Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 March 2016

Jualan merosot - Kilang rokok terbesar Malaysia tutup terus

  Ano Nyme       18 March 2016
Ini berita terbaru berkenaan industri pembuatan rokok kat negara kita. Kilang buat rokok terbesar negara kita British American Tobacco ( Malaysia) Berhad - BAT, atau sebelum itu dikenali sebagai Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Bhd, umumkan akan tutup operasi kilangnya kat Malaysia.

Penutupan operasi kilang itu bakal mengakibatkan pembuangan pekerja seramai 230 orang. Mereka akan diberikan pampasan dan latihan peralihan untuk menyediakan diri mereka terhadap perubahan kerjaya lain selepas ini.

Ada dua buah kilang buat rokok besar di negara kita. Pertamanya yang terbesar adalah BAT. Mereka menguasai sebanyak 62.1% pasaran rokok di negara kita. Kilang buat rokok kedua terbesar adalah JTI Malaysia yang menguasai sebanyak 22% pasaran rokok di negara kita.

Sebab kilang rokok terpaksa tutup

Punca utama BAT buat keputusan untuk tutup kilang rokok mereka di sini dan outsource pembuatan rokok untuk pasaran sini dari kilang rokok di negara lain adalah disebabkan kos pembuatan yang meningkat dan mereka sudah tidak mampu bertahan lagi.

Hasil jualan rokok secara sah dari segi undang-undang telah merosot dengan teruk akibat harga rokok yang meningkat terus menerus dah 3 kali sejak tahun 2013. Ini ditambah lagi dengan adanya GST dikenakan pula pada April 2015 menambahkan lagi parah juaan rokok.

Peningkatan harga rokok

Sejak dari tahun 2013 harga rokok naik 3 kali.

  1. Pada September 2013 harga rokok naik sebanyak 14%
  2. Pada November 2014 nak lagi dengan kadar 12%
  3. Paling hebat peningkatan harga rokok adalah pada November 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak 36%.

Akibat dari kenaikan harga rokok


Apabila harga rokok mula meningkat menjadikan rokok sebagai bahan mewah buat mereka yang ketagih merokok, maka perokok tegar terpaksa cari jalan lain untuk lepaskan gian mereka. Ini ang mereka buat:

  1. Hisap rokok daun. Sebab itu permintaan rokok daun dan tembakau jawa naik secara mendadak sampai sentiasa habis stok rokok daun di kampung. Industri pembuatan rokok daun dan aktiviti impot rokok daun dari Indonesia juga naik secara mendadak.
  2. Hisap rokok seludup. Rokok seludup atau lebih tepat lagi rokok haram dari segi undang-undang telah bersepah muncul di pasaran. Malah ramai orang yang buat duit hasil dari aktiviti seludup rokok haram ini.
  3. Hisap Vape. Ini salah satu sebab kenapa vape menjadi laris sebelum ianya diwar-warkan sebagai benda haram oleh semua khatib membaca khutbah di seluruh negara. Kalau para khatib tak buat begitu, tentu jualan vape ini jauh lebih meningkat dan akan lahir pula orang kaya baru hasil dari bisnes jual vape.
Bagi yang boleh tahan ketagihan bolehlah berhenti terus dari merokok. Kenaikan harga yang terlalu tinggi itu boleh dijadikan satu alasan kuat untuk berhenti merokok. Berbahagialah mereka yang berjaya melakukannya.

Macam yang saya sebut kat atas tadi, aktiviti seludup dan jual rokok haram berleluasa sekarang. Ianya menjadi lebih rancak sekali termasuklah munculnya kilang buat rokok secara haram di negara kita.

Dan kesan yang paling penting adalah pendapatan kerajaan hasil dari aktiviti jualan dan pembuatan rokok merosot dengan terusk sekali. Bila kilang BAT tutup, maka bertambahlah merosotlah lagi pendapatan negara dari cukai pembuatan rokok dan jualan.

Aktiviti jualan rokok secara haram meningkat dan orang masih tetap hisap rokok dengan membeli rokok seludut sedangkan pendapatan kerajaan hilang walaupun aktiviti merokok tak berapa hilang sangat dari rakyat Malaysia.

Kilang buat kotak rokok juga terkesan

Pembekal terbesar kotak rokok untuk BAT adalah syarikat Tien Wah Press Holding Berhad. Satu lagi syarikat tersenarai di bursa saham yang terkesan sebab secara automatik dia hilang punca pendapatan yang amat besar dari BAT.

Dengar khabar dia dah mula shift perniagaan pada bidang ain pula. Itupun dia bernasib baik sebab syarikat tersebut sebenarnya amat kaya dan banyak duit. Dia cash rich kata orang putih hasil dari mengaut keuntungan dah lama dari buat kotak tokok untuk BAT. Tak ada masalah untuk syarikat itu nampaknya.

Kita tunggu pula selepas ini hala tuju satu lagi kilang buat rokok besar negara iaitu JTI samada dia juga akan bungkun atau tidak. Menurut kata JTI, jualan mereka merosot teruk sampai 20% selepas kenaikan ketiga harga rokok.

Mereka dah sampai ke titik akhir buat untung nampaknya. Industri buat rokok sudah tidak lagi mewah dan menguntungkan buat pembuat rokok secara sah di Malaysia.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jualan merosot - Kilang rokok terbesar Malaysia tutup terus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !