Apakah cara yang terbaik untuk hapuskan pepijat yang sedang menghantui hidup anda di rumah? (Sumber gambar)
Ada banyak cara yang orang kongsikan di ruang cyber ini terutamanya di blog. Semua memberikan cara yang mereka rasa terbaik berdasarkan pengalaman atau petua tradisi masing-masing.
Antara petua yang saya kira sebagai petua tradisional adalah seperti berikut di bawah,
- Gunakan kulit durian - Ambil kulit durian dan letakkannya di bawah katil atau di sekitar tempat yang diserang pepijat. Biar kulit durian tersebut di situ selama 4 atau 5 hari. Kononnya pepijat akan mati sebab tak tahan bau durian. Dan pepijat yang masih hidup akan berpindah ke tempat lain.
- Kulit limau nipis - Jika tiada kulit durian, kulit limau nipis boleh digunakan sebagai ganti. Caranya sama macam kulit durian di atas tadi.
- Daun durian belanda - Jika ada daun durian belanda, boleh juga digunakan menggantikan kulit durian. Caranya juga sama macam kulit durian tersebut di atas.
- Pokok serai - Ambil daun serai berserta batangnya sekali, tumbuk sampai keluar bau yang kuat dan letakkan bawah katil dan tilam.
- Kapur barus - Hancurkan kapur barus dan taburkan pada tempat yang ada pepijat termasuklah dicelah-celah rekahan di mana pepijat bersembunyi. Dikatakan kononnya pepijat akan cabut lari bila ada kapur barus sebab mereka rasa seram.
Apakah petua tradisional tersebut di atas memang berkesan dalam usaha untuk halau atau hapuskan pepijat di rumah anda ?
Saya sendiri tak pasti dan tak tahu samada berkesan atau tidak. Sebab tidak pernah mencubanya lagi. Tapi berdasarkan pengalaman, bukan mudah nak bunuh pepijat ini. Kalau setakat bau, pepijat sebenarnya tidak kisah sangat.
Saya sendiri tak pasti dan tak tahu samada berkesan atau tidak. Sebab tidak pernah mencubanya lagi. Tapi berdasarkan pengalaman, bukan mudah nak bunuh pepijat ini. Kalau setakat bau, pepijat sebenarnya tidak kisah sangat.
Malah ada kalanya semburan racunpun masih tidak berjaya membunuh pepijat dengan mudah di sebabkan keadaan kulitnya yang punya daya perlindungan dari resapan.
Jika bunuh pepijat semudah meletakkan kulit durian, serai, limau nipis dan seumpamanya, sudah tentu ia bukanlah menjadi satu masalah terutamanya di asrama sekolah, di hotel dan lain-lain.
Cara terbaik yang perlu digunakan dalam usaha hapus pepijat adalah dengan membunuh pepijat tersebut. Termasuklah dengan menghapuskan sekali semua telur dan anak pepijat yang menyorok di celah-celah rekahan samada di lantai, dinging, perabut, katil, tilan dan sebagainya.
Cara terbaik hapus pepijat di rumah
Jika rumah anda ada masalah pepijat, segera hapuskannya sebelum ia merebak dan bertambah banyak. Jika jumlahnya masih kecil atau sedikit, anda masih boleh melakukannya sendiri.
Katakan anda dapat kesan ada terkena gigitan peijat ketika tidur di atas katil. Selongkar semua katil tersebut. Keluarkan tilam dan selak pada semua bucu tilam untuk kesan di mana adanya pepijat. Anda boleh gunakan semburan racun lipas yang boleh dibeli di pasaraya seperti Giant atau Tesco.
Sembur pada semua bucu atau lipatan tilam dengan semburan racun tadi. Kemudiannya jemur tilam dan bantal pada panas terik matahari. Dalam keadaan sekarang yang amat panas ini, sudah tentu pepijat tidak akan dapat bertahan.
Ambil cadar pada tilam yang terkena pepijat untuk dibasuh dengan air panas. Pastikan air panas dan bukannya air biasa sebab pepijat hanya akan mati dengan suhu tinggi melebihi 60 darjah celcius.
Guna khidmat profesional hapus pepijat
Jika serangan pepijat sudah merebak di tempat lain di rumah anda, cara terbaik untuk hapuskan pepijat adalah dengan menggunakan khidmat profesional dari syarikat Pest Control yang berlesen.
Ada dua cara yang digunakan biasanya oleh syarikat pest control:
- Menggunakan racun serangga yang kuat
- Menggunakan teknik rawatan haba
Penggunaan racun serangga yang kuat dan berbau memang dapat membunuh pepijat, tetapi ada banyak kesan sampingan yang mungkin tidak ramai yang suka. Paling ketara adalah kesan racun yang akan melekat pada tilam atau perabut kepunyaan anda.
Racun yang banyak terpaksa digunakan samada cecair atau serbuk untuk membunuh pepijat yang menyorok di serata tempat dibalik celahan kecil atau rekahan. Ada kalanya racun tidak dapat mencapai kedudukan pepijat di dalam celahan, dan ini akan menyelamatkan pepijat tersebut.
Jika Rawatan Haba digunakan untuk hapuskan pepijat di rumah, ianya adalah jauh lebih berkesan dan tidak merbahaya. Juga tidak meninggalkan sebarang kesan bau atau racun. Malah menjadikan tilam anda nyaman semula.
Haba dapat meresap pergi ke celah manapun dalam rekahan di mana adanya pepijat yang menyorok sebab ianya adalah gelombang haba dan bukannya cecair atau serbuk. Ini dapat memastikan semua pepijat yang ada dapat dihapuskan sama sekali.
Bukan sahaja pepijat dewasa atau anak pepijat, telur pepijat juga turut sama terhapus dan rumah anda akan bebas dari masalah pepijat.
Dapatkan Khidmat profesional hapuskan pepijat Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat Pest Control Operator berlesen. Hubungi, Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
Boleh cuba rawatan Haba yang mampu selesaikan masalah pepijat lebih baik dari menggunakan racun. Call atau WhatsApp Puan Siti 012-2067357
ReplyDeletePuan siti tinggal di pulau pinang ka?
ReplyDeleteTak ..
DeleteAwak buat rawatan yg mcm mana ya?
ReplyDeletePm harga nk buat tempah
ReplyDeletehai...saya ada masalah pijat dlm rmh saya..byk brg saya dah buang seperti tilam dan sofa tp masalah pijat ada lg.nk tanya berapa harga caj nak buat cara haba nie yea
ReplyDeletePm harga nak hapuskan pijat.
ReplyDeleteNak PM kat mana ya?
DeleteBerapa harga?
ReplyDeleteMahal ke nak buat rawatan haba ni utk keluasan rumah flat?
ReplyDeleteBerapa harga untuk buat rawatan haba untuk bilik berukuran 15ftx20ft
ReplyDeleteRM480 sahaja untuk rawatan hapuskan pepijat dengan menggunakan Haba! Ramai yang dah dibantu selesaikan masalah pepijat di rumah mereka!
Delete