Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 September 2015

TAJ International College, IPTS Yang Aktif Di dalam Dunia Permotoran Negara

  Ano Nyme       06 September 2015
TAJ International College (TIC) melalui jabatan pengurusan automotifnya telah menubuhkan satu pasukan permotoran yang dikenali sebagai TIC Motorsport.

Untuk makluman, TIC adalah satu-satunya Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bergerak secara aktif didalam acara sukan permotoran Negara ketika ini.

Pada ketika ini, TIC Motorsports amat serius dalam sukan permotoran Rally. Ia bermula dengan pusingan pertama Malaysian Rally Championship(MRC) 2015 di perlis.

Pasukan ini telah diwakili oleh Penolong Pengurus Jabatan Automotif & Motorsports cawangan Selangor sendiri Faidzal Alang. Beliau merupakan nama yang tidak asing lagi didalam permotoran Negara.

Faidzal Alang berpengalaman lebih 10 tahun dalam permotoran dan lebih 7 tahun didalam sukan rally Negara selaku pemandu dan dibantu oleh rakannya, Hazwan Fauzi sebagai jurupandu arah.

Faidzal Alang mendapat keputusan yang agak memberansangkan di pusingan pertama pada April lepas. Beliau berjaya memenangi tempat ke-2 di dalam kategori P10 dan tempat ke-3 kategori pacuan dua roda (2WD).

Pada pusingan ke dua yang berlansung di Negeri Sembilan, Pasukan TIC Motorsports telah diwakili oleh dua penyertaan. Sebelum ini TIC hanya diwakili oleh Faidzal. Sekarang Ketua Pegawai Eksekutif TIC cawangan Selangor, En.Azad Jasmi yang juga Penaung pasukan TIC Motorsports turut serta menyertainya. Azad memacu kenderaan Proton Satria GTi pada pusingan yang kedua.

Azad Jasmi bukan lah nama asing didalam aktiviti permotoran Negara ini, beliau adalah seorang yang berpengalaman luas didalam bidang automotif dan juga sukan permotoran Negara sebelum ini.

Setelah hampir 10 tahun beliau tidak menyertai apa-apa perlumbaan, penampilan kembali beliau pada pusingan kedua tempoh hari telah membuka banyak mata terutama pencabar dari kategori P11 & 2WD dengan mencatatkan masa yang agak baik pada beberapa pusingan.

Masalah mekanikal pada penghujung saingan hari kedua telah membantutkan usaha beliau untuk membuat comeback yang mengejutkan. Ketika beliau mendahului kategori P11, kerosakan pada kotak gear telah memaksanya menarik diri dari kejohanan tersebut.

Walaubagaimana pun Faidzal Alang telah mengembalikan kecerian pasukan dengan beliau berjaya mempamerkan persembahan yang konsisten dari pusingan pertama. Dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 kategori P10 dan Ke-3 juga untuk kategori 2WD.

Selain itu Faidzal Alang juga berjaya mendapat tempat ke-5 secara keseluruhan dengan berjaya memintas beberapa kenderaan yang jauh lebih berkuasa berbanding kenderaan beliau (Proton Satria) seperti Mitsubishi dan Subaru.

Berbekalkan semangat tidak pernah berputus asa, TIC Motorsports ingin tampil dengan lebih garang pada pusingan seterusnya iaitu pusingan ke-3 yang berlansung di Johor Bharu. Pusingan ke-3 agak istimewa kerana pada pusingan tersebut, ia turut dilansungkan bersama dengan kejohanan FIA Asia Pasific Rally Championship(APRC) pusingan ke-4. Dalam kejohanan kali ini, kami berlumba bersama dengan peserta dan pasukan-pasukan profesional antarabangsa.

Sebelum bermulanya pusingan ke-3 ini, kutipan mata untuk Faidzal untuk kategori 2WD sekarang berada di tempat ketiga di belakang pemandu pasukan Proton R3 (Kenneth Koh dan Karamjit Singh). Untuk kategori P10 beliau berkongsi mata dengan pemandu lagenda Negara iaitu(Karamjit Singh) di tempat kedua.

TIC Motorsports tampil dengan semangat yang sangat positif pada pusingan kali ini untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Persiapan jentera kami telah dilakukan dengan sempurna oleh pasukan teknikal.

Pasukan teknikal kami di ketua oleh Ketua Jurutera, En.Azahari Md Nor yang juga dikenali sebagai Ujang AMN Pasukan teknikal ini turut dibantu oleh Fawster Motorsports dan Fawster Suspension dalam persediaan chassis dan suspension.

Seperti di pusingan kedua, kali ini TIC Motorsport tampil dengan dua jentera yang dipandu oleh Azad Jasmi dan Faidzal Alang. Kedua mereka melakukan permulaan yang cemerlang dimana Faidzal dapat memberi saingan yang sengit pada 2 peringkat(Stage) yang pertama dengan melakukan cacatan masa yang baik, begitu juga dengan Azad Jasmi.

Malang menimpa Faidzal, dimana beliau mengalami kemalangan pada peringkat ke-3 dimana beliau mengalami kerosakan mekanikal yang menyebabkan terbabas dan berlaku pelanggaran dengan pokok, Kedua mereka Faidzal dan Hazwan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lain pula dengan Azad, dimana beliau telah melakukan catatan masa yang sangat baik peringkat demi peringkat dan dipenghujung hari yang pertama kedudukan beliau setelah tamat hari pertama adalah di tempat ke-3 kategori P11 dan ke-5 keseluruhan!.

Tamat hari yang pertama, Kru pasukan kami telah bertungkus lumus untuk menyiapkan jentera Faidzal yang mengalami kerosakan yang agak teruk selepas kemalangan dan kesemua kru pasukan yang diketuai oleh Ujang itu yang juga dibantu oleh beberapa kru pasukan yang lain telah melakukan kerja yang sangat cemerlang untuk menyiapkan kenderaan tersebut pada malam itu untuk memastikan Faidzal dapat meneruskan perlumbaan pada keesokan harinya.

Bermula hari yang kedua kejohanan MRC Pusingan ke-3, Azad Jasmi meneruskan kecemerlangan dengan melakukan catatan masa yang baik di kesemua peringkat sehingga beliau berjaya memintas pesaingnya dan menduduki tempat yang Kedua KESELURUHAN, Tempat Pertama di Kategori P11 & 2WD.

Malang sekali lagi menimpa Azad di Peringkat yang terakhir ketika beliau selesa mendahului perlumbaan, hujan mula turun dengan lebatnya dan jarak penglihatan ketika itu amat teruk telah menyebabkan beliau terbabas lalu tersangkut.

Beliau berjaya menamatkan perlumbaan tetapi akibat mengambil masa terlalu lama dan tidak berjaya mengeluarkan kenderaan dalam masa yang ditetapkan, pesaingnya berjaya memintas dan Azad Jasmi hanya berpuas hati dengan keputusan di tempat yang Ke-2 Kategori P11 dan ke-3 kategori 2WD, beliau juga berjaya menduduki tempat ke-4 secara keseluruhan.

Bagi Faidzal Alang pula, selepas kemalangan di hari yang pertama dan kru pasukan bertungkus lumus menyiapkan kenderaan beliau selepas kemalangan semalam, beliau tidak toleh kebelakang lagi dengan pemanduan yang amat baik dan agresif beliau mencatatkan masa yang amat baik di setiap peringkat dan mengejar satu demi satu pesaing yang telah meninggalkannya sebelum itu.

Di akhir perlumbaan Faidzal & Hazwan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 kategori P10 dan berjaya membawa pulang pata yang berharga untuk mengharungi pusingan terakhir pada November ini.

Pusingan keempat iaitu pusingan yang terakhir calendar Malaysian Rally Championship 2015 ini akan berlasung di Perak pada 14hb dan 15hb November nanti, dimana Negeri yang menjadi pengkalan utama TAJ International College(TIC) ini.

Sudah tentu pusingan terakhir di Perak ini akan menjadi pusingan yang istimewa untuk pasukan TIC Motorsports dan kami anggap sebagai Hometown Race kami.

Insyallah, TIC Motorsports akan melakukan persediaan yang rapi untuk mengharungi pusingan terakhir itu nanti dimana kedua jentera TIC Motorsports yang dipandu oleh Azad Jasmi dan Faidzal Alang berpeluang untuk menamatkan saingan di tiga tempat teratas untuk kategori masing-masing.

TIC Motorsports ingin merakam penghargaan pada barisan penaja yang telah membantu dan meringankan beban kami dalam penyediaan serta ketika perlumbaan dilansungkan, terima kasih kepada AMN Racing, Fawster Suspension, Perak Silveryouth, MOB Design, DUCATUS Oil, Speedzone, Under6ix Exaust, Playhouse Garage, SHIFT Megazine, HYPERTUNE Megazine, 3E Booster serta semua yang menyokong serta membantu kami secara lansung atau tidak lansung.

Selain dari itu, TIC Motorsport bukan hanya aktif didalam perlumbaan rally sahaja, kami juga aktif didalam perlumbaan litar dan juga mengendalikan kursus pemanduan advanced dan defensive driving.

Kami (TIC Motorsports) masih memerlukan penajaan dan sokongan dari mana mana syarikat atau badan yang berminat untuk kami melakukan penyediaan serta melancaran perlumbaan nanti.

Sekiranya ada yang berminat untuk menaja TIC Motorsports boleh lah terus menghubungi kami melalui En. Azad Jasmi di talian 013-301 6666 (azad@taj.edu.my) atau En. Faidzal Alang di talian 012-555 0616 (faidzal@taj.edu.my).

Diharap dengan bantuan dan sokongan anda akan membolehkan kami melakukan penyediaan yang lebih rapi dan akan berjaya didalam perlumbaan MRC Pusingan akhir November nanti.

TIC Motorsport bersedia untuk menggegarkan Perak..!
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, TAJ International College, IPTS Yang Aktif Di dalam Dunia Permotoran Negara

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !