Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 March 2016

8 petua jaga tayar kereta anda

  Ano Nyme       05 March 2016

Sepanjang saya bawa kereta dari mula ada lesen memandu sampai sekarang, ada beberapa kali berlaku kemalangan.

Ada sekali berlaku kemalangan 'total lost'. Itu kemalangan paling teruk dalam sejarah hidup. Saya masuk bawah lori dan kereta hancur remuk habis, Alhamdulillah saya selamat dengan hanya luka sedikit pada jari.

Masalah tayar punca kemalangan


Kemalangan paling banyak berlaku adalah berpunca dari masalah tayar. Banyak kali tayar bocor tiba-tiba ketika kenderaan sedang dipandu laju. Semuanya berjaya ditangani dengan selamat apabila saya sempat pusing kenderaan ke tepi.

Biasanya kemalangan yang bersangkutan dengan tayar adalah disebabkan oleh ada benda tajam di atas jalan raya. Ketika bawa kenderaan kereta laju atas lebuhraya manalah nak perasan adanya benda tajam menunggu kita di hadapan.

Biasanya ramai orang yang tak akan ambil masa untuk semak keadaan tayarnya. Mungkin disebabkan jumlah tayar itu 4, jadi rasa malas nak semak satu persatu. Ambil masa sedikit. Lagipun nak kena tunduk-tunduk bawah kereta tu, memang agak memakan masa dan perlukan pemerhatian yang terperinci.

Oleh itu, cara paling mudah adalah dengan sentiasa memastikan tayar kita itu memenuhi spek keselamatan yang digariskan oleh pihak berwajib. Paling utama ketika nak beli dan tukar tayar baru atau second hand.

Walau bagaimana malaspun, bab keselamatan kita perlu ambil perhatian. Berikut saya kongsikan 8 petua jaga tayar kereta yang digariskan oleh KPDNKK untuk kita semua amalkan.

8 petua jaga tayar kereta


Ada 8 panduan atau petua yang anda perlu tahu dalam bab penjagaan dan pemantaun tayar kereta anda. Berikan perhatian betul-betul dan jangan anggap ini urusan yang membuang masa.

Ini penting kerana ia melibatkan keselamatan nyawa anda dan juga nyawa orang yang menumpang bersama anda di dalam kereta itu. Sila baca dan ambil perhatian terhadap 8 perkara berikut demi keselamatan kita semua.

#1. Pastikan tayar yang dibeli mempunyai tanda MS atau DOT atau E. Anda boleh lihat semua tanda tersebut pada bahagian tepi atas tayar yang anda beli.

#2. Jangan beli tayar terpakai yang telah melepasi tanda paras amaran botak dan jangan beli tayar toreh atau tayar korek.

#3. Tukar tayar kereta anda apabila bunga tayar menyentuh tanda amaran botak (Tread Wear Indicator).

#4. Periksa tayar anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Periksa tekanan angin setiap seminggu sekali.

#5. Lakukan penjajaran dan pengimbangan tayar setiap 10 ribu km perjalanan. Lakukan dengan segera jika ada masalah stereng bergegar atau kereta suka pusing pergi satu arah samada kiri atau kanan.

#6. Lakukan putaran roda setiap kali mencapai 10 ribu km perjalanan atau mengikut buku panduan pengeluar kenderaan anda.

#7. Jangan bawa lebih muatan melebihi kemampuan tayar. Perlu ada Carta Indeks Had Muatan.

#8. Sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut. Kalau tak tahu tanyalah pada orang yang lebih tahu.

Bila anda semak tayar, dan mendapati adanya kesan rekahan atau tanda haus tidak sekata, ataupun terdapat benjolan pada permukaan bunga tayar atau pada dinding, segera tukar atau ganti saja tayar tersebut.


Kenali kemampuan tayar anda

Jika dilihat pada tayar, kita boleh lihat adanya bacaan seperti dibawah pada bahagian tepi atas tayar anda

205 / 65 R 15 92 H

  • 205 adalah saiz kelebaran tayar dalam mm
  • 65 adalah profil tayar
  • R menunjukkan tayar jenis binaan Radial
  • 15 merupakan saiz Rim dalam ukuran inci
  • 92 merupakan ukuran Indeks Had Muatan tayar.
  • H pula merupakan simbol kelajuan maksima yang tayar tersebut boleh pergi.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 8 petua jaga tayar kereta anda

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com
    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Tak payah peluh peluh pusing keliling taman lepas tu kena klentong dengan kedai...

    ReplyDelete
  2. lebih baik pilihlah tayar yang berkualiti untuk keselamatan diri dan keluarga..sekarang ni dah ada banyak jenis tayar yang berkualiti baik lagi harga yang berpatutan smacan viking tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. viking tu ok ke? i tau harga dia murah banding dgn yg lain, tapi tak tau lah kualiti dia tu mcm mana? u pernah pakai ke?

      Delete
    2. viking tu brand apa? brand tempatan ke? murah tapi takut kualiti dia tak ok je.

      Delete
    3. yup tayar yang berjenama viking ni memang jadi pilihan kebanyakan pengguna kereta tau sebab harga yang berpatutan dan kualiti ia lebih baik berbanding dengan kualiti 2nd tayar tau

      Delete
  3. hmm pandangan aku ,tu nak tengok berapa budget kamu mau guna pada kereta kamu tau kalau xde pilih 2nd tayar pun ok jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pengalaman aku , aku cadangkan kamu pilih viking tayar jika nak pilih 2nd tayar sebabb harga viking tayar dengan 2nd tayar lebih kurang saja, kenapa xnak pilih tayar yang berkualiti untuk keselamatan and..fikir teliti baru buat pilihan terakhir

      Delete
  4. sblom ni aq pernah guna conti ,viking dgn yokohama ..tapi aq puas jugak dgn smua2 ni lar, tapi tayar viking ni murah smua org pon mampu beli lagi pon sebenarnya vikin under conti jugak ..so bole lar percaya ..takyah takot2 smua nak beli .beli cuba guan je baru boleh tau ..

    ReplyDelete
  5. neven tapi longvitity tayar blh terjejas ni ada banyak sebab. Lagi pon, gaya pemanduan yg tinggi pon adalah salah satu sbb yg blh menyebabkan tayar mudah tidak ketahanan dlm keadaan baik. u cuba guna viking tapi u je lar kena pilih pandai2 modal utk kereta sendiri sbb kan ada byk modal dgn kegunaan lain utk smua kereta

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !