Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.
Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:
Ular berbisa keluarga Elapidae
Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah:UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.
Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.
Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:
Jenis tedung:
- Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
- Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
- Lemah-lemah badan.
- Pengeluaran air liur yang berlebihan.
- Mengantuk.
- Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
- Tekanan darah menurun.
- Mata kuyu (ptosis).
- Pandangan menjadi kabur.
- Sawan (konvulsi).
- Badan berpeluh.
- Komplikasi kardiovaskular.
- Hipotensi.
- Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.
Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk. Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan. Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan. Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.
Ular matahari
Kesakitan pada bekas gigitan. Bekas gigitan membengkak. Kudis terjadi pada tempat gigitan. Gangguan pernafasan
Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.
Ular berbisa keluarga Viperidae
Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.
Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.
Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
- Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
- Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
- Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
- Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
- Darah tidak membeku.
- Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.
Ular berbisa keluarga Hydropidae
Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.
Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa.
Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.
Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.
Antara tanda-tandanya adalah
- Kesakitan pada otot-otot.
- Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
- Dalam jangka masa 1 hingga 2 jam, mangsa akan merasakan kesakitan yang amat sangan apabila menggerakkan anggota badan.
- Dalam jangka masa 3 hingga 6 jam air kencing akan berubah menjadi perang gelap.
Elak dari ular berbisa
Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Oleh itu anda patut berjaga-jaga dengan:
Oleh itu anda patut berjaga-jaga dengan:
- Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
- Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
- Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
- Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.
- Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
- Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
- Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
- Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !