Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

31 October 2015

Hobi tengok jam tangan sejak sekolah rendah

  Ano Nyme       31 October 2015
Jam tangan automatik
Masa sekolah rendah di era tahun 70-an dahulu, saya bersekolah di sekolah rendah Stowell, Bukit Mertajam. Sekolah tersebut boleh dikatakan sebagai bermediumkan Bahasa Inggeris, dan berjiranan dengan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (BMHS).

Memang banyak kenangan yang masih tersimpan dalam ingatan sepanjang menjalani persekolah di Stowell. Dari rumah di Pekan Penanti, saya pergi ke sekolah dengan menaiki Bas awam. Bapak berikan wang, kalau tak salah saya lebih kurang RM4 lebih untuk mendapatkan pas bulanan sebagai tiket naik Bas pergi dan balik.

Setiap kali nak bas, pemeriksa tiket akan datang pada saya, dan membuat lubang kecil pada tarikh hari yang saya naik bas itu. Begitu juga ketika balik ke Penanti, satu lubang lagi akan ditebuk.

Jika pemeriksa tiket baik, dia hanya minta tengok pas bulanan itu yang berbentuk kertas tebal bersaiz seperti Kad Kalender, dan pulangkan semula tanpa menebuk lubang pada tarik hari itu. Bila jadi macam tu, saya ada peluang untuk gunakannya lagi jika mahu pergi semula ke Bukit Mertajam pada hari yang sama.

Oleh kerana saya jadi salah seorang daripada pemain bolasepak untuk pasukan Sekolah Stowell, maka kebaikan pemeriksa tiket sebegitu amat membantu. Saya perlu pergi semula ke sekolah pada petang hari untuk latihan bolasepak, jadi tak perlu ada duit tambang untuk naik bas sekali lagi pergi dan balik.

Tengok jam tangan di BM Supermarket

Pergi sekolah sendiri dengan cara yang cukup berdikari sejak darjah satu sampai darjah enam memang amat menyeronokkan. Masa balik sekolah cukup bebas. Saya akan berjalan kaki daripada Sekolah Stowell, melintas BMHS, lintas jalan keretapi dan masuk Stesen Keretapi Bukit Mertajam, dan seterusnya melalui Pekan Bukit Mertajam yang cukup Sibuk.

Di Pertengahan jalan di Pekan Bukit Mertajam tersebut, sebelum sampai ke Stesen Bas berhampiran Pejabat Pos BM, ada sebuah Pasaraya yang besar ketika itu. Nama Pasaraya itu adalah Pasaraya Bukit Mertajam.

Pasaraya Bukit Mertajam itu terletak betul-betul sebelah Pasar Basah Bukit Mertajam. Berdepan dengan simpang tiga tak jauh daripada Bangunan MARA di Bukit Mertajam.

Saya cukup kerap jadikan Pasaraya Bukit Mertajam sebagai pusat singgahan setiap kali balik dari sekolah. Tujuannya adalah untuk menikmati suasana sejuk dingin pendingin hawa di pasaraya itu dan keduanya untuk membelek jam tangan yang banyak tersusun dalam cermin di atas Pasaraya.

Itulah kerja saya hampir setiap hari tanpa ada sedikitpun rasa jemu. Berbagai jenama jam tangan dipamerkan di dalam cermin itu. Yang paling banyak adalah dari jenama Citizen. Ada lagi lain-lain jenama seperti Orient, Seiko dan lain-lain yang mungkin tak terkenal.

Oleh kerana saya budak kecil mentah berhingus, saya tidak pernah dilayan oleh jurujual di pasaraya itu. Tak kisahpun asalkan dia tak halang saya untuk membelek 10 ke 20 minit satu persatu jam tangan yang cantik-cantik tersebut.

Memang saya tak pernah dihalang. Malah mereka dah tahu sangat perangai saya tercegat membelek jam tangan setap kali balik dari sekolah. Setiap kali melihat jam tangan, saya terfikirkan bila agaknya saya akan mampu membeli sebuah jam tangan yang ada di situ.

Saya tahu impian itu macam impian yang tak akan tercapai. Sekurang-kurangnya selagi saya tidak ada sumber kewangan sendiri. Lagipun jika ada duit, tentu perlu diutamakan perkara lain untuk membantu kelarga yang susah.

Pembuatan jam tangan yang amat indah

Jam tangan dengan talinya dari logam amat menarik minat saya. Warna peraknya yang berkilau, dengan warta tanahnya yang berbagai amat memukau mata saya melihatnya. Saya lihat ada pula tarikh haribulan di sedut kanan jam tersebut, cukup hebat.

Ada tanah yang berwarna putih bersih, ada yang berwarna hijau, ada yang biru pekat dan berbagai warna lagi. Melihat tangan saat jam berdetik ketik ketap satu persatu amat mengasyikkan.

Bila dah habis dan puas tengok dan berangan-angan, barulah saya akan turun dan meneruskan perjalanan ke stesen bas. Sepangan perjalanan saya tak berhenti berangan-angan membayangkan tangan kecil saya itu dibaluti oleh sebuah jam tangan citizen satu masa nanti.

Mungkin bukan kegunaan untuk melihat waktu yang saya perlukan daripada sebuah jam tangan. Dan bukan pula nak menunjuk pada kawan-kawan yang lain.

Memang tak pernahpun, jam tangan menjadi tajuk perbualan sesama kawan-kawan, saya hanya pendam sendiri dalam hati tanpa kongsikan dengan sesiapapun. Tapi keindahan dan keunikkan pembuatan jam tangan yang amat indah itu yang membuatkan saya menaruh minat pada jam.

Minat itu terpendam, walaupun saya tak pernah dapat membalut sebutir jam tangan di pergelangan tangan dari darjah 1 sehingga ke darjah 6.

Sampai sekarang saya masih tak jemu menjadikan kedai jam tangan sebagai tempat singgahan wajib setiap kali pergi ke mana-mana pusat membeli belah. Cuma sekarang jam tangan yang dibelek adalah dari jenama yang agak mahal tidak macam ketika kanak-kanak dulu.

Rupanya isteri saya dah perasa tabiat saya itu. Dia sering tersenyum setiap kali saya bersama keluarga masuk pusat membeli belah. Dia tahu saya akan singgah dan singah tanpa jemu. Dan yang menghairankannya kenapa saya tak pernah beli sebutirpun jam tangan walaupun dah beribu kali masuk dan belek jam tangan yang sama...!

Itu cerita saya tentang jam tangan... apa pendapat anda dengan dunia jam tangan sekarang ?
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Hobi tengok jam tangan sejak sekolah rendah

Previous
« Prev Post

19 comments:

  1. Zaman tu jam femes PAGOL, TIMEX, siap ada iklan TV lagi, betoi dak ? Ha! ha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak dengar nama Jam Pagol tu.. !

      Delete
    2. Banyak kedai jam sebelah jalan kulim, deretan balai polis, kedai mamak kain pulikat. La ni pun ada lagi apek-apek yang boleh repair jam kat situ, harga ok boleh tahan la.
      Saya kalu repair jam, hantaq pak cik ismail Dr Jam di Simpang Empat Tasek, the only tukang repair jam melayu saya kenai hatta mampu repair jam Rolex, tu yang dapat gelaran Doktor Jam dari salah sorang doktor pelanggan dia, tapi sayang dah arwah.

      Delete
  2. lee majors..: alba adalah jam tangan pertama saya...ori ke tak...tak tau lee...rasa mcm cetak rompak je..kenangan 30 tahun lebih kot...ohhh indah nye dunia,,,masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jam Alba pun terkenal masa tu, dah dianggap mahal dah ketika zaman tu !

      Delete
  3. As-salam...sy juga pelajar stowell,BM...lanjut pergi BMHS..Bukit Mertajam High School..cukup gah nama tu masa zaman tersebut.Sy tinggal di balai polis BM..laluan yang anda lalu,,memang laluan sy juga..setakat singgah kat cheok sah pawagam..BM supermarket..beli buku pelajaran kat Moh Heng book store...kena ais kacang kat stesen keretapi...aduh...kenangan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya silap tulis BMHS sebagai BMHC, saya dah betulkan. Tuan sekolah Stowell tahun berapa ya ?

      Tuan sebut Moh Heng, terus teringat kedai buku kat tingkat 2 atau 3 bangunan sekolah tu... kenangan !

      Delete
  4. setuju apa dinukilankan dan juga mempunyai minat yg sama, ia bukan saja krna masa, tp seninya,pembuatan,keindahan yg membuatkannya berada dlm status tertentu.

    ReplyDelete
  5. Masa zaman sekolah dulu memang sya x mampu beli jam tangan bro.
    Jam tangan yg pertama sya beli jenama Orient bateri hasil dari gaji pertama (1981).
    Rosak plak masa blajar kat kolej tapi sya simpan gak dan dapat perbaiki tahun lepas.
    La nih simpan jam tangan Orient itu sebab nak 'handover' kat anak pompuan sya bila dia besar nanti.
    Minat sya sekarang kumpul jam tangan jenis mechanical atau automatik saja.
    Dari jenama jenis Jepun ke Swiss semua sya kumpul selagi mampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik perkongsian tuan, terima kasih. Kita punya minat yang sama nampaknya, tapi saya beli, hanya suka tengok, hehe

      Delete
  6. tak lupa juga sewaktu aku kecil di bandar kluang...tak taulah tempat lain acaner..... beli minyak masak dapat jam tangan free.... jam digital besi.... tapi tak nafikan....sehingga sekarang aku adalah peminat jam tangan...walaupun dikebanyakan waktu..hanya minat melihat rekabentuk dan meterial yang di gunakan....

    ReplyDelete
  7. samalah minat kita

    ReplyDelete
  8. Jam boy London9

    ReplyDelete
  9. minat kita sama...hihihi
    penulis awl2 dh letak gambar panerai...peminat panerai ke?...hihihhih..pendek kata..klu dh minat..apa2 jenis jam..murha ke mahal ke..tetap suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dok belek Panerai dah banyak kali, cuma beli saja belum lagi hehe

      Delete
  10. minat tag heuer..tengok aje..tak pernah beli pun..ketar tengok harga dia..pakai jam biasa2 aje la

    ReplyDelete
  11. Jam tgn pertama saya dari singapura pemberian arwah jiran 20 tahun dahulu..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !