Tapi jangan ingat yang anda tak boleh bawa balik pepijat masuk ke dalam rumah. Amat mudah untuk membawa balik pepijat dan kemudiannya dia akan mula membiak dengan cepat di dalam rumah anda.
Kehadiran pepijat dalam rumah samada di kawasan ruang tamu, dalam bilik berhampiran katil tempat tidur, ruang rehat dan sebagainya, boleh menyusahkan hidup anda.
Pepijat ini makhluk yang makanannya hanyalah darah merah. Dia boleh tahan tak makan relaks duduk celah katil atau perabut yang tidak berpenghuni selama setahun, dan masih boleh hidup. Memag jenis keturunan yang degil juga pepijat ini.
Bagaimana nak tahu ada pepijat
Ada 4 cara mudah untuk anda lakukan bagi mengesan samada satu-satu tempat itu ada pepijat atau tidak. Berikut caranya:
- Lihat pepijat itu sendiri - Ini mudah sangat nak tahu pepijat memang ada. Kalau anda nampak pepijat yang leper kecil itu sedang merayap melarikan diri atau meronda atas katil, maka itu tandanya ada pepijat.
- Serpihan kulit pepijat lama - Pepijat yang membesar akan bersalin kulit. Bila dia buang kulit lamanya untuk bertukar kulit yang baru, akan ditinggalkannya kulit tersebut bersepah pada lokasi tempat dia menyorok. Biasanya bersepah halus kecil dan banyak dan anda boleh jumpa kulit tersebut kalau ada pepijat dirumah anda.
- Najis pepijat - Bila dah belasah darah manusia, pepijat akan balik semula ke tempat dia menyorok. Bilah dah kenyang apa lagi, dia akan berak. Najisnya akan melekat pada tempat di menyorok itu berwarna hitam atau cokelat gelap.
- Kesan gigitan - Kalau anda tidu atau rehat di sofa atau katil atau kerusi malas, bila bangun terasa macam gatal dan terlihat ada kesan kena gigit pada kulit tangan, badan atau kaki, maka itu juga boleh jadi satu tanda adanya pepijat.
Kalau memang rumah anda ada pepijat berdasarkan 4 cara mengesan tersebut di atas. Anda mesti hapuskannya segera. Pepijat ini jenis cepat membiak. Jika dibiarkan lama tanpa buat sesuatu, dia akan menghantui diri anda.
Jadi kalau tak mahu jadikan rumah anda sebagai pusat pembiakan pepijat, hapuskan segera semua pepijat di rumah anda dengan menggunakan khidmat pakar kawalan serangga dan makhluk perosak.
Anda boleh dapatkan khidmat hapuskan pepijat secara profesional dengan menggunakan steam dan haba yang selamat dan berkesan dari Easelife Services Sdn Bhd yang berpusat di Shah Alam.
Hubungi Izam 012-2067 357 untuk khidmat hapuskan pepijat !
Petua elak pepijat masuk rumah
Jika rumah anda masih tak ada pepijat, maka janganlah bawa mereka masuk. Biasanya pepijat ada di merata tempat, kalau bukan di rumah kita. Pepijat mungkin ada di hotel, asrama, stor, gymnasium, pannggung wayang, pejabat dan lain-lain seumpamanya.
Pepijat juga pakar menumpang orang pergi mengembara dengan melompat masuk duduk di celah beg atau pakaian pengembara. Oleh itu sentiasa berhati-hati ketika mengembara supaya tak bawa balik pepijat masuk rumah anda.
Berikut petua elak bawa masuk pepijat dalam rumah;
- Bila masuk bilik atau hotel, perhatikan tanda-tanda kewujudan pepijat seperti yang disenaraikan di atas tadi. Kalau ada pepijat, minta saja untuk tukar bilik atau kalau tak boleh tukar hotel terus.
- Jangan survey saja dengan mata, angkat barang seperti tilam, frame gambar, selak perabut dan sebagainya untuk lihat kalau-kalau ada tanda pepijat.
- Jangan letak beg anda berhampiran dengan katil sebab biasanya kat situlah ada pepijat. Angkat beg letakkan pada tempat tempat simpan beg yang jauh dari katil. Biasanya anda boleh nampak kerusi silang yang pelik dalam bilik hotel, letakkan beg kat atas kerusi tersebut.
- Bila nak cabut keluar, masa packing pakaian, perhatikan betul-betul dalam beg. Selak tepi kiri kanan kalau-kalau ada pepijat.
- Sebaik saja balik, masukkan semua pakaian anda dalam tempat pengering. Biarkan selama 15 minit untuk pastikan kalau ada pepijat, mereka akan mati kesemuanya dalam dryer tersebut.
- Jangan bawa masuk perabut secondhand terus dalam rumah selepas dibeli. Periksa dahulu dengan detail di celah-celah perabut supaya tidak ada pepijat.
- Sentiasa periksa katil atau bilik tetamu yang datang dengan bawa beg travel menginap di rumah anda. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bawa bersamanya pepijat dari rumahnya atau dari hotel sebelum itu.
Jika anda perlukan bantuan profesional untuk menghapuskan pepijat yang sudah merebak di rumah atau premis anda, hubungi,
Puan Siti 012-2067357 dari Easelife Services Sdn Bhd
Easelife Services Sdn Bhd, sejak 1998 merupakan syarikat pest control yang bertauliah dan berlesen. Pakar dalam pengurusan pepijat dengan menggunakan rawatan wap dan haba.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !