Sebagai contoh, saya ada bertemu dengan seorang wanita yang ingin memeluk agama Islam tetapi terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu. Wanita itu menceritakannya pada saya ketika minum di sebuah kedai kopi.
Wanita itu menceritakan pengalamannya nak masuk Islam sebelum itu pada saya. Dia pergi ke sebuah masjid dan bertemu dengan orang yang ada di dalam masjid ketika itu. Dia menyatakan hasratnya nak masuk Islam.
Kebetulan orang yang datang masjid hari itu mungkin terlalu bendul dan tidak ada kemampuan untuk berfikir dan memahami Islam selama ini, mereka menasihatinya untuk pergi bertemu dengan seorang Ustazah guru mengaji Quran yang ada tak jauh dari situ.
Wanita itu kemudiannya pergi bertemu pula dengan ustazah ajar mengaji tersebut dan menyatakan hasratnya nak masuk Islam. Ustazah ajar mengaji menjawab dia tak boleh bantu sebab dia hanya ajar mengaji Quran, dan tak buat urusan memasukkan orang bukan Islam ke dalam Islam.
Ustazah itu suruh wanita tersebut pergi cari Jakim atau pergi cari Perkim. Tapi sebelum itu, dia suruh wanita tersebut balik mandi dulu bersih-bersih sebelum pergi masuk Islam.
Akhirnya dia kekal dalam agamanya tak buat apa-apa sebab punyalah panjang dan sukar nak masuk Islam. Saya bertanya samada dia masih ada keinginan nak masuk Islam ?
Dia kata, 'sudah tentu !'
Lalu saya mengajarnya untuk mengucap di situ juga dan dia menurutinya. Saya terangkan padanya maksud ucapannya itu dan dia angguk kepala memahaminya. Saya kata dia dah muslim dan ianya amat mudah sekali.
Saya berikan sedikit ilmu asas tauhid dan kemudiannya menerangkan tentang taharah dan solat. Akhir sekali saya berikan duit sebagai sedekah padanya untuk dia gunakan membeli telekong sejadah dan lain-lain keperluan.
Saya pesan supaya dia pergi cari kawan muslim yang dia kenal dan pergi Perkim untuk belajar ilmu selanjutnya.
Itu satu contoh bagaimana orang kita menyusahkan segala yang mudah. Di bawah ini saya berikan satu lagi contoh sebagaimana yang dilaporkan oleh seorang pendakwah bebas di Pulau Pinang.
Tak peluk Islam sebab ada tatu
GEORGE TOWN - Adam Zaw Min Min, 20-an merupakan seorang 'muhajir' yang memeluk Islam baru-baru ini, dan menyatakan komitmen untuk bersama-sama Pertubuhan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).Saudara Baru ini lebih empat tahun menangguh lafaz syahadatain kerana ada seorang Muslim memberitahu bahawa seseorang yang ada tatu di atas badan dilarang memeluk Islam.
Akhirnya, Adam memeluk Islam selepas 10 minit diberi pencerahan oleh Pengerusi MyIKUT, Nurazley Stanley (0175313272).
"Lebih empat tahun tangguh syahadatain sebab tatu, sedangkan tatu itu dibuat sebelum Adam memeluk Islam.
"Islam memang mengharamkan tatu atas badan, tapi Islam juga melarang kita seksa diri dengan buang tatu ini.
"Islam agama kasih sayang, dan Rahmat Allah lebih penting daripada tatu di badan," Nur Azley berkongsi kisah majlis syahadah terbaru di Komtar.
Dalam perkembangan sama, Penasihat MyIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim turut mengulas mengenai syor salah seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) baru-baru ini untuk mengeluarkan peruntukan khas bagi Saudara Baru membuang tatu di badan.
"Memang ada teknologi lama buang tatu telan kos ribuan ringgit, teknologi baru kalau buat pembedahan plastik mungkin cecah RM5,000.
"Sesungguhhya yang dinilai di sisi Allah adalah amal ibadah kita, bukan tatu di badan.
"Daripada 'buang duit' Majlis Agama sia-sia untuk buang tatu, berapa ramai Saudara Baru dapat manfaat makan minum kebajikan dengan RM5,000 ini," respons Zolkifly yang juga Ketua Kawasan AMANAH Parlimen Balik Pulau.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Sesungguhnya Rasulullah shallallahu S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Allah ta’ala memaafkan umatku karena aku (disebabkan beberapa hal) : Kesalahan, lupa dan segala sesuatu yang dipaksa."
[Hadits hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya]
kebanyakan kita Islam keturunan dan sangka dah cukup Islam tnpa ingin belajar mendalami dan memperbaikinya.
ReplyDeleteKamu boleh nasihat dan sampaikan kebenaran Islam...mesti mau ingat hanya allah beri hidayah...
ReplyDeleteDah tahu kebenaran, cepat cepat ngucap Syahadah, yg lain lain tu pelan pelan belajar dan buat.
ReplyDeleteYg penting, jgn mati dlm keadaan tak Islam.
.SETIAP MASAALAH ADA PENYELESAIANNYA,KERANA KEJAHILAN BUAT SESAORANG ITU TETAP DENGAN UGAMANYA YANG SESAT ITU....SIAPAKAH YANG PATUT DISALAHKAN....JIKA KITA TAK TAU,TANYALAH PADA YG LEBIH TAHU...KESIAN PADA MEREKA2 YG BERCITA-CITA MEMELOK ISLAM TAPI TERENCAT KERANA KEJAHILAN UMAT ISLAM SENDIRI...........
ReplyDeletemasuk lah Islam semuanya bukan sekerat sekerat
ReplyDeletebab amal ibadat saja tupun tak tera mana tapi tolak hukum jenayah dari Allah ni pun satu penyakit besar
jangan inagat pulak orang Islam dibenar ada tatu yang dah bertatu masuk lah Islam jika nak
ramai dilahir Islam tapi jahil Islam sebab dah perasan paham Islam tak mau belajar sebab rasa tak penting
bab solat saja main ikut ikut bab lain bochai