Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 November 2015

Berapa kos penggunaan minyak Toyota Hilux 2.5

  Ano Nyme       23 November 2015
Kali ini saya nak kongsikan berkenaan jumlah kos penggunaan minyak kereta Toyota Hilux 2.5 yang saya sering gunakan setiap kali mengembara dari Selatan ke Utara. Berapa kuat agaknya Toyota Hilux makan minyak ?

Jika dilihat perbandingan antara Toyota Hilux dengan Ford Ranger yang dilakukan oleh para pakar, rata-rata mereka memberikan banyak kelebihan kepada Ford Ranger dalam semua perkara.

Dari segi jumlah bintang, para pakar memberikan Toyota Hilux sebanyak 3 Bintang sahaja, sedangkan Ford Ranger mendapat sebayak 4.5 Bintang daripada keseluruhan 5 Bintang. Punyalah bagus rating Ford Ranger berbanding Toyota Hilux.

Walau apapun pendapat para pakar, Toyota Hilux tetap merupakan kenderaan 4x4 yang paling laris terjual di negara kita. Punyalah laku orang ramai beli Toyota Hilux jauh meninggalkan jumlah penjualan Ford Ranger.

Sebab itulah saya beli Toyota Hilux dan tak beli Ford Ranger ketika buat keputusan nak pakai 4x4. Memandangkan jangka masa menunggu Toyota Hilux tak lama berbanding Ford Ranger, maka Toyota Hilux terus menjadi pilihan.

Bila dah pakai Toyota Hilux, maka terpaksalah saya mencari apa saja perkara yang boleh membuatkan saya rasa berpuas hati dan tidak menyesal menggunakan Toyota Hilux. Dan penggunaan minyak Toyota Hilux merupakan salah satu perkara yang mengembirakan hati.

Penggunaan minyak Toyota Hilux yang rendah

Bila dah lama pakai Toyota Hilux ini, saya perasan penggunaan minyak Toyota Hilux agak menjimatkan. Setiap kali saya nak ke Pulau Pinang, saya akan isi penuh tangki minyak diesel di Shah Alam.

Setelah isi penuh baru bertolak menggunakan lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan antara 100 km/sejam ke 120 km/sejam. Kebanyakan dari masa saya akan kekal dengan kelajuan 120 km/sejam.

Bila sampai tol Juru di Lebuhraya Utara Selatan, saya lihat jumlah minyak yang telah digunakan di Dashboard kereta tersebut. Memang agak mengejutkan sebab jumlah minyak yang habis terpakai hanya setakat satu takuk sahaja. Memang menjimatkan !.

Oleh kerana nak pastikan betul-betul berapakah kos penggunaan minyak Toyota Hilux dalam satu perjalanan jauh dari Selatan ke Utara, maka saya buat sedikit ujian dan kiraan.

Kos penggunaan minyak Toyota Hilux 2.5G

Toyota Hilux yang saya pakai adalah jenis transmisi automatik 2.5G Double Cab. Bahagia belakangnya togel. Saya cuma pasang penutup rata yang boleh dikunci dan bukannya Cabin besar yang agak berat tu.

Sebelum berangkat ke lebuhraya utara selatan, saya akan isikan minyak diesel penuh tangki. Bila dah terisi penuh, sebelum bergerak, saya akan reset semula kaunter mileage pada spedometer kereta tersebut ke angka kosong.

Selepas reset bacaan mileage ke angka kosong saya terus bergerak memulakan perjalanan. Begitulah saya bergerak sehinggalah sampai ke Pulau Pinang dan terus menggunakan kenderaan tersebut di Pulau Pinang tanpa henti.

Bila minyak diesel dah tinggal hanya satu takuk sahaja, maka sayakan pergi ke stesen minyak untuk isikan semula minyak sehingga penuh tangki. Sebelum pengisian minyak, saya akan lihat bacaan mileage terlebih dahulu dan mencatitikannya.

Dari bacaan itu saya dapat tahu berapa jauhkah perjalanan yang telah dilalui dan saya akan mengisi penuh tangki semula. Bila dah penuh, saya catit pula berapakah liter minyak diesel baru yang perlu ditambah.

Kos penggunaan minyak 14 sen sekilometer

Hasil daripada semua aktiviti tersebut, saya mendapati jumlah kos penggunaan minyak Toyota Hilux 2.5G hanyalah sebanyak RM0.14 sahaja untuk perjalanan satu kilometer. Itu berdasarkan harga diesel RM1.90 seliter.

Jika diukur melalui penggunaan jumlah liter sekilometer, maka anda boleh berjalan sejauh 100 kilometer dengan hanya perlu mengisikan sebanyak 7 liter minyak diesel sahaja ke dalam tangki Toyota Hilux anda.

Nampaknya sama dengan apa yang dinyatakan oleh Toyota sendiri bahawa kos penggunaan minyak diesel untuk kenderaan Toyota Hilux keluaran mereka adalah sebanyak 7 liter untuk setiap perjalanan 100 kilometer.

Apa macam ? jimat ke tidak ?

Bagi mereka yang menggunakan Ford Ranger pula bagaimana kos penggunaan minyak kenderaan anda itu. Adakah menjimatkan berbanding Toyota Hilux atau lebih kuat makan kedarah minyak ?

Menurut Ford, kenderaan 4x4 Ford Ranger 2.2L TDCi mereka yang menjadi kegilaan ramai sekarang di Malaysia itu menggunakan sebanyak 7.6 liter untuk perjalanan 100 kilometer. Ertinya lebih tinggi sedikit berbanding kos penggunaan Toyota Hilux
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Berapa kos penggunaan minyak Toyota Hilux 2.5

Previous
« Prev Post

18 comments:

  1. sekarang dh x dpt rm1.9 seliter..:(btw, sekarang diesel brand ape lagi jimat minyak bagi kereta hilux?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga semakin naik, kena pandai cari minyak yg sesuai bagi kereta...
      sy pernah try isi petronas diesel euro5 beberapa minggu lalu, rasenya minyak lebih jimat..tapi bukan utk kereta hilux..

      Delete
    2. selain jenama nih, ada lagi jenama lain boleh try
      cubalah yang lain jugak pastu bolehlah bandingkan
      cam sebulan atau dua bulan sekali satu jenama

      Delete
    3. i pernah cuba banyak jenama tapi petronas okok jew
      mungkin tempoh masa i cuba tak cukup lama kut
      jadi tidak berapa pasti dengan power dia lagi

      Delete
    4. isi diesel euro5 lagi jimat drpd isi euro3..
      euro5 heating value lebih tinggi drpd euro3 so minyak lebih jimat..
      dah hampir semua petrol station ade jual euro5, biasenya sy isi petronas punya sebab petrol station dekat rumah sy..

      Delete
    5. harga euro 5 dengan teknologi memang lebih berbaloi kalau dibandingkan. lagilah petronas sebab baru kan
      i pun rela bayar untuk euro 5 kerana lebih bersih enjin kereta

      Delete
    6. try je ape2 beand yg belum try..sy pun belum try isi petronas euro5

      Delete
    7. sy pun belum try isi petronas euro5..dekat rumah sy punya petronas x ade euro5, dekat tempat kerja sy punya petronas station x tau ade jual euro5 ke x (area Damansara)

      Delete
  2. ako pandu BMW series, apa brand diesel lagi baik bagi X8 ? macam mane banding? atau petrol biasa lagi baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. brand di malaysia pun x banyak..
      terpulang pada masa start enjin ke apa
      kadang kala pick up pun x sama

      Delete
    2. sy bukan pakai bmw, x tau diesel ape lagi sesuai..
      diesel lagi sesuai bagi bmw..

      Delete
  3. woah toyota hilux pun tak mahal sangat ya
    rasanya spare parts yang sakit dompet huhuhu
    kalau nak guna diesel mestilah baik untuk pick up jenis nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. diesel petronas lebih sesuai untuk hilux saya
      biasanya sekali pam pun boleh tahan seminggu dalam hutan
      i malas nak pandu sini sana, kadang siap beli refil boleh tahan dua minggu

      Delete
    2. sy isi diesel euro5, pick up kat highway lagi power..
      dulu isi euro2 pick up pun x macam ni power..
      rasenya isi petronas punya euro5 x macam @borakjew blh macam ni jimat minyak,sama je dgn company lain.. tapi sy rase petronas punya euro 5 lagi power drpd bh*

      Delete
    3. dulu i isi diesel bh*, ketika hujan (waktu sejuk) engine kena ambil beberape minit baru blh start..lepas tu pergi check..
      foreman sana panggil sy tukar diesel company lain..dah isi petronas euro5 beberapa bulan, skrg waktu hujan, engine dah lebih mudah start..(nasib baik)

      Delete
    4. nih menarik. selama nih i ingat enjin kereta dah tua
      rupa2nya mungkin jenis diesel ye
      tp power ke x tu i dah tahu lama sebab pick up ok

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !