" Hapuskan pepijat di rumah anda dengan menggunakan teknik Haba yang membubuh pepijat sekali dengan semua telurnya di mana saja mereka berada. Hubungi Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut "
Serangan pepijat boleh merebak dengan cepat. Kalau kawasan di perumahan, biasanya rumah jiran yang diserang masalah pepijat akan mula merebak kepada rumah sebelahnya pula. Itu biasa berlaku jika anda tinggal di rumah flat atau apartment.
Bagaimana pepijat datang ke rumah anda
Satu perkara yang amat pelik menjadi tandatanya mereka yang rumahnya diserang pepijat adalah, dari mana datangnya pepijat ini... ? sebelum ini tak ada langsung pepijat dalam rumah tiba-tiba muncul dan semakin lama semakin bertambah meriah.Ada banyak cara pepijat boleh datang dan mula membiak di rumah anda. Berikut diberikan beberapa sebab yang boleh berlaku:
- Beli perabut lama - Jika anda membeli perabut atau apa-apa barangan rumah yang second-hand, pastikan barangan tersebut tidak ada menyimpan telur dan juga pepijat dewasa di celah-celah sudut tersembunyi. Pepijat atau telurnya akan di bawa masuk sekali dengan perabut yang anda beli ke dalam rumah anda. Dari situ ianya mula merebak dan membiak.
- Beli barangan katil lama - Anda mungkin beli tilam atau cadar dan lain-lain seumpamanya dari pihak hotel yang melelong barangan lama mereka. Ini juga merupakan salah satu punca yang membolehkan anda membawa masuk sekali pepijat dengan barangan yang dibeli ke dalam rumah.
- Datang dari rumah jiran sebelah - Jika jiran anda punya masalah pepijat, tidak sukar untuk anda juga menghadapi masalah yang sama dalam masa yang terdekat. Tambahan pula jiran suka datang bertenggek di rumah anda sambil membawa barang tertentu. Mungkin juga jiran tak sedar dia baru lepas lena tadi atas katilnya yang banyak pepijat dan pepijat terselit di celah lipatan kainnya ketika dia datang bergossip di rumah anda.
- Datang dari aktiviti kembara - Salah satu cara pepijat mengembara dan berjalan serata dunia adalah dengan menumpang pada manusia yang suka mengembara. Biasanya manusia mengembara akan membawa bersama mereka beg dan kelengkapan lain. Mudah saja untuk pepijat melompat masuk duduk dicelah lipatan beg atau pakaian dalam beg dan anda akan mula membewa bersama segerombolan pepijat untuk mengembara.
- Anak sekolah asrama - Jika anak anda sekolah asrama, ada potensi dia bawa balik pepiat masuk ke dalam rumah anda pula. Itupun jika sekolah asrama tersebut dilanda masalah pepijat. Biasanya sekolah asrama memang akan ada masalah pepijat ini. Jika tidak diusahakan sesuatu, masalah akan menjadi amat teruk.
Begitulah antara cara-cara yang mungkin membuatkan pepijat masuk menginap di dalam rumah anda. Mungkin ads alagi cara lain, tapi biasanya itulah yang biasa terjadi.
Kesan buruk dari pepijat
Ada banyak kesan buruk yang datang hasil daripada serangan masalah pepijat ini. Jika anda menjalankan perniagaan hospitaliti seperti resort, homestay, hotel dan lain-lain seumpamanya, pepijat boleh menjadi musuh utama anda.
Sekali orang datang menginap di tempat yang anda kendalikan itu dan mereka merana menjadi mangsa serangan pepijat, perniagaan anda akan menjadi buruk dan pelanggan tidak akan datang untuk kedua kalinya. Bertambah teruk jika mereka siarkan pula di laman sosial berkongsikan pengalaman dihisap darah oleh pepijat ketika menginap di chalet anda.
Jika masalah pepijat melanda rumah anda, hidup anda akan menjadi tidak segar. Kulit tangan dan kaki serta badan anda akan menjadi mangsa gigitan pepijat yang kerjanya menghisap darah segar manusia. Bagi mereka yang alah kepada gigitan pepijat, akan berlaku pula kesan gatal yang seterusnya merebak pada bahagian kulit lain setelah anda menggarunya.
Pepijat yang tak henti datang gigit dan hisap darah membolehkan anda tak nyenyak tidur. Ini boleh menimbulkan berbagai masalah lain pula. Ringkasnya pepijat mampu membuatkan anda hidup tidak senang selagi ianya tidak dihapuskan dengan segera.
Khidmat menghapuskan pepijat yang berkesan
Bagi mereka yang hadapi masalah pepijat, anda boleh dapatkan Khidmat Menghapuskan Pepijat dengan menggunakan teknologi Haba. Teknologi Haba amat berkesan menghapuskan pepijat secara menyeluruh berbanding teknik menggunakan bahan kimia cecair atau serbut.
Hubungi En Izam 012-2067357 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !