Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 March 2016

Sejarah Pulau Pinang yang hangpa perlu baca !

  Ano Nyme       11 March 2016
Antara subjek yang saya paling tak suka masa sekolah dahulu adalah subjek sejarah. Maklumlah masa remaja tu memang tak berapa faham sangat kenapa nak kena baca dan tahu sejarah. Otak masa tu hanya fikir nak bersuka sahaja dan sentiasa cuba jauhkan diri dari apa saja perkara serius.

Bila dah berumur sedikit mula terasa nak tahu banyak perkara. Terutamanya bila dah peka sedikit dengan perihal politik negara. Sikap ambil terima apa saja yang orang cakap bukan satu sikap yang betul. Malah sikap itulah yang membuatkan masyarakat mudah diperbodohkan selama ini.

Kita perlu ubah sikap sebegitu sekarang juga dan hilangkan budaya hanya mendengar dan ikut tanpa ada usaha untuk menggunakan akal dan membuatkan kajian sendiri agar lebih faham dan ambil tanggung jawab penuh dengan apa yang kita telan.

Perkara itulah juga membuatkan saya faham sekarang kenapa dalam bab kepercayaan tauhid dan amalan Islam, ulama ada yang mempertikaikan kesahihan para penganut yang hanya jadi pak turut. Ada yang kata sah kepercayaannya dan ada yang kata tak sah. Mungkin dalam satu peringkat umur tertentu, pak turut terhadap agam ibubapa masih boleh diterima. Tapi bila dah akil baligh, mesti percaya dan faham sekali gus bukan hanya ikut-ikutan.

Sejarah Pulau Pinang

Dah melalut panjang pula dalam mukadimah kat atas tadi. Kembali semula pada tajuk asal berkenaan sejarah Pulau Pinang yang nak saya kongsikan pada pembaca terutamanya orang Pulau Pinang.

Saya ada beli sebuah buku yang menceritakan semula sejarah Pulau Pinang baru-baru ini. Buku tersebut amat menarik sekali dan banyak mendedahkan kisah dan fakta yang saya tak tahu selama ini.

Buku sejarah Pulau Pinang itu ditulis oleh A. Shukor Rahman. Beliau merupakan seorang wartawan otai yang memang berasal dari Pulau Pinang dan amat melekat hatinya pada tanah tumpah darahnya itu.

Tajuk buku sejarah Pulau Pinang itu adalah: " 101 Stories of Old Penang "

Ia ditulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Ceritanya bertumpu pada peristiwa-peristiwa yang menjadi sejarah kecil di tempat-tempat penting di seluruh negeri Pulau Pinang termasuklah kawasan pulau itu sendiri dan juga kawasan di tanah besar di Seberang Perai.

Asal usul keturunan Merican

Asal keturunan Merican ini saya jumpa hasil dari pembacaan di buku Sejarah Pulau Pinang tersebut. Sebelum ini memang ada tertanya-tanya mai mana pula keturunan Merican ni? apakah depa semua orang amerika yang mai bangsat kat Pulau Pinang atau Malaysia ni atau ada makna lain.

Rupa-rupanya Merican adalah hasil dari perkataan 'Marakayar' atau 'Marakalayar'. Itu perkataan sebenar keturunan kumpulan pendatang yang berasal dari kawasan Persisiran Tamil Nadu di India. Marakayar atau Marakalayar itu bermakna 'pembuat bot' dalam Bahasa Tamil atau dalam Bahasa Inggerisnya di panggil 'Boat Builder'.

Perkataan itu berubah menjadi Merican dan nampak istimewa dan bangsawan sekali sampai sekarang. Kalau dikekalkan dengan nama Marakalayar tentu jadi tak glamour.

Kumpulan yang dinamakan sebagai Marakayar itu juga dikenali sebagai Orang Tamil yang di Arabkan budayanya atau dalam BI digelar 'Arabized Tamils'. Ini berikutan penduduk tersebut banyak menyerapkan budaya orang arab dalam kehidupan mereka. Saudagar Arab yang banyak datang ke Tamil Nadu berdagang di sana mempengaruhi kebudayaan penduduk di situ.

Bila datang ke Pulau Pinang dan Kedah, geng Marakalayar ini bercampur dan berkahwin dengan warga tempatan juga dengan orang Minangkabau Aceh dan lain-lain. Anak cucu mereka menggunakan nama Merican menggantikan nama Marakalayar dan nama itu terkenal sehingga sekarang.

Penempatan orang Asli di Kubang Semang

Maklumat bahawa negeri Pulau Pinang sebenarnya pernah menjadi salah satu tempat penempatan orang asli juga amat mengejutkan saya.

Yang lebih terkejul lagi adalah kawasan penempatan orang asli di Pulau Pinang itu bertempat di kampung saya sendiri iaitu KubangSemang. Selain dari Kubang Semang, orang asli juga ada di Juru satu ketika dahulu.

Orang Asli dari suku Semang itu hanya keluar dan berpindah ke tempat lain dalam era tahun 1920-an setelah orang Melayu mula menerjah ke kawasan penempatan mereka tersebut.

Ertinya betullah kata arwah bapak saya bahawa kubang semang satu ketika dahulu merupakan sebuah tempat berkubang orang asli dari suku Semang. Saya macam tak percaya dan tak dapat bayangkan bahawa ada orang asli kat Pulau Pinang. Dari situlah agaknya keluarnya nama Kubang Semang.

Orang Kubang Semang tahu tak sejarah ini ?

Asal usul nama Cherok Tok Kun

Ini juga maklumat yang terdapat dalam buku sejarah Pulau Pinang itu.

Tahu tak bahawa asalnya di kawasan Cherok Tok Kun itu menjadi tempat tinggal seorang Bomoh Siam yang amat handal bernama Tok Kun. Dia tinggal di kaki bukit mertajam dalam era tahun 1880-an. Di satu sudut kawasan tersorok dan tercherok itulah ramai orang datang untuk mendapatkan rawatan dari tok bomoh siam itu.

Makanya dinamakanlah tempat tersebut sebagai Cherok Tok Kun.

Bukit Mertajam dah wujud sejak 1500 tahun dulu

Ini satu lagi maklumat yang sungguh saya tak tahu kalau tak baca buku sejarah Pulau Pinang tersebut.

Barulah tahu bahawa ada bukti kesan pendudukan lama bersejarah di kawasan Bukit Mertajam betul-betul di tapak wujudnya Gereja St Anne di jalan nak ke Kulim.

Batu Bersurat yang ditulis dalam Bahasa Pali, sebuah bahasa lama berasal dari India telah dijumpai oleh seorang pegawai tentera British pada tahun 1845 dahulu. Batu bersurat yang berusia lebih dari 1500 tahu itu masih ada di tapak geraja St Anne sekarang tapi akibat dari aktiviti vandalisma, tulisannya dah jadi tidak berapa jelas.

Memang banyak lagi maklumat yang amat menarik yang boleh membuatkan saya kenal negeri kelahiran saya Pulau Pinang. Buku itu masih belum habis dibaca sekarang. Tapi mungkin akan saya ulang baca alaudah habis nanti sebab semuanya amat menarik dan menggamit memori.

Anda boleh dapatkan buku itu di MPH kalau berminat !
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sejarah Pulau Pinang yang hangpa perlu baca !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !