Tak tahu pulak selama ini adanya Buffalo Park atau dalam bahasa Melayu kita boleh terjemahkan sebagai Taman Kerbau. Apa yang mereka buat kat situ sampai dinamakan Taman Kerbau tu ?. Oleh kerana ingin tahu, maka masuklah ke dalam jalan kampung ikut tanda arah sehingga akhirnya sampai ke destanasi.
Tudia ! Taman Kerbau !
Agak luas juga kawasannya. Suasana menghijau memenuhi pemandangan di seluruh kawasan tersebut. Ada bangunan kelihatah macam kedai di sebelah kiri kawasan tersebut yang dijadikan sebagai pintu masuk untuk meuju masuk ke dalam Buffalo Park.
Buffalo Park tu merupakan kawasan tertutup. Kalau nak masuk perlu ambil tiket terlebih dahulu. Tergerak pulak dalam hati, nak tengok kerbaupun nak kena bayar tiket !. Tapi dah sampai dan bawa bersama anak saudara dengan ibu dari kampung, masuklah juga. Alang-alang dah sampai kata orang.
Tiket untuk masuk ke dalam Buffalo Park tu harganya adalah RM3 untuk satu kepala. Saya bayar duit dan ambil tiket lalu terus masuk ke dalam. Kelihatan beberapa orang pelancong berbangsa arab sedang keluar dari Taman Kerbau tersebut.
Hari itu hanya saya dan keluarga saja orang Melayu yang ada di situ datang untuk melawat Buffalo Park. Yang lainnya adalah dari kalangan orang arab berpasang-pasang, datang secara berkumpulan. Mereka dibawa oleh pemandu pelancong yang merupakan pemuda-pemuda Langkawi.
Saya perhatikan orang-orang arab tu keluar dari Buffalo Park dan terus menuju ke moto bertayar besar 3 roda. Setiap pasang orang arab akan naik sebuah motosikal bertayar besar itu dengan diketuai oleh pemandu pelancong yang juga naik moto bertayar besar 3 roda di depan.
Saya agak mereka ambil pakej meronda kampung dengan menaiki motosikal 3 roda itu dan salah satu destinasinya adalah Buffalo Park. Berapa bayaran yang para tok arab tu kena tak dapat pula dipastikan.
Diringkaskan cerita maka sapun masuk ke dalam Buffalo Park. Rupanya hanyalah sebuah kandang yang dipenuhi oleh banyak ekor kerbau. Kandang dibuat satu bumbung dengan dua bahagian di kiri dan kanannya. Kerbau-kerbau itu kebanyakannya bukan dari spesis tempatan.
Itulah saja yang ada !.
Saya hanya perlukan 3 minit untuk habiskan lawatan masuk ke dalam kandang kerbau itu pergi ke bahagian hujung sekali dan kemudiannya patay balik untuk keluar semula dari kandang kerbau. Habis RM3 seorang hanya untuk buat lawatan yang paling membosankan dalam sejarah hidup saya.
Tak pasti apa agaknya komen dalam hati para tok arab yang dibawa masuk ke dalam kandang tersebut. Tapi saya hanya merungut dalam hati ketika keluar semula dari kandang kerbau menuju ke kedai di depan yang menjadi pintu masuk ke dalam kandang kerbau.
Dalam kedai itu dijual aiskrim yang diperbuat daripada susu kerbau. Itulah produk akhir yang dihasilkan daripada para kerbau yang dibela di dalam kandang tadi. Kerbau tersebut menghasilkan susu dan sebahagian daripada susunya dibuat aiskrim.
Teringin juga nak rasa bagaimana agaknya kelazatan aiskrim yang diperbuat daripada susu kerbau. Nak rasa aiskrim kena beli lagi. Bukannya satu pakej dengan tiket masuk ke dalam kandang kerbau. Tak apalah saya beli dan keluarkan duit sekali lagi.
Macam mana rasa aiskrim susu kerbau ?
Tak ada apa-apa kelebihannya. Malah saya boleh katakan tak sedap. Bukan kerana rasa aiskrim itu ada bau kerbau atau seumpamanya. Tapi pembuatan aiskrim itu kasar dan tidak gebu dan lembut sebagaimana aiskrim biasa yang kita beli di pasaraya.
Rasanya kasar macam makan ais kepal berperisa coklat atau straberry atau vanila. Macam makan ais sagatpun ada. Saya buat konklusi, tak sedap. Paksa makan juga sampai habis sebab dan keluarkan duit untuk beli aiskrim tersebut.
Untuk merumuskan soalan dalam tajuk artikel ini, apa ada di Buffalo Park langkawi ? jawapannya tak ada apa-apa yang menarik dan berbaloi untuk saya pergi ke sana sekali lagi. Sekianlah saja pengalaman masuk ke Buffalo Park Langkawi.
Untuk anda yang tak ada kerja dan dah tak tahu sangat nak pergi mana, bolehlah cuba pergi tengok kat Buffalo Park tu. Rasanya kalau tak pernah tengok kerbau seumur hidup bolehlah masuk untuk pergi lihat bagaimana rupa kerbau.
Tapi kalau dah biasa sangat tengok haiwan kerbau tu, duduk saja kat luar atau cuba rasa sekali aiskrim kasar yang ada dijual di situ.
Ada kerbau aje. Baik tak singgah jika tahu macam tu kan Tuan.
ReplyDelete