Isteri A meninggal ketika melahirkan anak sulung mereka. Anak yang dilahirkan juga turut sama meninggal dunia. Tinggallah A sebatang kara dalam keadaannya yang kurang upaya cacat penglihatan.
Sejak dari itu, kehidupan A mula terabai. Kecacatannya membuatkan dia tidak mampu melepaskan keperluannya untuk menyara diri sendiri. Ditambah dengan sikap masyarakat yang tidak peduli, dia jarang mendapat perhatian atau bantuan dari kalangan masyarakat sekeliling.
Sikap masyarakat sebangsa dan seagama yang mungkin tersasar pandang terhadap tanggung jawab mereka untuk saling bantu membantu saudara seagama membuatkan A hidup melarat.
Bantuan dari Masyarakat India beragama Hindu
Tapi masih ada manusia yang punya naluri kemanusiaan untuk datang memberikan perhatian pada A. Namun agak malang kerana mereka yang sudi membantu itu adalah dari kalangan masyarakat India yang beragama Hindu.Merekalah yang datang menghulurkan bantuan dan memenuhi segala keperluan hidup A dari hari ke hari sehinggalah dia diperkenalkan kepada seorang janda berbangsa India dan beragama Hindu. Janda itu baru saja berpindah ke kawasan penempatan yang sama.
Akhirnya A menamatkan dunia solonya dengan berkahwin dengan janda itu. Perkahwinan mereka dijalankan mengikut adat resam dan amalan budaya India dan agama Hindu. Itulah yang telah dikhabarkan oleh anak-anak A yang masih hidup lagi sekarang.
Mula timbul masalah
Dalam pada itu, menurut butiran maklumat daripada Jabatan Agama Islam, janda yang dikahwini oleh A adalah seorang perempuan beragama Islam. Dan Jabatan Agama ada bukti bahawa Janda itu sebenarnya telah memeluk agama Islam.Pejabat agama mempunyai dokumen bahawa janda itu telahpun pernah berkahwin secara sah sebelum itu pada tahun 1968 mengikut amalan agama Islam. Dia berkahwin dengan seorang lelaki muslim. Ertinya janda itu sudahpun menukar agamanya memeluk agama Islam.
Adakah A berkahwin dengan janda itu secara sah menuruti peraturan agama Islam, tidak dapat dipastikan. Tapi berdasarkan butiran maklumat pendaftaran anak-anak yang terhasil dari perkahwinan mereka seramai 10 orang, besara kemungkinan mereka mendaftarkan perkahwinan itu secara sah menurut agama Islam.
Keturunan mula bercelaru
Kesemua anak-anak A seramai 10 orang itu didaftarkan dengan nama yang boleh difahami sebagai Islam kerana semuanya di Bin kan kepada A. Oelh kerana mereka mendaftar dengan nama Islam, sudah tentu mereka punyai sijil perkahwinan yang sah, kerana itu adalah syarat pendaftaran nama anak sekarang. Saya tak pasti jika dulu syarat untuk menunjukkan sijil perkahwinan ada atau tidak.Masalahnya adalah, walaupun semua anak-anaknya didaftarkan sebagai beragama Islam dan A sendiri masih kekalkan status pendaftarannya sebagai seorang Muslim, A, isterinya serta kesemua anak-anak mereka mengamalkan cara hidup dan budaya orang India dan dia mengamalkan cara hidup agama Hindu.
Barangkalai disebabkan A yang cacat penglihatan dan tidak ada kekuatan untuk berpegang dengan agama asalnya, ditambah dengan isteri yang kurang ilmu dan bimbingan sejak memeluk Islam; digabungkan pula dengan keperihatinan masyarakat beragama Hindu yang terus kekal membantu keluarga itu, maka agama Hindu menjadi amalan mereka.
Salah siapa ?
Begitulah keseluruhan keluarga itu hanya nama sahaja tercatit atas kertas sebagai Islam, tetapi punyai kepercayaan dan amalan agama Hindu sehinggalah A dan isterinya meninggal dunia. Anak-anak pula kekal dengan amalan agama Hindu mereka.Anak-anaknya pula berkahwin, juga dengan pasangan beragama Hindu, juga dengan budaya dan adat resam Hindu dan melahirkan pula jenerasi ketiga yang terus mengamalkan agama Hindu. Berkembang lagi sehingga ke jenerasi ke empat.
Sekarang terdapat sejumlah 60 orang keturunan dari A yang saya ceritakan di atas tadi dan mereka kekal mengamalkan agama Hindu.
Menurut cerita, A pernah mengeluh dan menyesali keadaannya yang tidak berdaya, menyesali kegagalannya membimbing isteri dan anak-anak untuk kekal dalam Islam. A juga menyatakan dia kekal percaya akan agama Islam dan dia masih kekal sebagai seorang Muslim walaupun seluruh zuriatnya meninggalkan secara total agama Islam.
Untuk makluman pembaca kisah mereka mula meletup dan menjadi panas apabila satu masa dahulu, anak-anak A telah menuntut untuk mendapat pngiktirafan sebagai penganut agama Hindu dan bukannya sebagai penganut agama Islam.
Kehidupan mereka bercelaru semenjak itu apabila status anak A yang didaftarkan Islam berkahwin dengan pasangan masing-masing berstatus Hindu. Anak-anak pula mendapat kesan yang lebih bercelaru apabila semua urusan pendaftaran menjadi bercelaru.
Dan urusan mereka amat sulit sekali dengan keadaan tersebut seperti tidak ada jalan keluar.
Peranan dimainkan oleh NGO
Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam yang ada di penempatan mereka mula terlibat secara langsung mula melihat segala keperluan keluarga anak-anak serta cucu-cucu A. Para sukarelawan NGO itu tahu bahawa isu ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani.Tetapi mereka tetap berusaha untuk cuba membina kembali perhubungan yang terputus sekian lama. Sedikit demi sedikit bantuan dan kefahaman Islam cuba diterapkan kepada mereka. Apa lagi yang boleh dilakukan?
Hanya ALLAH saja yang mampu merubah hati mereka sedang kita terus ikhlas membantu dan berdoa agar taufiq dan hidayah sampai kepada mereka jua, sekian.
Apa pandangan anda dalam isu berat ini? apakah cara paling baik untuk tangani isu ini?
Pendapat anda ?
Lihatlah betapa lemahnya masyarakat kita dalam memainkan peranan mengenal pasti golongan yang menghadapi kesukaran hidup dan berusaha membantu !Anda boleh bantu dari jauh dengan membantu badan badan NGO yang gigih berusaha menangani kes-kes sedemikian, dan sumbangan berbentuk tenaga dan dana amat diperlukan.
Hulurkan bantuan
Jika anda sudi membantu salurkan segala bantuan kepada maklumat di bawah:Akaun no: 5571 3923 0356
Bank: Maybank
Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila berhubung dengan: En Azley 017-5313272
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !