Berdasarkan ilmu alam, subjek yang dipelajari masa sekolah dahulu, Malaysia merupakan sebuah negara yang iklimnya seperti berikut:
- Mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun
- Kelembapan yang tinggi
- Hujan yang banyak
- Keadaan langit yang tidak berawan adalah sesuatu yang agak pelik
- Menerima cahaya matahari yang amat banyak
Dalam keadaan seperti di atas, semenjak zaman kanak-kanak dahulu, tidak ada apa-apa masalah kepanasan untuk tidur malam walaupun rumah tak ada kipas angin atau pendingin hawa. Tidur sentiasa sedap dan nyaman, terutamanya di rumah kampung yang diperbuat dari kayu dan ada banyak pubang untuk angin masuk ke dalam rumah.
Tapi saya rasa semua itu dah banyak berubah sekarang. Terutamanya baru-baru ini keadaan cuaca panas yang agak melampau melanda negara kita. Tidak pernah dalam sejarah hidup saya terjaga dari tidur tengah malam dalam keadaan baju basah berpeluh walaupun kipas angin ligat berpusing atas kepala.
Ramai kawan-kawan merungut bil api mereka melambung tinggi. Kebanyakan orang yang berkemampuan pasang aircond, tidur dalam keadaan pendingin hawa mereka aktif sepanjang malam sampai ke pagi. Kalau anda ada banyak duit tidak apa buat begitu.
Macam mana nak buat kalau anda bukan ada banyak duit sangat, dan tak mampu pulak pasang aircond di bilik tidur ?
Bolehkah anda tidur dalam keadaan selesa dan nyaman walapun dalam keadaan cuaca panas sekarang tanpa perlu ada dan pasang aircond di rumah ?
Saya kongsikan di sini, 12 cara tidur malam selesa tanpa perlu pasang aircond kat rumah atau bilik tidur anda.
1. Pakai cadar kapas 100%
Tidak ada kain cadar yang selesa sehebat jenis 100% diperbuat daripada kain kapas. Kalau nak selesa sentiasalah pastikan anda hanya membeli segala kain cadar dan lain-lain yang berkaitan dengannya daripada jenis kain kapas original yang 100% tulin.
Perhatikan benar-benar label cadar yang anda nak beli. Kebanyakan cadar diperbuat daripada jalingan dan gabungan Cotton dan Polyester. Jenis sebegitu tidak selesa dan telap udara yang membolehkan udara bebas keluar masuk dicelah-celah kain halus tersebut.
2. Ubah hala kipas angin
Macam mana anda halakan kipas angin yang ada dalam bilik tidur anda menentukan samada bilik anda akan rasa nyaman atau tidak di waktu malam. Biasanya, kita semua ada kipas siling yang ligat berpusing dari atas menembak turun udara yang ada dari siling rumah anda. Kalau boleh, elok jika anda gunakan kipas berdiri yang popular terjual di negara kita.
Jika anda pakai kipas angin berdiri, jangan halakan kipas tersebut terus tepat ke muka atau badan anda. Sebaliknya letakkan kipas itu berhampiran tingkas rumah, dan halakannya keluar dari salah satu tingkap yang ada. Dengan berbuat begitu, anda akan keluarkan bahang panas dari bilik atau rumah, dan udara nyaman dan dingin dari luar akan menerobos masuk menggantikan udara panas.
3. Gunakan seberkas ketulan ais
Ini taktik lama kalau keadaan cuaca dalam rumah terlalu panas dan kering. Ambil seberkas ketulan ais, letakkan di depan kipas angin atau bawah kipas angin. Bila ketulan air mencair, hawa dingin akan keluar memenuhi keadaan bilik atau rumah anda.
Namun begitu, taktik ini lebih berkesan seandainya cuaca adalah panas dan kering. Ianya agak kurang berkesan dalam keadaan cuaca yang lembab seperti kebanyakan tempat di negara kita. Mungkin kawasan sebelah utara tanah air seperti Kedah dan Perlis adalah lebih berkesan menggunakan taktik ini.
4. Tutup tingkap biar bilik gelap
Di waktu siang hari, ketika anda pergi kerja, pastikan anda biarkan keadaan bilik gelap dan elakkan daripada cahaya matahari masuk ke dalamnya.
Anda boleh tutup terus tingkap, atau pasang tirai tebal supaya cahaya dapat dihalang masuk ke dalam bilik. Tingkap hanya dibuka pada waktu malam bila cahaya matahari sudah tidak ada lagi. Jika anda pasang tirai yang boleh reflek semula cahaya matahari keluar adalah lebih baik dan berkesan.
Biasanya, dengan berbuat seperti di atas, anda mampu menapis lebih 45% daripada kepanasan masuk ke dalam rumah atau bilik tidur anda.
5. Pakai pakaian kain kapas, jangan bogel
Mungkin ada yang rasa untuk tidur berbogel sahaja dalam keadaan yang amat panas. Anada rasa tidur bogel akan menjadikan keadaan lebih selesa dan sejuk. Tapi, masalah jika anda tidur bogel, peluh akan terus melekat dan melekit pada badan dan cadar tempat anda tidur. Ini menjadikan keadaan lebih merimaskan dan tidak selesa dan nyaman.
Oleh itu, pastikan anda tidur dengan memakai pakaian tidur yang nipis dan amat longgar dan diperbuat 100% daripada kapas. Anda akan rasa lebih selesa dan badan anda tidak melekit disebabkan peluh yang merimaskan.
6. Switch Off semua peralatan panas
Ada banyak peralatan yang jika dibuka atau dibiarkan mengeluarkan bahang panas. Peralatan seperti komputer, TV, microwave, lampu dan lain-lain sebagainya akan keluarkan panas pada bilik atau rumah anda. Sila pastikan kesemua peralatan ini ditutup, switch-off awal sebelum anda nak tidur.
Susunan dan lokasi di mana anda letakkan segala peralatan elektrik juga memberikan impak kepanasa dalam rumah anda. Pastikan semua benda yang keluarkan bahang tapi tak boleh di switch-off, seperti peti ais berada dalam dapur yang terpisah dari ruang tamu dan ruang lain.
7. Elak makan besar waktu malam
Dalam keadaan cuaca panas, bahang yang melampau, ditambah pulak dengan perangai makan besar di waktu malam, anda akan menambahkan lagi ketidak selesaan di waktu malam. Elakkan makan besar di waktu malam, anda akan rasa selesa dan ringan serta nyaman.
Bayangkan pukul 9 malam, anda belasah makan sepinggan penuh nasi, bubuh pula sup daging panas, tambah lagi dengan telur goreng dadar, ada sambal belacan pedas pulak. Anda sapu licin semua makanan tersebut, habis makan hirup pulak Kopi-O panas sedang Cap Hang Tuah...
Perghhh!, sedap memang sedap ! tapi badan anda akan mula berpeluh laju. Baju akan mula basah. Badan mula rasa panas sebab perut sedang ambil masa dan kuat buat kerja untuk hadamkan semua makanan yang masuk dalam peru anda.
Oleh itu, makan malam ringan-ringan sahaja. Ikan bakar kurang minyak, atau ayam bakar kering, dengan salad buah atau salad tuna adalah lebih sedap, ringan dan menyejukkan badan.
8. Minum air segar dan makan buah
Elakkan minum arak atau apa saja minuman beralkohol. Anda bukan saja dapat elakkan badan panas di atas muka bumi ini di waktu malam, malah anda boleh elakkan panas di sana nanti selepas mati.
Minum banyak air kosong segar dan makanlah buah-buahan segar seperti tembikai dan seumpamanya yang banyak air.
9. Mandi sebelum masuk tidur
Sebelum nak masuk tidur, anda boleh segarkan tubuh badan dan rendahkan suhu pada badan anda dengan mandi sedikit. Peluh yang melekit dan melekat di badan juga boleh dihilangkan dan membuatkan badan terasa ringan dan segar nyaman.
10. Sejukkan kaki
Teknik untuk membuatkan keseluruhan badan terasa sejuk dan segar adalah dengan membuatkan kaki anda menjadi sejuk. Oleh itu, letakkan sebesen air sejuk di sebelah katil untuk kegunaan anda jika badan terasa semakin panas.
Bila anda rasa bahang mula menaik pada badan, rendamkan saja kaki anda pada besen yang berisi air sejuk tersebut dan biarkan ia sejuk. Suhu badan akan mula turun dan anda akan terasa sejuk semula dengan pantas.
11. Taburkan bedak bayi pada selimut dan cadar
Tahukah anda dengan merenjiskan atau menabur sedikit bedak bayi secara nipis dan boleh membuatkan anda rasa nyaman ketika tidur ? ia juga membuatkan peluh di serap dengan amat pantas dan berkesan.
12. Tidur seorang diri
Ya!, pasangan anda mungkin tak berapa setuju dengan cadangan ini. Tapi kalau panas melekit masa nak tidur, sentuhan antara kulit anda dan pasangan tidak banyai membantu meredakan keadaan. Peluh lebih cepat keluar dan kulit mula terasa melekit.
Cara terbaik adalah tidur berasingan atau sekurangnya jarakkan diri antara satu sama lain. Pastikan juga anda luaskan kedua kaki dan luaskan depaan tangan dan lengan. Cara ini akan mengelakkan anggota terhimpit dan seterusnya tidak akan berpeluh.
Tidur selesa tanpa aircond
Demikianlah 12 cara yang boleh anda amalkan dalam keadaan cuaca panas di waktu malam tanpa perlu pasang aircond di rumah atau dalam bilik tidur anda. Ini dapat menjimatkan duit dan membantu penjimatan penggunaan tenaga dan seterusnya menjadikan negara lebih hijau !
Artikel yang informatif. Selain 12 cara ni, saya ada sarankan 5 lagi tips berguna untuk atasi cuaca panas di rumah: http://lifehacktech.blogspot.my/2016/10/rumah-panas-mencari-alternatif-air-cond.html
ReplyDelete