Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 March 2016

Pendaftaran sekolah anak tahun 1 sesi 2018

  Ano Nyme       16 March 2016
Ini panduan mudah untuk mereka yang tinggal disekitar negeri Selangor yang nak buat pendaftaran sekolah anak tahun 1 sesi 2018.

Jika anda ada mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2011, anda perlu buat pendaftaran sekolah anak tahun 1 untuk sesi 2018 sekarang.

Pendaftaran perlu dilakukan dengan menggunakan sistem pendaftaran atas talian.

Pendaftaran sekolah anak tahun 1 sesi 2018 kini telahpun dibuka. Tempoh sistem tersebut dibuka adalah bermula daripada 1 Mac 2016 dan akan berakhir pada 30 April 2016.

Masa masih ada lagi sekarang dan jika belum buat pendaftaran persekolahan anak anda, sila lakukannya dengan kadar segera.

Cara pendaftaran sekolah anak tahun 1

Apa yang anda perlu buat adalah masuk terlebih dahulu ke portal ini:
https://public.moe.gov.my
Bila dah masuk ke portal yang saya berikan linknya di atas, anda terlebih dahulu perlu buat daftar masuk ke dalam sistem. Ini pada mereka yang dah pernah daftar masuk ke dalam sistem tersebut.

Kalau anda belum lagi pernah masuk daftarkan diri dalam sistem, tekan Button berwarna merah yang tertulis, "Pengguna Baru".

Anda akan dibawa ke daftar pengguna baru.

Daftar pengguna baru

Isikan segala maklumat yang dipinta dengan membaca paparan pada skrin tersebut. Masukkan kata laluan 8 angka yang mudah anda ingat. Paling mudah masukkan saja nama anak yang nak anda daftarkan di situ.

Akhir sekali anda diminta mengisi semula abjad keselamatan. Ianya case sensitif. Ertinya perlu ikut betul-betul samada huruf besar atau huruf kecil.

Bila dah selesai buat semua itu, anda telah selamat mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem itu.

Daftar sekolah anak

Sekarang anda perlu pergi semula pada sistem itu, klik: https://public.moe.gov.my

Masukkan no ID anda, iaitu nombor kad pengenalan anda, kemudian masukkan kata laluan. Anda akan terus di bawa kepada portal utama pendaftaran sekolah anak tahun 1 sesi 2018.

Scroll ke bawah sekali dan portal tersebut, anda bleh lihat paparan 2 sistem pendaftaran atas talian, klik pada sistem Tahun 1

Anda akan di bawa terus pada paparan pendaftaran anak ke sekolah tahun 1. Ada dua paparan pulak kat situ.

  1. Permohonan baru
  2. Semak permohonan
Kalau tak pernah daftar lagi, tekan saja button permohonan baru. Paparan selanjutnya anda diminta masukkan nombor surat beranak anak ada.

Masukkan saja nombor surat beranak dan maklumat kawasan persekolahan yang anda pilih. Jangan risau sebab sebaik saja anda masukkan nombor surat beranak anak, semua maklumat anak anda akan dipaparkan pada skrin.

Sistem pendaftaran sekolah anak tahun 1 ini terus mengambil segala data maklumat daripada Jabatan Pendaftaran.

Kat sinilah kelebihan dan mudahnya sistem pendaftaran ini. Maklumat semuanya akan terus dikutip daripada jabatan pendaftaran secara terus sebaik saja anda masukkan butiran kad pengenalan diri anda.

Oleh itu nak masukkan nama IBU dan Bapa amat mudah dengan hanya isikan nombor kad pengenalan.

Ok ! selamat buat pendaftaran anak anda ke sekolah tahun satu sesi 2018
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pendaftaran sekolah anak tahun 1 sesi 2018

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !