atas lebuh raya dan buta selekoh dalam kelajuan yang agak tinggi, semuanya amat stabil jauh berbeza berbanding dengan sebelum ini. Pemanduan Toyota Hilux dengan adanya space arm di bahagian belakang seperti pemanduan sebuah kenderaan biasa. Betul kata taukeh cina tadi.

Apa yang boleh saya rumuskan kat sini adalah jika anda nak jadikan pemanduan Toyota Hilux sedap dan selesa, pergilah pasang Space Arm sekarang juga. Memang anda akan rasa perbezaannya. Anda akan rasa kenderaan seperti sedang mencengkam dengan kemas atas jalanraya walaupun dipandu dengan laju.

Tapi jika nak jimatkan kos pemasangan space arm, elok anda pergi beli sendiri semua parts tersebut. Kalau nak lagi murah perg beli kat Thailand.Atau boleh order terus daripada Alibaba secara online. Anda hanya perlu cari "Auto Racing Apache Space Arm Rear Stabilizer Sport Kits For Pick-Up".

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bagaimana jadikan pemanduan Toyota Hilux sedap dan selesa

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !