Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 December 2015

Panduan beli Toyota Hilux terpakai

  Moshua       24 December 2015
Ada pembaca yang komen pada salah satu artikel saya berkenaan kenderaan pick-up 4x4 Toyota Hilux bertanyakan samada saya boleh berikan sedikit panduan atau tips berkenaan cara-cara nak beli Toyota Hilux terpakai.

Mungkin sebab saya ada buat agak banyak artikel berkenaan Toyota Hilux dan beberapa model lain pick-up 4x4, maka ada yang sangka saya agak arif dalam kenderaan pick-up pacuan 4 roda ini.

Sebelum orang salah sangka dan salah buat andaian, saya nak beritahu awa-awal lagi bahawa saya amat kurang mahir dalam kenderaan pick-up pacuan 4 roda ini. Pengetahuan teknikal saya mengenai 4x4 boleh dikatakan hampir zero !.

Apa yang saya tulis lebih berkisar tentang pengalaman saya memakai sebuah pick-up 4x4 jenis Toyota Hilux. Pengalaman dari seorang yang tak reti apa-apa pasal 4x4 dan ada minat untuk mendekati dunia kenderaan tersebut, sebab itu saya dapatkan sebuah tidak lama dulu.

Bila saya dapat maklumat hasil dari aktiviti pencarian, maka saya akan kongsikan di blog ini untuk mereka yang berada dalam zon zero teknikal sama macam saya.

Jadi, jika anda seorang yang amat alim dalam hal ehwal 4x4 dan tergelak bila baca komen atau penerangan saya, elok tulis dan hantar satu artikel pada saya untuk disiarkan pada mereka yang mahu tahu apa akata pakar.

Bagaimana nak beli Toyota Hilux terpakai

Itu soalan yang amat bagus sebenarnya. Saya sendiri terfikir, bila terbaca soalan tersebut, kenapa saya tak beli Toyota Hilux jenis yang sudah terakai saja hari tu ? Kenapa pula saya beli yang baru segar keluar dari kilang ?

Mungkin sebab tak ada sangat masalah dalam bab kewangan ketika membelinya dahulu membuatkan saya terus sambar sebuah Hilux yang baru. Kalau ada kekangan kewangan atau nak jimatkan duit, dan bergantung juga kepada jenis keperluan yang kita ada, membeli kenderaan 4x4 Toyota Hilux adalah jauh lebih menjimatkan.

Untuk mendapatkan sebuah Toyota Hilux terpakai adalah amat mudah sebab kenderaan ini amat popular sejak kali pertama ianya diperkenalkan pada tahun 1968 dahulu. Ya ! sejak tahun 1968 lagi dah ada Toyota Hilux ni.

Toyota Hilux dilancar dan diperkenalkan pada bulan March 1968. Ada berbagai variasi yang telah diberikan oleh pembuatnya iaitu orang Jepun. Oleh itu sebelum nak beli Toyota Hilux terpakai, anda mesti tahu lebih dahulu jenis atau variasi apa yang anda nak pakai.

Variasi Toyota Hilux

Secara ringkasnya ada dua jenis Hilux ni, iaitu:

  1. Toyota Hilux Double Cab - yang paling banyak orang pakai
  2. Toyota Hilux Single Cab - Biasanya orang pakai untuk syarikat, buat kerja berat seperti para kontraktor dan seumpamanya.
Jadi buat keputusan jenis yang mana anda nak beli. Bergantung kepada keperluan sebenarnya. Kalau memang nak lenjan untuk kegunaan kerja semata-mata, adalah lebih bijak untuk dapatkan jenis Single Cab. Ia lebih memberikan ruang pada anda untuk angkat barang di belakang.

Saya semak dalam internet, ada satu lagi jenis Toyota Single Cab yang ada sedikit ruang di belakang pemandu untuk letak barang. Mereka panggil Extended Single Cab. Tak pernah pulak saya jumpa lagi jenis sebegitu.

Mungkin ada tapi saya saja yang tak jumpa lagi dan tak tanya pulak pada UMW samada mereka ada jual jenis itu di Malaysia.

Kalau anda nak beli Hilux untuk kegunaan umum, nak jalan, nak masuk hutan, nak angkut barang, nak buat kerja dan semuanya bagai, maka pilihan paling baik sudah tentu adalah jenis Double Cab. Anda boleh bawa barang bawa penumpang dan semuanya sekali gus.

Jika anda nak beli Hilux Double Cab, dah pasti nak jenis yang macam tu, anda perlu buat satu lagi pilihan samada nak dapatkan jenis yang Gearboxnya Manual atau yang Automatik.

Sekarang ini rasanya semua orang lebih selesa pakai jenis yang automatik. Jarang sangat ada orang nak pakai yang manual. Tapi jangan sangka semua orang suka auto. Ada yang lebih selesa pakai manual, lebih macho katanya, terutamanya jika jalan sedang jem !.

Semua perbezaan itu memberikan penentuan harga pada Toyota Hilux terpakai yang anda nak beli. Jadi pastikan anda ada budget yang mencukupi dan tahu apa yang nak didapatkan daripada Hilux.

Faktor perlu semak sebelum beli Toyota Hilux terpakai

Secara umumnya ada beberapa faktor yang anda perlu lihat semak dan bandingkan antara pilihan-pilihan yang ada sebeum terus beli Toyota Hilux terpakai.

Berikut beberapa perkara itu,

  1. Mileage - Pergi tengok dah berapa jauh kereta itu berjalan atau dilenjan. Walaupun ianya tidak menggambarkan situasi sebenar keadaan Hilux itu, ia memberikan sedikit gambaran bagaimana penggunaannya. Biasanya baca berapa mileage dan bahagikan kepada berapa tahun dia dipakai. Terbaiknya adalah dalam lingkungan 18 ribu ke 23 ribu kilometer setahun kira ok dan tidak dilenjan teruk.
  2. Keadaan cat - Semak keadaan cat kenderaan tersebut. Sama macam kenderaan lain, anda boleh semak status kemalangan kenderaan itu dengan memerhatikan keadaan catnya. Ada cubaan menutup kesan kemalangan atau tidak. Bahagian pentingnya adalah sekitar bonet, pintu, bucu, bahagian belakang, pada hujung paip ekzos, dan di dalam lengkungan kawasan tayar.
  3. Karat - tengok terutamanya bahagian bawah kenderaan tersebut samada ada kekaratan yang teruk. Begitu juga bahagian body dan bahagian parts. Kalau karat teruk ertinya mungkin nak kena tukar, dan itu bukannya murah.
  4. Kebocoran - tengok bahagian bawah kenderaan untuk pastikan tidak ada berlaku sebarang kebocoran pada kereta tersebut. Tengok bahagian water pump and head gaskets samada ada tanda bocor.
  5. Tayar - Semak samada ada keadaan yang tidak simetri pada semua bahgian tayar kenderaan itu. Kalau ada kelihatah makan sebelah, botak sebelah, itu tandanya ada masalah serius pada suspension kereta.
  6. Bahagian dalaman - Buka dan masuk ke dalam kenderaan dan tengok semua keadaannya. Tengok pembuka pintu, segala butang, tali pinggang, kerusi samada koyak atau tidak, makan sebelah atau tidak. Semak samada berlubang, retak dan sebagainya pada bahagian dalaman.
  7. Dash board - tengok pada bahagian instrument panel samada semuanya berfungi dengan baik. Signal, lampu, wiper, radio, aircond dan lain-lain seumpamanya perlu dicuba satu persatu. Kalau tak berfungsi memang tak best.
  8. Komponen mekanikal - Banyak komponen mekanikal yang perlu diberikan perhatian. Mungkin anda sama macam saya juga, tak pandai semak bab itu, oelh itu bawa mekanik yang dipercayai untuk semak semua keadaannya seperti belting, hose, sparkplug, battery, minyak, filter dan lain-lain lagi.
Memang banyak juga nak kena semak terlebih dahulu. Tapi ianya adalah amat berbaloi untuk pastikan anda dapat kenderaan Toyota Hilux terpakai yang terbaik. Itu akan menjimatkan duit anda dengan jumlah yang amat banyak berbanding membeli sebuah Toyota Hilux yang baru keluar dari kilang !!!.

Kalau ada yang berpangalaman lagi dan mhu kongsikan tips berguna, sila berikan komen anda kat bawah.

Toyota Hilus terpakai rasanya jauh lebih bagus daripada Ford Ranger terpakai. Saya bandingkan dari segi kos penyelenggaraan kereta terpakai. Toyota Hilux jauh lebih menjimatkan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Panduan beli Toyota Hilux terpakai

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Terima kasih perkongsian tips ini. Abg saya pun beli kereta ni yang terpakai. Dia ada kedai makan. Jadi nak pergi pasar beli barang dan jika ada tempahan makan-makan. Senang guna toyota ni. Toyota lebih nilai untuk duit. kata orang alah membeli menang memakai.

    ReplyDelete
  2. Sy pun teringin nak beli hilux terpakai. Sebab sekarang sy pakai viva tambah2 lg kat jalan ladang.. kesian tngk viva dh la sportrim . Sy akan ikut langkah2 seperti bro yg ckp ini. Tp yg sy jumpa itu mileage dia lebih 100000-150000km mcm itu harga dia murah dgn bulanan pun ok. Lagi pun sy jarang keluar dlm 1 bulan ada 4 5 kali keluar itu pun beli barang makanan. Sy rasa bagus juga beli terpakai sbb sy bukan menggunakan nya kerap. Turun kerja pun pakai motosikal. Pasal check list itu. Sy try juga nnti cek2 mcm bro ckp tu. Bhagian dalaman semestinya akan cek di bengkel.. terima kasih atas info2 untuk memiliki kereta terpakai ini.

    ReplyDelete
  3. Jgn bergantung sgt pada mileage bile beli apa-apa kenderaan terpakai. Kecuali beli atas tangan first owner dan ade buku service record. Sekarang ni kebanyakan kenderaan terpakai yang di jual di kedai used car mileage nya telah di adjust. Klu meter mileage digital pon dorg adjust, inikan pulak mileage analog. Selalu nya pegi used car dia set mileage 60-70k utk kereta bwh 10tahun. klu atas 10tahun letak mileage 110k-120k. Manja-manja je mileage dia. Padahal sebenarnya dah 250K-350K. Buku servis rekod plak dorg buang jauh2. Saya sgt hairan kenapa KPDNKK tak buat sesuatu tentang menda ni. Ni jelas2 menipu pengguna.
    Cadangan saya jika anda ingin membeli kereta 2nd
    Klu kereta yang tak lama sgt (usia dalam 3-7 tahun). Tanye first owner dia service kat mane. Klu di servis di service centre, anda boleh pegi service centre tanye kt sana bile last kereta tu service. Brape mileage terakhir direkod. Bandingkan dengan meter skrg. Btol ke tak btol. Logik ke tak logik. katakn last service bulan lepas mileage 100K. Tp time pegi check kereta, mileage cuma 60k, jd dah tentu ade yang tak kene. Bgtau no plat kereta je kt servis centre tu. Skrg semua online.

    Utk kereta-kereta yg lebih lama, cara terbaik nak tau condition kenelah test drive. Bwk pomen la senang.

    -nGTR-

    ReplyDelete
  4. Sya nak beli Hilux cash.spak nya spt berikut: Hilux 2.5 TRD. Th 2013/14/15.warna putih. Auto.direct owner.bucket ada grober. Plate Johor&Wilayah.ori cat.body engine tip top HP.016_6335500.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !