Cuba baca dan bandingkan pula bagaimana sikap pemimpin kita yang sedang berada di atas sana. Cuba juga bandingkan bagaimana Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, menjalani kehidupannya sebagai pemimpin.
Fakta Umar Ibnu Al-Khattab sebagai pemimpin
Umar merupakan khalifah kedua selepas wafatnya Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas junjungan baginda). Beliau merupakan salah seorang sahabat yag paling rapat dengan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas junjungan baginda).Berikut beberapa fakta menarik tentang Umar Ibnu Al-Khattab ketika beliau menjadi pemimpin:
- Semasa menjadi khalifah, beliau menghargai teguran-teguran dari rakyat.
- Satu ketika dia bertanya kepada seorang muslim yang soleh jika terdapat sebarang kelemahan pada dirinya. Orang itu menegur Umar tentang sikapnya yang suka meletakkan dua buku roti dalam dulang apabila makan. Umar juga mempunyai dua helai baju, satu untuk siang dan satu lagi untuk malam. Mendengar teguran itu Umar lalu mengubah amalannya. Bagi Umar, dia amat sayang pada mereka yang menegur kesalahannya.
- Pendirian Umar adalah, sebagai seorang pemimpin, dia tidak sepatutnya bongkak dan memisahkan diri dari rakyat.
- Ketika Amr bin Al-As mula menggunakan mimbar di masjidnya di mesir, Umar mengutus pada Amr, " Kini saya mendengar anda menggunakan sebuah mimbar dan oleh itu menempatkan diri anda lebih tinggi dari Umat Islam. Tidak memadaikah anda berdiri dan umat lain duduk ?, saya menyeru anda menghancurkan mmbar tersebut ".
- Umar sentiasa ingatkan pada pembesar beliau supaya sentiasa ambil berat masalah-masalah rakyat dan jangan mengadakan hak-hak istimewa atau kemewahan bagi diri mereka.
- Beliau pernah mengutuskan pada Abu Musa Al-Ashari dengan mengatakan, ' Pemimpin yang paling gembira adalah pemimpin yang rakyatnya turut bergembira dengannya, dan pemimpin yang paling malang adalah pemimpin yang para pengikutnya menyesalinya. Waspada supaya jagan bersikap membazir, takut nanti pegawai-pegawai menuduh demikian; lantaran itu anda bolehlah diibaratkan seekor kambing biri-biri yang melihat padang menghijau terus makan dengan gelojoh sampai menjadi gemuk sekali, sehinggakan kegemukan itu membinasakannya yakni ia disembelih untuk dimakan.
- Apabila Umar melantik seseorang pemerintah, dia mengenakan syarat. Mereka dilarang,
- Menunggang kuda-kuda baik
- Menikmati makanan lazat-lazat
- Memakain pakaian-pakaian indah
- Menutup pintu pada mereka yang memerlukan bantuan
- Umar ambil berat pada kebajikan rakyat.
- Beliau pernah berkata, 'aku perlu menjelajah negara untuk memastikan bahawa urusan-urusan rakyat baik segala-galanya; kerana dalam negaraku terdapat ramai rakyat-rakyat yang lemah yang tidak dapat berjumpa aku.
- Aku perlu melawat seluruh pelusuk negara untuk bertanya perihal pegawai-pegawai cukai dan menyelidiki kelakuan mereka dan aku perlu juga memenuhi rayuan-rayuan golongan lemah. Ini akan merupakan tahun paling bermanfaat pernahku alami.
- Perneh beliau berjumpa seorang wanita dan keluarganya yang kebuluran. Beliau sendiri berusaha untuk mendapatkan makanan bagi mereka dan setelah menyerahkan makanan tersebut, mengundurkan diri tanpa memberitahu beliau adalah khalifah.
- Beliau turut menderita di samping rakyat pada masa kesusahan. Mnegikut Anas, 'perut Umar berbunyi kerana hanya memakan minyak zaitun semasa tahun malapetaka sebab beliau menahan diri dari menyentuh mentega, dan beliau berkata, 'sesungguhnya tiada lain bagi kita melainkan minyak zaitun sehingga rakyat dapat mencari nafkah."
- Semasa menyandang jawatan Khalifah, Umar menunjukkan keluhuran etika dan banyak berkorban.
- Mengikut Bendahari Baitulmal, apabila Umar tidak ada makanan walaupun untuk sekali makan, beliau akan mengambil sekadar itu dan sebaik saja beliau mampu, beliau akan membayar balik.
- Apabila Umar ditanya apa yang dianggap halal bagi dirinya dalam bentuk harta, beliau menjawab, ' sesungguhnya tak ada yang halal bagi Umar yang sebenarnya milik Allah, melainkan dua helai pakaian, sehelai untuk musim sejuk dan sehelai untuk musim panas, dan apa yang membolehkan beliau menyempurnakan haji dan tugas-tuga sagama, dan nafkah bagi diriku dan keluargaku sama rata dengan lelaki-lelaki Quraish yang bukan paling kaya dan bukan paling miskin. Selain dari ini aku seorang biasa seperti orang-orang Islam lain.
- Menurut Abu Imamah b Sahal b Hunayf, Umar menyandang jawatan khalifah tanpa sebarang ganjaran sehingga beliau menjadi miskin, dan selepas itu beliau menerima hanya sarapan pagi dan makan malam dari Baitul Mal.
- Umar melindungi juga rakyat yang bukan Islam.
- Mengikut Tabari, apabila Baitul Muqaddis menyerah kepada Umar satu perjanjian telah diadakan yang mencatitkan: " Bismillahir Rahmannir Rahim. Inilah jaminan Umar, hamba Allah, baik yang sihat atau tidak, bahawa keselamatan nyawa, harta benda, gereja-gereja dan segala bersabit dengan agama mereka akan terpelihara. Gereja-gereja mereka tidak akan ditkar menjadi tempat penghunian, atau dibinasakan, dan tiada pula mereka dan isi-isinya diapa-apakan, atau salib-salib kepunyaan rakyat atau harta benda mereka. Juga tiada larangan akan dikenakan di atas mereka yang boleh menjejaskan keagamaan mereka dan tiada seorangpun dari mereka akan diganggu.
- Mengikut TW Arnold, dengan diiringi oleh Patriach, Umar menziarahi tempat-tempat suci dan ada dikisahkan bagaimana semasa mereka berada di gereja Resurrenction, memandangkan waktu sembahyang sudah masuk, Tokoh Patriach mempelawa Umar bersembahyang di situ saja. Tapi Umar menolak dengan baik dan menjelaskan jika dia berbuat begitu, pengikut-pengikutnya mungkin akan menuntut bangunan itu sebagai masjid.
- Sejajar dengan rekodnya yang bertimbangrasa dengan rakyat yang beragama lain, Umar telah mengarahkan supaya peruntukan wang dan makanan bagi pesakit-pesakit kusta yang beragama Nasrani diambil dari Baitul Mal.
Cuba pulak bandingkan dengan para pemimpin kita. Bila jadi pemimpin tiba-tiba hidup dari biasa-biasa menjadi super hebat. Banyak kereta mewah tersusun hebat dan segala bagai.
Semakin menjadi pemimpin semakin menjadi sukar rakyat nak jumpa. Jika turun padang berikan bantuan hanya seperti menghadiri set lakonan untuk rakaman bergambar dan diwayangkan pada umum, padahal, tak buat apa-apapun.
Yup...kot jer daj rm28k...gilerrr
ReplyDeleteMacam mana parti agama melayu boleh memunafikan sesiapa yg keluar partinya? Dan bagaimana pulak baiah jatuh talak 3 parti agama ini......ikut islam ke? Presideng parti boleh buat fatwa ka? Bagaimana pula dgn mufti yg menjatuhkan hukum tanpa bicara dulu? Islamka puak2 ini atau parti agama mereka saja yg islam.
ReplyDelete