Di Kota Kinabalu kami sewa sebuah kereta dan bertolak pagi-pagi pergi ke Keningau melalui Banjaran Crocker. Memandu tanpa henti dari Kota Kinabalu sehinggalah sampai ke Keningau lebih kurang pukul satu petang dan terus pergi cari kedai untuk makan tengahari.
Makanan yang saya cuba adalah Sup Ikan sebagaimana yang tertera pada gambar yang saya rakamkan di atas tu. Rupa sup ikan tu kemerahan sedikit dan nampak macam tak berapa menarik. Tapi rasanya cukup sedap dimakan dengan nasi. Saya hirup kuah sup dan ratah ikan yang ada sampai habis licin. Rasanya unik dan bukan seperti sup ikan yang biasa kita makan kat semenanjung.
Selepas makan nasi dengan sup ikan, kami teruskan urusan dengan pergi melawat beberapa rakan usahawan yang menjalankan perniagaan bengkel kenderaan di sekitar Keningau. Salah satunya adalah sebuah workshop yang berikan tumpuan kepada aksesori dan modified kereta.
Gambar yang saya rakam di atas dan di bawah adalah kereta Wira kepunyaan tokeh bengkel itu. Dia punya make-up kereta wiranya sampai jadi macam tu. Steering ditukar dengan jenis buatan sendiri macam rantai besi. Tengokpun dah dapat rasakan tentu tak sedap langsung memandu dengan menggunakan stering sebegitu. Tapi itulah yang dia suka dan bangga. Itu hak dia, dah suka nak buat macam mana.
Kereta tu punya rendah dan tayar yang dipasang pula ngam-ngam sama besar dengan saiz lengkungan bahagian tayar tu. Kalau kona tentu berlaga tepi. Ringkasnya kereta itu memang tak boleh dipandu atas jalan. Hanya menyusahkan sahaja.
Bila ditanya, kereta tersebut hanya sebagai hiasan sahaja. Dia bentuk kenderaan itu hanya untuk masuk pameran kereta. Katanya kereta itu pernah memenangi pertandingan kereta unik dalam satu pertandingan yang diadakan di sana. Memang unik pun sebab biasanya kereta dibuat untuk dipandu dengan selesa dan selamat. Tapi nampaknya kereta Wira itu tidak jadi begitu. Jadi ianya berlawanan dari kebiasaan. Maka tentulah unik dan tak dibuat orang.
Habis pergi melawat dua tiga kawan kat Keningau, kami pergi check-in kat Hotel untuk merehatkan diri. Keesokkannya, kami pergi makan tengahari kat Restoran Keningau Ngau Chap. Itu satu lagi restoran yang menghidangkan berbagai jenis sup Cina. Kedai tersebut memang terkenal kat Keningau dan setiap kali ke sana, saya mesti tak lepas pergi makan kat situ.
Biasanya saya makan mee yang rupanya macam mee segera dan dimakan dengan semangkuk sup daging. Ada bebola daging dan daging segar di dalam sup tersebut berserta dengan sepiring kecil sambal. Rasanya memang sedap dan amat mengenyangkan.
Selepas selesai kerja di Keningau, kami bertolak pula menuju ke Tambunan. Ada sebuah workshop dalam kampung di Tambunan itu yang berada jauh dalam kampung. Gambar kat bawah adalah gambar workshop yang kami lawat. Gambar kat atas pula adalah pemandangan hutan sebelah sungai berhampiran kampung tersebut. Susananya segar dan cantik serta jauh dari kesibukan kotaraya.
Gambar kat bawah adalah pemandangan atas Banjaran Croker ketika nak balik semula ke Kota Kinabalu. Waktu kami lalu atas banjaran itu adalah waktu tengahari tapi kelihatan kabus tebal macam waktu pagi kat atas tu. Memang suasananya sejuk tak payah pasang aircond kereta kalau lalu atas banjaran tersebut.
Semasa di atas banjaran itu, kami terserampak dengan penjual sayur-sayuran hutan seperti mana yang saya rakamkan pada gambar kat bawah. Oleh kerana hari biasa, hanya dia seorang sahaja yang berniaga kat situ. Kalau hari cuti sabtu atau ahad, akan ada lebih ramai yang buka gerai jualan sayur mereka.
Masa turun dari kereta nak ambil gambar dan berbual dengan penjual sayur tadi, ada beberapa ekor anjing datang menghampiri saya. Dua orang lagi kawan tak jadi turun kereta sebab takut tengok anjing yang nampak liar.
Saya buat tak tahu saja sebab tentu anjing tu dah biasa tengok orang. Bila dia asyik ekori saya saya pusing dan ambil gambar anjing tersebut. Mungkin dia minta gambarnya dirakamkan kot. Asalkan dia tak menyalak dan menyeringai tunjuk taring, saya tak kisah dengan semua anjing tu.
Saya rakamkan sekeping lagi gambar pemandangan suasana dalam kampung di Tambunan kat bawah untuk tatapan pembaca. Sungainya memang kelihatan tidak tercemar. Warna airnya jernih tapi coklat seperti berkarat. Memang begitulah sungai yang mengalir dalam hutan yang masih belum tercemar anirnya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !