Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 December 2015

Perbandingan antara Chevrolet Colorado dengan Isuzu Safari

  Moshua       19 December 2015
Sejak empat lima tahun ini, semakin banyak jumlah kenderaan pick-up 4WD mengaum di atas jalan raya. Nampaknya budaya menggunakan kenderaan pick-up 4WD dah jadi macam satu budaya baru pengguna kenderaan di negara kita.

Satu masa dulu, mereka yang menggunakan kenderaan pick-up 4WD kebanyakannya adalah dari golongan kontraktor. Biasanya kontraktor kelas F para taukehnya akan pakai pick-up 4WD sebagai kenderaan cari makan.

Para kontraktor besar pulak akan pakai Toyota Harrier terutamanya yang berwarna hitam dan kontraktor dari kalangan ahli UMNO paling ramai pakai Toyota Harrier. Mereka yang pakai Harrier kelihatan hebat, sebab itu setiap kali pilihan raya kecil atau besar, kenderaan itu jadi macam satu lambang prestige untuk layoq kat orang ramai.

Mungkin disebabkan projek dah tak berapa jenuh berbanding dahulu, maka tak ramai sangat lagi kumpulan pemakain Toyota Harrier Hitam sekarang. Lagipun jumlah kenderaan pick-up 4WD yang dah amat banyak telah tenggelamkan jumlah kenderaan bersaiz besar lain di atas jalan raya.

Chevrolet Colorado dan Isuzu Safari

Dua kenderaan ini sebenarnya tak berapa banyak sangat jumlahnya ditemui di atas jalanraya terutamanya Chevrolet Colorado. Yang pasti, tidak sebanyak jumlah kereta Toyota Hilux, Ford Ranger dan Triton. Tapi kereta pick-up 4WD Isuzu D-Max tidak kurang juga jumlahnya atas jalanraya.

Kenapa rasa menarik untuk lihat beza antara Chevrolet Colorado dengan Isuzu Safari ?

Sebabnya tak lain dan tak bukan adalah kerana rupa bentuk mereka samada luar atau dalam saling tak tumpah. Macam adik beradik kembar yang punya nama berbeza. Kedua-duanya punya asas chassis, bentuk badan dan trim dalaman yang saling tak tumpah. Dan kedua-duanya dipasang di negara jiran Thailand.

Bila dimasukkan sekali dengan pilihan body-kit, baru nampak sedikit perbezaan antara Isuzu D-Max Safari berbanding Chevrolet Colorado. Pilihan Body-Kit lebih banyak ada pada Isuzu D-Max terutamanya tambahan bahagian belakang yang lebih aerodinamik, kelihatan mewah gitu.

Bahagian dalaman kedua-dua pick-up 4WD pula memang sekali pandang saling tak tumpah. Kalau bukan disebabkan tempat duduk dan juga logo atau emblem jenama masing-masing pada steering, tentu orang akan sangka kenderaan yang sama.

Tempat duduk D-Max nampaknya lebih selesa dan menarik. Rekabentuknya dibuat seperti kenderaan sedan biasa yang amat selesa untuk diduduki ketika memandu, rasa macam bawa kenderaan saloon biasa saja.

Beza dari segi pemanduan

Bila kedua-dua kenderaan ini di bawa atas jalanraya baru jelas perbezaan antara kedua-duanya. Dari segi keselesaan pemanduan, memang Isuzu D-Max Safari jauh lebih selesa dan lembut berbanding Chevrolet Colorado.

Mungkin disebabkan oleh suspension yang disesuaikan lebih lembut mebuatkan Isuzu Safari jadi lebih seronok dipandu. Begitu juga dengan lain-lain model Isuzu D-Max, pemanduan rasa relaks, selesa dan macam bawa kereta biasa.

Bila bawa Chevrolet Colorado, terus terasa berhinjut-hinjut keras. Memang amat ketara pemasangan suspension untuk Chevrolet Colorado yang jauh lebih keras dan kuat.

Itu perbanding kedua-duanya dalam keadaan atas jalanraya dengan muatan kosong dan dalam suasana relaks dan tak henjut kuat.

Beza dari segi kekuatan prestasi

Bila dibandingkan dari segi prestasi kekuatan antara Chevrolet Colorado dengan Isuzu Safari, ternyata Chevrolet Colorado lebih kuat berbanding Isuzu Safari.

Colorado rasa macam tak habis kuasa walaupun diletakkan muatan barang kat belakang dan dimuat 5 orang dalam kenderaan. Macam tak ada beza saja dia punya tarik. Itulah kekuatan Enjin 2.8 liter diesel Duramax yang dipasang untuk Chevrolet Colorado.

Bagi Isuzu D-Max Safari, enjinnya adalah 3 liter. Lebih bagus daripada enjin D-Max biasa 2.5 liter yang agak lembab. Tapi tak berapa kuat jika dibandingkan dengan Chevrolet Colorado. Enjin Isuzu Sfari dibuat lebih kepada penjimatan minyak dan bukannya untuk kekuatan prestasi.

Penggunaan minyak Chevrolet Colorado adalah 9.2 litre untuk setiap 100 kilometer perjalanan, manakala penggunaan minyak untuk Safari hanyalah 8.1 liter sahaja untuk 100 kilometer perjalanan. Walaupun Safari ada hanya 5 gear dan Colorado dilengkapi dengan 6 gear, Safari lebih menjimatkan minyak.

Rumusan Chevrolet Colorado dengan Isuzu Safari

Secara ringkasnya, jika anda nak pakai kenderaan pick-up hanya untuk kegunaan santai atau sekadar nak bergaya pakai pick-up 4WD, bolehlah pakai Isuzu Safari 3.0. Memang dia seperti direka untuk kenderaan bergaya atas jalanraya berbanding Chevrolet Colorado.

Kalau anda nak pakai kenderaan pick-up 4WD untuk kegunaan buat kerja dan lasak, memang Colorado adalah kenderaan pilihan anda. Tapi jangan harap nak jadikan Colorado sebagai kenderaan bergaya atas jalanraya.

Dan secara umumnya, mungkin jika anda nak kenderaan pick-up 4WD yang akan diguna pakai untuk kebolehan keseluruhan samada santai, bergaya dan dalam masa yang sama untuk buat kerja, adalah lebih baik pilih Isuzu Safari. Sebabnya Safari memang jauh lebih selesa dipandu beranding Colorado.

Itu semua saya punya pendapat dua kupang lima det saja. Pendapat amatur dari kaca mata orang biasa-biasa yang tak reti pasal teknikal. Kalau anda ada benda nak tambah yang lebih teknikal, sila berikan komen kat bawah untuk pertimbangan orang yang nak pilih kenderaan pick-up 4WD nak dibeli.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perbandingan antara Chevrolet Colorado dengan Isuzu Safari

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !