Jerman menduduki tempat pertama berdasarkan berbagai ukuran metrik yang dibuat dalam bancian bagi menentukan kedudukan negara-negara yang terbaik. Antara faktor utama yang membuatkan Jerman berada di kedudukan pertama adalah:
- Faktor ekonomi yang mantap
- Jumlah peratusan penganggur yang amat rendah
- Amat terkenal di seluruh dunia
- Terkenal dengan pengeluar kepada banyak produk yang amat berkualiti
- Menyesuaikan diri dengan dasar diplomasi yang fleksibel diluar negara
- Kepimpinan yang mantap
Carta 20 negara terbaik dunia
Amerika menduduki tempat ke-4 secara keseluruhannya. Kita lihat carta kedudukan 20 negara terbaik dunia di bawah:- Jerman
- Kanada
- UK
- US
- Sweden
- Australia
- Jepun
- Perancis
- Belanda
- Denmark
- New Zealand
- Austria
- Itali
- Luxembourg
- Singapura
- Sepanyol
- China
- Ireland
- Korea Selatan
- Brazil
Kedudukan Malaysia dalam carta
Jangan risau, Malaysia masih tetap merupakan salah sebuah negara yang menarik perhatian dunia walaupun keadaan politik yang sedikit kucar kacir dan tidak sebaik seperti sebelum-sebelum ini.Malaysia menduduki tempat ke-28. Kedudukan yang lebih baik berbanding Arab Saudi yang mendapat tempat ke-29 dan Turkey yang mendapat kedudukan ke-30.
Walau bagaimanapun Malaysia tertinggal di belakang berbanding Thailand dan India yang masing-masing berada di kedudukan ke-21 dan ke-22.
Negara Indonesia pula tercorot di kedudukan nombor 42, negara Palistah pula berada di kedudukan ke-56 dan negara terakhir di kedudukan ke-60 adalah negara Algeria.
India negara terbaik untuk pelaburan
India yang menduduki tempat ke-22 disenaraikan sebagai negara pertama dari segi potensi ekonomi dalam masa yang akan datang. Dari situ India dianggap sebagai negara terbaik untuk pelaburan dari segi perniagaan. India mengatasi Singapura yang menduduki tempat ke-2, sebagai negara terbaik untuk pelaburan.Carta negara terbaik untuk pelaburan adalah seperti berikut:
- India
- Singapura
- Vietnam
- Indonesia
- Ireland
- Thailand
- Peru
- Australia
- Chile
- Malaysia
Nampaknya negara kita masuk dalam senarai carta 10 negara terbaik untuk aktiviti pelaburan. Namun begitu agak mengecewakan apabila kita ketinggalan kepada negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Abda boleh lihat semua maklumat terperinci dalam senarai negara terbaik dunia di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !