Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 April 2016

Makan pasembor 'Best in Town' di Titingan

  Ano Nyme       23 April 2016
Banyak kali juga berpeluang pergi ke Tawau Sabah. Dan setiap kali ke sana, saya konsgikan serba sedikit cerita pengalaman ketika pergi ke sana. Kali ni nak kongsikan sedikit pengalaman perjalanan ke Tawau dua bulan lepas. Lama dah pergi tapi tak sempat tulis. Sebab lambat nak download gambar yang ditangkap ketika ke sana tempoh hari. Bila dah ada gambar, mudah sedikit nak buat cerita kat sini.

Saya pergi dengan dua orang lagi kawan untuk bertemu dengan kawan yang tinggal dan jalankan perniagaan di Tawau. Kawan di Tawau beria benar nak bawak kami makan malam di sebuah kedai Seafood yang terletak di Titingan. Saya berbuka puasa kat restoran seafood tersebut malam itu kebetulan hari tersebut hari isnin, hari puasa sunat.

Tapi bukan nak cerita pasal restoran seafood Titingan yang ada kat Tawau tu kat sini. Saya nak cerita pasal sebuah kedai makan yang terletak betul-betul di kampung Titingan di Tawau. Pada mulanya saya ingatkan restoran seafood Titingan tu, di namakan sedemikian sebab tempat tersebut namanya Titingan, salah rupanya. Kampung Titingan letaknya di kawasan lain.

Titingan atau Ice Box

Titingan terkenal juga dengan nama Ice Box Tawau. Kenapa dinamakan sebagai ice box saya tak berapa pasti terutamanya terhadap terma ice box itu sendiri. Saya rujuk pada google perkataan ice box, ada berbagai makna. Samada secara zahir atau tidak zahir.

Kalau rujuk pada wikipedia pula, asal nama ice box diberikan pada kawasan tersebut disebabkan longgokkan peti sejuk rosak yang banyak diletakkan di tepi jalan di sebuah bekas kilang ais di kawasan tersebut. Mungkin sempena peti sejuk itu maka diberikan nama Ice Box.

Titingan dipenuhi dengan ramai pendatang asing. Ada pendatang asing dari Filipina dan ada pendatang asing yang datang dari Indonesia. Ada yang warga yang berdaftar dan ada ramai juga yang tidak berdaftar. Kawasan tersebut merupakan tanah kerajaan. Ramai yang membina penempatan mereka atas tanah tersebut sebagai penempatan setinggan, atau penempatan haram.

Kalau dah ramai pendatang asing berkumpul buat penempatan haram sebegitu, tentulah tempat itu menjadi pusat berkumpulnya kegiatan jenayah juga. Memang Titingan di kenali sebagai pusat jenayah sampai ramai yang takut nak masuk ke dalam kampung tersebut.

Titingan juga terkenal dengan kejadian kebakaran. Banyak berlaku kes kebakaran besar-besaran yang memusnahkan banyak rumah setinggan dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal. Mungkin aktiviti pembangunan yang main ikut suka hati membuatkan aspek keselamtan tidak di ambil kira. Rumah berhimpit juga membuatkan kebarakan mudah merebak.

Pencemaran juga berleluasa di kawasan tersebut. Ia penempatan haram. Maka pihak majlis tak ambil pot untuk sdiakan segala kemudahan bagi aktiviti pembersihan. Orang ramai pula jenis tak ikut undang-undang dan buang sampah seauka hati. Pendek kata ketempangan masyarakat bertimpa-timpa pada penduduk di situ.
Panjang pulak nak cerita pasal perkampungan Titingan.

Berbalik pada tajuk asal di atas. Kawan orang Tawau pergi ambil kami pada malam kedua di hotel. Katanya nak bawa kami makan pasembor terbaik di Tawau. Dia kata The Best Pasembor in Town. Saya hairan juga bila dia kata ada pasembor kat Tawau tu. Orang Penang macam saya, jika sebut ada pasembor sedap sudah tentu ak mahu lepaskan peluang merasa.

Makan pasembor di Titingan

Maka selepas insya, datanglah kawan tersebut dengan keretanya mengambil kami di hotel di Pekan Tawau. Insya masuk awal di Sabah, jadi waktu masih awal dan sesuai untuk pergi pekena pasembor. Dia bawa kami pergi ke Kampung Titingan. Dari kawan saya itulah saya dapat tahu serbab sedikit pasal Titingan ini.

Oleh sebab kami sampai waktu malam yang gelap gulita dengan kemudahan jalanraya yang tak ada lampu jalan pula, maka semua kadaan sekeliling kelihatan indah. Macam kat Pantai Roan dulu yang gelap samar-sama. Bapok pun kelihatan cantik. Begitulah suasana kampung Titingan di waktu malam. Tapi saya dapat kesan ada banyak sampah di tepi jalan tempat kami letakkan kereta.

Tak jauh dari tempat kami letak kereta kelihatan sebuah kedai makan yang masih beroperasi tapi dah tak ada orang. Kedai itu dah nak tutup sebenarnya, tapi nasib baik masih ada pasembor yang nak kami makan.

Saya ikut saja apa yang kawan Tawau itu order. Bila makanan datang, ternyata bukan pasembor seperti mana yang saya biasa makan. Gambar kat bawah ni saya ambl sebelum menjamahnya. Itulah rupa yang dia kata pasembor. Saya rasa itu sebenarnya adalah Gado-Gado (kot?). Ada kangkung dan ada nasi himpit dengan kuah kacang serta di taburkan cebisan ayam.

Kebetulan nasi himpit dan pecal juga makanan yang saya suka. Jadi tidak ralat sangat. Lagipun memang sedap juga makan tersebut. Saya belasah sampai habis dan kenyang perut. Makan pula cendol tapi tak habis sebab memang tak sedap. Mana boleh lawan cendol BM.
Begitulah kisah makan pasembor yang bukan pasembor tetapi sedap di Kampung Titingan. Gambar atas sekali adalah signboard balai polis kat Titingan. Dengar kata ketua balai itu orang yang berasal dari Titingan itu sendiri. Jadi dia cekap dengan perkampungan tersebut. Mungkin mudahlah baginya nak buat kerja.

Selepas ni saya akan kongsikan pula perjalanan seterusnya pergi ke Keningau kemudian ke Tambunan yang penuh dengan pemandangan yang menarik.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Makan pasembor 'Best in Town' di Titingan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !