Ketika saya sedang menghabiskan sarapan pagi, saya terbaca didalam laman media sosial tentang berberapa isu yang diketengahkan oleh orang-orang Islam sendiri dan isu-isu sebegini telah lama terdapat di permukaan media sosial sebenarnya.
Isu-isu yang sering melihat kepada sudut yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap Islam dari kaca mata individu bukan Islam.
Islam ialah satu agama yang memperuntukan satu spektrum kehidupan yang holistic atau "Ä Way of Life”, dan ini bermakna skop agama Islam ini melihat kepada keseluruhan kehidupan yang memfokuskan kepada Kasih Sayang, Keharmonian, Kehidupan Yang Positif, Penyatuan Manusia, Sikap Toleransi, Sikap Menghormati setiap anggota masyarakat dan sebagainya.
Jadi apabila umat Islam sendiri “bertelingkah”tentang isu bacaan doa Qunut, isu membaca Yaasin pada hari Khamis atau Jumaat, isu tidak melawat kaum bukan Islam pada hari perayaan, isu lambang salib pada keris dan isu-isu lambang salib pada logo Alfa Romeo, maka apakah yang akan berlaku bagi kaca mata orang bukan Islam.
Islam itu indah dan Islam tidak dipamerkan tentang keindahannya. Tidak dipamerkan tentang fleksibiliti kemudahan bersolat dalam pelbagai cara bergantung kepada keadaan, kelonggaran orang yang bermusafir, kelebihan Islam menganjurkan sikap kasih saying ibu bapa, suami isteri, kaum kebarabat, sikap Islam yang telah lama promote Total Quality Management, KAIZEN, Customer Service and Care dan sebagainya.
Apabila saya menulis artikel, tidak dapat lari analogi yang saya akan berikan ialah kereta. Andaikan lah Umat Islam yang sering membicarakan ini merupakan pekerja sebuah kenderaan yang terkemuka seperti Ferrai, Porsche, Pagani atau Bugatti dan pekerja-pekerja ini sering berbicara tentang betapa negatif nya kenderaan mereka yang Tidak Boleh Muat 7 orang, Tidak Boleh Masukkan 5 Golf Beg, Tidak Boleh Membawa Satu Keluarga, Tidak Boleh Memasang DVD untuk penumpang dan segala bentuk isu-isu “Tidak Boleh”yang terus bermain di kotak perbincangan, maka persepsi orang luar akan mendapati bahwa kenderaan tersebut amat buruk sedangkan kekuatan kenderaan tersebut seperti Handling, Braking, Chassis, Power Delivery tidak dibincangkan.
Ini lah yang berlaku sesama umat Islam sekarang. “Perbincangan”dan “Pertelingkahan”sesama umat Islam berkenaan hal-hal negatif ini secara tidak langusng memperlihatkan bahwa Islam ialah seperti sebuah agama yang hanya “promote” ”Tidak Boleh” sedangkan begitu banyak perihal “Boleh” yang Islam telah maktubkan di dalam Al Quran dan Hadith.
Islam sering di berikan label sebagai sesuatu yang taksub, sesuatu yang menekankan umat, sesuatu yang tidak ada kelonggaran, sesuatu yang begitu “rigid”, sesuatu yang begitu tidak memperlihatkan sikap keprihatinan Allah dan Rasullulah SAW kepada umatnya.
Sedangkan Islam ialah satu bentuk dan corak kehidupan yang begitu lengkap bermula dengan cara hidup dari celiknya mata kita, apa yang perlu dimakan dengan makanan yang dianjurkan kepada kesihatan badan dan rohani, riadah, cara kerja, cara bermesra sesama suami isteri dan sehinggalah cara tidur; namum kebaikan ini tidak dibicarakan dengan baik.
Jika umat Islam sendiri membicarakan hal negatif, bagaimanakah kita hendak menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Islam.
Harapan saya agar lebih ramai yang membicarakan tentang isu positif yang boleh menarik minat orang bukan Islam mendekati Islam.
Ï’m Muslim and Islam is perfect but I’m not. If I make mistake, blame me, but not my Religion”.
Assalamualaikum
Azad Jasmi
Selangor
30 Disember 2015
Nota:
Ini merupakan artikel sumbangan penulis jemputan En Azad Jasmi. Segala penulisan di atas adalah pandangan penulis secara peribadi.
Anda juga boleh turut sama menyumbang artikel di blog ini dengan mengirimkan artikel anda ke moshuabiz@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !