Satu-satunya berita gembira yang boleh kita ambil lanjutan dari apa yang sedang berlaku pada pembuat kereta Nsional kita, Proton adalah mereka mengaku sedang menghadapi masalah dan sedar segala kelemahan yang ada pada mereka.
Untuk berubah, kesedaran itu adalah perkara paling utama. Kalau masih anggap diri hebat dan tidak mahu dengar cadangan atau nasihat daripada pelbagai pihak samada yang berkepentingan atau tidak, jangan harap perubahan dan pembaikan dapat di lakukan.
Oleh itu, Proton mesti dibantu supaya mereka dapat berubah dan bangun semula seperti zaman kegemilangan mereka dahulu. Zaman paling gemilang Proton adalah ketika menguasai pasaran automotif sebanyak 73% pada tahun 1993.
Sekarang semua orang mampu pakai kereta - Proton
Bayangkan betapa lakunya kereta Proton masa itu. Mungkin disebabkan protonlah maka jumlah rakyat Malaysia yang mampu beli dan pakai kereta bertambah dengan cukup ramai. Mungkin kewujudan Proton lebih kurang sama dengan kewujudan AirAsia apabila membuat tema, semua orang boleh naik kapal terbang sekarang.Proton muncul juga memberikan harapan pada rakyat Malaysia, semua orang mampu memilki kereta sekarang. Cuma masa itu, mereka tidak cukup kreatif untuk mengeluarkan idea moto atau tema yang sebegitu sebab bercita-cita terlalu tinggi. Rasanya jika moto itu diperkenalkan, Perodua sudah tentu tidak ada harapan untuk menjadi kereta nombor satu dijual di Malaysia seperti sekarang.
Proton sepatutnya perkemaskan konsep memastikan pemilikan kenderaan semakin mudah kepada rakyat malaysia dengan mengeluarkan berbagai kenderaan yang berkos rendah mampu milik dalam masa yang sama berkualiti dan selamat untuk dipandu.
Bila dah berjaya dalam segmen itu di pasaran domestik, eksport pula ke pasaran negara membangun ain dan ke pasaran dunia ketiga. Tentu mendapat sambutan dengan baik. Bila dah volume dan tinggi, maka barulah beralih arah membuka satu lagi segmen kereta mewah atau separa mewah untuk ditawarkan pula kepada rakyat Malaysia, juga dengan harga yang mampu milik.
Prestasi Proton menjunam teruk
Sebaliknya apa yang berlaku pada Proton amat mengecewakan. Dari tahun ke tahun penguasaan Proton dalam pasaran semakin merudum sehinggalah di waktu ini, Proton hanya menguasai sebagai 15% pasaran domestik kenderaan.Yang menjadi juara pasaran kenderaan mampu milik sekarang adalah Perodua. Orang lebih percaya pada Perodua berbanding Proton. Sebut saja Proton, banyak bayangan negatif terhadapat kualitinya muncul dalam kepala. Walaupun harga yang ditawarkan untuk segmen kereta murah amat baik, tapi orang lebih suka mendapatkan kenderaan Perodua kerana dianggap lebih berbaloi dari segi tempoh pemilikan kenderaan.
Tiba masanya Proton dibina semula
Orang boleh cakap apa saja pasal Proton dan tidak mahu ambil perduli samada Proton nak lingkup atau nak tungging terbalik. Tapi strategi menyalurkan dana untuk membangunkan industri berteknologi tinggi jauh lebih baik daripada memberikan subsidi dan bantuan kewangan seperti Brim kepada rakyat secara individu.Banyak negara terutamanya Korea mengamalkan konsep sebegitu. Kerajaan mereka salurkan dana yang besar untuk pembinaan berbagai industri berat berkapasiti dan berteknologi tinggi. Mereka juga membantu industri tersebut dengan memberikan protection supaya ia mampu membesar sehingga menguasai pasaran dunia barulah dilepaskan bebas berdikari.
Maknanya strategi yang kerajaan buat memang dah betul. Malangnya orang yang diberikan amanah dan kuasa untuk membangunkan semua itu bertukar menjadi buaya yang kerjanya hanya untuk mengaut keuntungan pada diri sendiri. Harap semua itu sudah tidak berulang lagi dan harapan masih ada untuk kita sebagai rakyat harapkan.
Ada juga yang berpendapat Proton jadi begitu sebab ia merupakan bayi jagaan Tun Mahathir. Tun amat mengawal sejak dari mula kewujudan Proton sampailah ke akhir di mana dia dah tinggalkan semua jawapannya dari Proton. Bila Tun Mahathir keluar barulah Tok Pa berani keluarkan suara. Bagus juga Tun cabut untuk membiarkan orang lain pula mencatur urusan pembinaan syarikat bermasalah itu sekarang.
Nota: Gambar imaginasi photoshop Proton tersebut diambil dari sini
Aku terkilan ngan protong, beruk dihutan disusukan sedang anak dirumah dibiar kelaparan ( diluar negara mutu lebih baik dan murah dari harga dalam negara ).Bila aku hijrah ke Thailand kusangka murah tapi lebih mahal dari harga dimalaysia,hatiku luluh hancur semangat nak guna keteta malaysia diThailand sebagai semangat patriotik, hilang rasa banggaku. Aku pakai Toyota lebih baik dari proton.
ReplyDeleteProton mmg jahanam la....sakit aq aq....aq guna iswara...waja...ngan perdana....xde satu yg ok....sama je sakit otak dia....serik.....lau x mampu beli kete impot...aq sanggup naek bas...dari kuar modaol kat kete potong body ni
ReplyDeleteBaik beli kereta toyota, aku pakai power window tak de pun masalah dan 10 tahun aku pakai, proton, pakai 10 tahun 14 kali tukar motor sama suiz power window. Lepas tu proton banyak bunyi tikus, bunyi aircond pun kuat dan bising, kalau toyota senyap je.
ReplyDelete