Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 March 2016

Jubah abang Sado yang mengancam

  Ano Nyme       06 March 2016
Memang tak perasan langsung bahawa jubah abang Sado telah menjadi viral sebelum ini. Bila terbaca laporan dari The Malaysian Outsider (Insider dan tukar jadi Outsider sebab Kerajaan BN tak suka dengan kebebasan laporan media), baru luangkan sedikit masa untuk semak apa yang berlaku. (Sumber gambar)

The Malaysian Outsider melaporkan bahawa Akhbar Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno, mengecam fenomena Jubah Abang Sado sebagai satu 'fesyen liar'. Akhbar milik Umno itu mengaitkan pemakaian Jubah Abang Sado itu dengan penyalahgunaan pakaian yang tersasar dari adab dan tertib pemakaian jubah.

Mereka juga turut mengatakan bahawa jika tidak dibendung oleh pihak yang berwajib, pemakaian jubah abang sado itu bakal membawa kepada mudarat sosial.

Agak berat juga tuduhan itu nampaknya.

Kenapakah sampai begitu sekali anggapan akhbar tersebut terhadap jubah abang sado?

Ada kemungkinan ianya berpunca daripada penonjolan para abang sado yang menjadi model dalam pakaian jubah abang sado itu. Mereka semua Sado dan paling malang, telah dituduh sebagai kumpulan gay yang berpakaian jubah.

Bila dibaca dalam facebook Farbel Exclusive, pemilik kepada fesyen jubah abang sado itu, para model lelaki sado yang kacak dan bergaya semuanya adalah dari kalangan ahli bina badan yang juara-juara belaka. Malah semuanya dah berumah tangga, ada isteri dan anak-anak.

Jadi anggapan bahawa model jubah abang sado gay adalah tak betul.

Jubah abang Sado yang mengancam

Pengalaman minat pakai jubah

Secara peribadi, saya bukan peminat pakaian jubah. Ada yang anggap pemakaian jubah itu adalah Islamik. Orang yang pakai jubah lebih islam daripada mereka yang tak pakai jubah. Pandangan itu berhujahkan bahawa ianya adalah pakaian Rasulullah. Jadi pakai jubah itu jadi satu sunnah.

Masa rapat dengan kawan-kawan dari kalangan ahli Arqam dahulu, itulah yang saya faham daripada para ahli arqam. Mereka juga mendakwa jubah cara yang dipakai oleh mereka juga serban yang dililit oleh mereka dengan kemas dan besar itu lebih mendekati sunnah.

Masa tu saya tertarik juga dengan kumpulan arqam. Saya ikuti program ilmu anjuran mereka untuk mengenali lebih dekat kepada ajaran Islam. Dari situ saya membeli jubah pertama untuk dijadikan sebagai pakaian ketika menunaikan solat terutamanya ketika berjemaah.

Masa itu saya rasa amat islamik sekali dan yakin bahawa saya telah berubah menjadi orang yang baik dengan kecenderungan untuk memakai jubah.

Masa zaman kanak-kanak di kampung, orang yang pakai jubah bukanlah calang-calang orang. Biasanya mereka merupakan para tok guru agama atau tok guru pondok yang disanjung dan dihormati oleh orang kampung.

Selain dari itu, pemakain jubah adalah dari kalangan pak haji yang baru pulang dari mekah. Anggapan ketika itu, orang yang pakai jubah tandanya dia sudah menunaikan haji di Mekah. Jadi kalau tak Haji lagi, jangan cari pasal nak kenakan pakaian jubah. Siap hari bulan kena tolak naik jadi imam solah subuh pagi jumaat.

Jubah zaman sekarang

Tapi semua itu sudah berlalu. Orang pakai jubah dah jadi biasa sangat sekarang samada dah tunaikan haji atau belum. Masa solat hari raya, lagi ramai yang kenakan pakaian jubah sebagai pakaian solat sunat hari raya mereka.

Kemudian datang pula fesyen jubah warna warni dengan berbagai rekabentuk yang moden dan bergaya. Sasaran fesyen jubah itu adalah untuk remaja dan pemuda yang berminat untuk menukarkan budaya pakai baju melayu kepada budaya pakai baju tok Arab, tapi sudah diubah suai menjadi moden.

Sekarang datang pula Jubah Abang Sado. Fesyennya sama saja dengan yang dah ada sebelum ini, tapi ianya meletup apabila penggunaan para model abang sado dijadikan pelaris untuk melonjakkan jualan.

Menurut pemilik jubah abang sado, tempahan jubah abang sado sampai mencecah RM2 juta ! Tempahan juga datang dari luar negara dan bukan saja terhad dari Malaysia sahaja.

Bab pakaian seperti itu eloknya dibiarkan saja. Ikut suka oranglah nak pakai macam mana berdasarkan fesyen yang dia suka. Lagipun jubah itu labuh dan menutup aurat. Cuma bila abang sado pakai memanglah ketat.

Badan para abang sado kan dah cacat berlebihan dari biasa dengan benjolan disana sini dengan pinggang kecil dan punggung kecil kemudiannya kembang semula kebawah pada paha dan betis berotot. Jadi bila pakai jubah jadi ketatlah. Kalau mereka pakai baju apapun akan jadi begitu.

Dunia ! Dunia !
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jubah abang Sado yang mengancam

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Bandingkan jubah in dgn junah2 yg di pamirkan di IFF anjuran PMO mana yang lebh mudarat...di IFF ada gesyen jubah yb menjolok mata malah ada yg jubah xmacm jubah trutama tuk wanita

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !