Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 January 2016

Lily tangguh masuk Islam sebab susah bila masuk Islam

  Moshua       02 January 2016
Ini merupakan artikel yang dikirim oleh seorang pendakwah dari NGO yang bernama MyIKUT. NGO ini memberikan tumpuan aktiviti dakwah mereka terhadap memberikan bantuan dari segi material dan juga moral kepada saudara yang baru memeluk Islam terutamanya di Pulau Pinang.

Oleh kerana banyak berhubung dan membantu saudara baru dari kalangan orang India dan Cina, maka mereka juga sering menjadi tempat rujukan mereka yang belum memeluk Islam dari kalangan Cina dan India.

Berikut adalah satu lagi pengalaman yang mereka tempuh baru-baru ini. Pengalaman seorang wanita Cina yang sekina lama menagguhkan hasratnya nak masuk Islam sebab bercelaru dengan kesukaran yang bakal dihadapi seandainya dia masuk Islam.

Lily tangguh masuk Islam

Lily Mong merupakan seorang ibu tunggal yang sudah lama kenal pasal Islam. Beberapa orang dari kalangan saudaranya sudahpun memeluk Islam sebelum ini. Tapi Lily walaupun ada hasrat nak masuk Islam, masih lagi menagguhkan hasratnya itu.

Ada banyak sebab kenapa Lily teragak-agak nak masuk Islam. Walaupun dia suka dengan prinsip ketuhanan yang ada dalam Islam, tapi prinsip amalan yang perlu dilakukannya apabila masuk Islam membuatkan dia risau.

Setiap kali dia berbincang dengan rakan-rakan beragama Islam yang dikenalinya, mereka sering memberikan pendekatan yang membuatkan dia rasa susah. Rakan Islam lain lebih suka menceritakan amalan atau hukum hakam yang itu boleh yang ini tak boleh sehingga secara tidak sedar mereka menakutkan Lily.

Berikut antara isu-isu yang sering dibangkitkan oleh rakan-rakan Islam yang dirujuknya sebelum ini yang merisaukannya:

  • Kewajiban pakai tudung bila masuk Islam nanti
  • Solat-solat yang wajib ditunaikan tanpa pengecualian. Setiap hari 5 kali, perlu berwuduk terlebih dahulu, pakai telekung dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan solat fardhu.
  • Kewajiban mempelajari, membaca dan mendalami Al-Quran. Perlu segera pergi belajar baca Al-Quran, sampai mampu baca dan menghafal ayat-ayat lazim supaya sah tunaikan solat sebaik saja masuk Islam.
  • Kena buang Tatoo dari badan sebab Islam mengharamkan Tatoo. Sekarang dah ada teknologi untuk buang Tatoo jadi tidak ada alasan lagi untuk tidak mahu buang Tatoo dengan segera.
Kesemua gesaan atau jawapan yang diberikan oleh rakan-rakannya membuatkan Lily rasa sesak dan rasa terlalu banyak susah jika dia masuk Islam. Maka dia tangguhkan saja hasratnya itu setiap kali rasa nak masuk Islam.

Tangguh punya tangguh sampai bertahun-tahun. Dia kekal dengan kepercayaan lamanya namun masih ada keinginan nak masuk Islam tapi masih risau dengan kesukaran yang bakal dihadapi jika dia masuk Islam.

Sehinggalah dia bertemu dengan pendakwah dari MyIKUT baru-baru ini. Dalam pertemuan tersebut, Lily baru saja menghadapi kematian Ibunya. Lily masih sedih dan tidak dapat menghadapi kepergian ibunya yang tersayang.

Ketika berbual-bual dengan pendakwah MyIKUT, Lily kongsikan ceritanya yang ingin nak masuk Islam. Sudah tentu mereka yang mendengarnya rasa sangat gembira dan bersedia untuk membantu Lily menunaikan hasratnya itu.

Tapi Lily menyatakan dia mahu ambil masa sedikit lagi sebelum menjadi seorang muslimah. Dia berhasrat nak tunggu sampai habis hari keagamaan yang ke-50 sempena memperngati kematian ibunya.

Menurut kepercayaan mereka, ada satu amalan yang perlu dilakukan ketika itu iaitu amalan memberi makan kepada roh ibunya sebelum roh ibunya itu pulang. Dia mahu tunaikan tanggung jawabnya sebagai anak terlebih dahulu untuk roh ibunya itu.

Apa jawapan MyIKUT

Pendakwah MyIKUT menjelaskan bahawa jika Lily masuk Islam kemudiannya berdoa kepada Tuhan dalam keadaan dia sudah Islam, doanya itu menjadi amat berkat. Malah sudah tentu jauh lebih berkat dan mustajab daripada amalan kepercayaannya sekarang.

Sebaik saja Lily memeluk Islam, segala dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan Tuhan. Lily menjadi seorang insan yang suci dari dosa seperti mana seorang bayi yang baru dilahirkan. Dalam keadaan itu, sudah pasti doanya amat mustajab dan mudah dimakbulkan.

Mereka cuba membuatkan Lily bayangkan jika dia peluk Islam sekarang juga, malam itu juga dan malam itu dia pulang ke rumah dan bermunajat kepada Tuhan yang menciptakan Lily, Ibu Lily, dan semesta alam ini, Betapa hebatnya malam itu !.

Islam mengajar penganutnya untuk berdoa terus kepada Tuhan tanpa adanya perantara. Tak ada orang tengah atau benda tengah sebelum dia boleh berurusan dengan Tuhannya. Minta terus dan sudah pasti Tuhan Maha Mendengar segala doanya itu.

Hati Lily mula tersentuh. Dia mula rasa selesa dan ingin mendoakan untuk ibunya yang telah meninggal itu. Belum pernah dia dengar ada rakan Islamnya yang lain menceritakan dia boleh mendoakan pada Ibunya yang telah mati.

Menurut Lily lagi, ibunya sendiri sudah mengetahui akan hasratnya untuk memeluk agama Islam. Dia pernah menceritakannya pada ibunya ketika dia masih hidup. Lily masih ingat pesanan ibunya agar menjadi seorang penganut Islam yang baik dan mengamalkan amalan yang baik dalam Islam apabila dia sudah memeluknya nanti.

Apa yang Lily perlu lakukan sesusah masuk Islam adalah belajar tentang agama itu terlebih dahulu. Belajar mengenali Tuhan, belajar amalan-amalan yang diwajibkan dalam Islam dan kenapa ianya wajib.

Fahami Islam dengan mencari ilmu dan seterusnya amalkan segala ilmu yang dia tahu dengan ikhlas dan tenang. Insyaallah Lily akan selamat dunia dan akhirat. Begitulah pendakwah MyIKUT memberikan penerangan.

Dan pada malam itu juga, akhirnya Lily Mong mengaku Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Itu Rasul dan Pesuruh Allah. Tepat jam 10.45 malam pada 30hb Dis 2015. Dia sekarang mahu dikenali sebagai Nur Lily Binti Mong.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...” [Surah An-Nahl: 125]

The End

MyIKUT akan terus istiqomah dalam usaha dakwah mereka. MyIKUT mengalu-alukan sumbangan tuan / puan agar usaha dakwah terutamanya dalam memberikan sokongan kepada saudara baru yang dalam kesempitan dan memerlukan bantuan ''add-hoc''.

Moga usaha ini sentiasa dapat berterusan.

Jika sudi, anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356 
Bank Akaun : Maybank 

Sumbangan anda amat dialu-alukan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Lily tangguh masuk Islam sebab susah bila masuk Islam

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. betapa besarnya pahala ahli ngo ini yg mengeluarkan manusia drp kegelapan kpd cahaya Allah.walau bagàimanapun kemahiran menyampaikan risalah islam perlu dikuasai.islam itu mudah.

    ReplyDelete
  2. betapa besarnya pahala ahli ngo ini yg mengeluarkan manusia drp kegelapan kpd cahaya Allah.walau bagàimanapun kemahiran menyampaikan risalah islam perlu dikuasai.islam itu mudah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !