Anda boleh ikuti 4 artikel beliau berkenaan tajuk yang sama yang lalu dengan klik li k di bawah:
- Cara pandu kereta defensif - Siri 1
- Cara duduk pandu kereta defensif - Siri 2
- Siri Pembelajaran Pemanduan Defensif – Siri 3
- Teknik pemanduan defensif - Siri 4
Hubungan Konsep Rali dan Pemanduan Defensif
Alhamdulillah berjumpa sekali lagi pada keluaran artikel kali ini bersama pembaca sekali lagi.Dah lama saya menyepi atas beberapa urusan.
Saya baru sahaja selesai menamatkan Kejuaraan Malaysian Rally Championship Pusingan 4 dengan TIC Motorsports Team dengan tempat kedua Kelas P11 atau 1800cc.
Pada pusingan Malaysian Rally Championship Round 4 di Perak pada 11-13 Disember lalu, TIC Motorsports Team menurunkan 3 buah kenderaan.
Ketiga tiga buah kenderaan mendapat Podium iaitu:
- Saudara Nazam dan Mohd Ridzuan dengan menjuarai Kategori P9 / 1300cc
- Saudara Faidzal Alang dan Hazwan Fauzi di tempat kedua Kategori P10 / 1600cc.
- Dan pasukan saya sendiri mendapat tempat kedua Kategoti P11 / 1800cc
Berbalik kepada topik kita pada kali ini iaitu yang masih berkisar tentang pemanduan defensif.
Bagi penerangan kali ini, apabila saya bercakap tentang sukan rali, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hubung kait di antara corak pemanduan rali yang boleh diadaptasikan kepada teknik pemanduan defensif dan seterusnya boleh di aplikasikan didalam pemanduan seharian.
Walaupun corak pemanduan rali bukanlah boleh diadaptasikan secara keseluruhan, namun apa yang saya ingin jelaskan ialah konsep pemikiran dan konsep adaptasi rali dan pemanduan defensif.
Sebelum sesuatu perlumbaaan atau kejuaraan rali bermula, setiap kenderaan mesti ada pasukan yang di sertai oleh sekurang-kurangnya seorang pemandu dan seorang juruarah (Co-Driver/Navigator).
Langkah pertama ialah membuat “Recce”atau secara ringkasnya pemandu dan juruarah akan melalui jalan-jalan atau “Special Stages” dan kedua-dua pasangan pemandu ini akan melihat keadaan jalan didalam process “Recce” ini.
Mereka akan mengenal pasti corak jalan, bentuk jalan, bentuk rataan serta juga mengenal pasti tahap kelajuan dan juga cara pemandu yang ingin digunakan melalui jalan-jalan tersebut dengan selamat dan laju.
Jadi apakah hubungan aktiviti “Recce”dengan corak pemanduan defensif?
Untuk pengetahuan pembaca, setiap pemandu dan juruarah di dalam sesebuah pasukan rali akan cuba mencari ruang dan peluang untuk memandu kenderaan mereka dengan laju dan selamat
Namun begitu, ketika aktiviti “Recce”berlangsung, mereka memandu dengan kadar perlahan dan tidak laju kerana jalan-jalan itu merupakan suatu pengalaman yang baru bari mereka.
Maka kita sebagai pemandu boleh mengambil iktibar untuk memastikan bahawa cara pemanduan kita lebih berhati-hati apabila melalui sesuatu jalan yang baru, dan bukan itu sahaja.
Setiap pemandu juga perlu melihat dengan teliti bentuk jalan raya, corak selekoh serta bentuk dan jenis rataan jalan raya kerana perihal status jalan raya ini memainkan peranan yang penting didalam aspek pemanduan.
Semua itu perlu kerana cuaca di Malaysia yang sentiasa hujan-panas akan memberikan satu bentuk permukaan yang tidak menentu serta keadaan jalan raya yang turapannya tidak rata dan dengan pelbagai bentuk selekoh.
Secara ringkasnya, pemandu perlu memerhati setiap jalan yang di lalui dan sikap mengambil tahu permukaan dan bentuk jalan raya amat penting kerana ini juga dapat memberikan “feedback”kepada pemandu tentang tahap kelajuan, cara aplikasi brek serta cara mengambil selekoh serta apakah bentuk permukaan yang akan dilalui sekiranya jalan tersebut mengalami cuaca hujan.
Ini kerana kebanyakkan pemandu akan memandu pada jalan yang sama atau hampir sama pada setiap hari apabila mereka berulang-alik ke tempat kerja tetapi berapa ramaikan yang benar-benar memerhati jalan raya yang mereka lalui pada setiap hari.
Jadi jika anda belum pernah menelaah jalan raya di hadapan anda, maka setelah anda membaca artikel ini, cubalah anda berubah dan membuat sesuatu yang baru agar anda menjadi seseorang pemandu yang lebih yakin dan lebih berpengetahuan tentang jalan raya yang dilaluinya.
Seterusnya, di dalam suka rali, apabila anda tamat sesi “Recce”, pasukan anda akan memastikan setiap kenderaan melalui proses “Scrutineering”.
Ianya adalah proses mengenal pasti samada setiap kenderaan adalah sihat dan selamat untuk di pandu.
Kenderaan mestilah lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan. Keadaan kenderaan mestilah dalam status yang “sihat” dari segi keadaan brek, keadaan tayar, keadaan tempat duduk, lampu brek dan sebagainya.
Melalui proses ini, sekiranya kenderaan tersebut tidak “memenuhi sifat” atau “kurang sihat” maka kenderaan tersebut tidak akan dibenarkan untuk berlumba.
Maka, setiap pemilik kenderaan atau pemandu perlu memastikan kenderaan mereka berada didalam keadaan yang sihat walafiat.
Berapa ramai pemandu yang memastikan kenderaan mereka sihat sebelum setiap kali mereka memandu ?.
Mungkin masih ramai yang terus mengambil kunci dan menghidupkan enjin kenderaan mereka tanpa pernah mengambil tahu kesihatan kenderaan mereka.
Apa yang mereka tahu ialah menyerahkan kunci kenderaan mereka pada mekanik hanya pada setiap kali mereka menghantar kenderaan mereka untuk diservis.
Jika anda merupakan salah seorang daripada pemandu tersebut, saya amat berharap agar anda boleh berubah sikap dengan mengambil tahu sedikit perihal kesihatan kenderaan anda hanya dengan 5 minit pada setiap hari.
Anda boleh lakukannya secara mudah dengan mengelilingi kenderaan dan melihat:
- Kadar angin tayar
- Melihat tahap air enjin
- Tahap minyak enjin
- Keadaan wiper
- Keadaan lampu brek dan
- Lampu signal membelok.
Bagi yang masih menggunakan bateri yang menggunakan air bateri maka anda juga boleh melihat tahap air bateri kereta anda.
Sekian sahaja untuk kali ini dan kita akan berjumpa lagi insyaALLAH pada artikel akan datang.
Selalu ingat bahawa keselamatan anda, keselamatan penumpang dan keselamatan pengguna jalan raya lain perlu diambil kira.
TIC Advanced & Performance Driving Academy sering mengingatkan agar
“Safety First, Last and Always”
Dan bagi individu, syarikat, kelab-kelab kenderan atau badan korporat yang ingin mengetahui lebih lanjut hal ehwal pemanduan, anda boleh lah menghubungi saya di email:
azad@taj.edu.my
Terima kasih.Perkonsian yang berguna. Sebagai pemandu kita bukan sahaja memandu. Tetapi kena tahu juga keadaan 'kesihatan' kereta kita sebelum dan selepas memandu. Kena periksa perkara asas tersebut sebelum memulakan perjalanan.
ReplyDelete