Lagi lagi kalau perjalanan agak jauh dan nak sampai sesegera mungkin. Perkara WAJIB yang biasa pengguna kenderaan abaikan especially ketika musim cuti dan perayaan.
Jom kita sembang sedikit tentang perkara ni.
Pantau kedudukan minyak kenderaan
Pastikan minyak enjin, minyak gear, minyak brek, minyak power stereng dalam keadaan yg baik. Biasanya oang hanya tumpu pada minyak engine, minyak lain asalkan ada... SALAH tu..Pastikan semua minyak tu mengikut jadual untuk elakkan dari berlaku sesuatu yang tidak diingini..
Pantau keadaan aircond kenderaan
Aircond ni dah jadi wajib, xde aircond rasa macam nak mati dah..Masih ramai yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli bertahun tahun lalu. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..
Panas, dah menggelabah.
Setiap kali servis minyak enjin, minta mereka checkkan sekali kandungan gas aircond. Kalau sudah kurang perlu ditambah.
Cuci dan bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond seperti cabin filter.
Periksa aircond compressor, tabung gas aircond masih ok atau terdapat sebarang kebocoran, motor kipas aircond (aircond fan radiator) masih berfungsi dengan baik atau sudah 'kong', kipas x laju.
Biasanya selepas servis aircond ni kereta akan lebih fresh, enjin pun ringan (masa on aircond).
Pantau keadaan tayar kenderaan
Kalau boleh tu jangan lah amalkan sangat guna tayar second hand yang kita sendiri tak tahu asal usulnya.Pastikan umur tayar tu terlebih dahulu, juga keadaan tayar sebelum beli.
ELAKKAN dari beli tayar 'korek'.
Ramai yang tak sedar tayar pun ada tempoh hayat gak.
Pada yang nak beli tayar baru juga, pastikan umur tayar tu masih baru. Sekitar setahun saja umurnya.
Walaupun baru tapi kalau dah lebih setahun, kekenyalan tayar akan berubah dan membuatkan tayar jadi tak 'sedap' dan tidak grip sepenuhnya ketika di jalan yang basah.
Pantau kebocoran kenderaan
Bab leaking..Yang ni paling ramai tak ambil endah.
Alasan "sikit je tuuuuuuuuu".
Jangan ambil ringan..!. Mungkin secara kasarnya leak sikit, sebulan sekali topup minyak pun botol kecik x habis.
Itu kerana sekadar bawak jalan pergi balik kerja. Bayangkan tetiba jalan jauh !, tak mustahil leaking kecik akan jadi besar kerana tekanan enjin yg tinggi.
Tetibe enjin jem!!
Hati-hati basuh enjin
Dari segi kebersihan juga, jika terdapat kebocoran, enjin akan jadi kotor dan menyebabkan kesukaran untuk melihat lain lain kerosakan.Memang boleh basuh enjin kat Car Wash, tapi x semua Car Wash pandai cuci enjin tau!!
Silap cuci, standby lah belanja lebih untuk menukar komponen kereta especially kereta zaman sekarang yang mempunyai banyak sensor dan alat elektronik yg sensitif.
Selenggara kenderaan musim perayaan
Kita cerita sikit bab musim perayaan.Kebanyakan pengguna akan befikir "nak raya nanti servis lah, ganti semua".
Jangan amalkan.. !
Ini kerana, nak raya lah keadaan workshop dah hampir sama macam shopping complex..
Kereta banyak.
Bila ini berlaku, pertama pelanggan terpaksa menunggu dalam masa yg lama. Kereta pulak sepatutnya lepas servis jadi mantop, tapi sebaliknya..
Ini kerana mekanik akan hilang fokus dan menyebabkan akan ada masalah lain yang mungkin terlepas pandang akibat terlalu banyak permintaan pada satu satu masa.
Dah mekanik kene marah, nama baik bengkel pulak tercemar..
Ini banyak berlaku pada para pegusaha bengkel seluruh Malaysia.
Jangan kata bengkel kereta, bengkel motor pun hadapi masalah yang sama..
Kenderaan breakdown tengah jalan
OK !Nak mengajak pengguna kereta berfikir di 'luar kotak' pulak.
Asyik cerita masalah kereta je pun sakit jiwa gak kan?
Adakah korang pernah hadapi masalah breakdown, call sedara, kawan kawan semua x dapat !. Apa yang korang nak buat?
Takkan nak jadi tugu aatau maskot tak berbayar kat tepi jalan pulak kan?
Nak repair tak boleh, nak tinggalkan jalan kaki, tu kerja gila namanya. Kene pulak tengah malam. Wow!!! macam macam boleh jadi..
Masa untuk berfikir luar kotak! Caranya mudah sangat.
Begini !, pastikan setiap laluan menuju destinasi (especially highway lah) korang siapkan no tel kecemasan highway.
Antaranya adalah:
- Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) 1800-88-0000
- Jambatan Pulau Pinang (PBSB) 1800-88-0000
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 1800-88-0000
- Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINK) 1800-88-0000
- Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (MTD) 09-5479111
- Lebuhraya Kulim - Butterworth (KLBK) 1800-88-0000
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) 1800-88-0000
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS) 03-56337188
- Lebuhraya Cheras - Kajang (Grand Saga) 03-90750505
- Lebuhraya Damansara - Puchong (LITRAK) 03-74947333
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) 1-800-880-999
- Lebuhraya Bertingkat Ampang (PROLINTAS) 1300-88-1012
- Lebuhraya SPRINT 03-74947333
- Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) 03-91732020
- Lebuhraya Shahpadu 03-33420564
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE) 03-77847859
- Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) 03-89210123
- Lebuhraya Pantai Timur-Fasa1 09-5479111
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) 03-60385052
Kemudahan towing kenderaan
Selain itu, ramai tak sedar insuran yang mereka ambil ada pakej untuk towing free. Tapi untuk yang ambik premium 1st party lah.Ini disebabkan agen insuran atau bank (yang masih bank uruskan) tak jelaskan pada pengguna 100%.
Ramai yang tak tau, yang tau, pergi hidupkan roadtax + insuran, dapat sticker tampak kat cermin kereta, that's all.
Untuk khidmat towing ni, sila call insuran masing-masing untuk dapatkan maklumat sebenar tentangnya. Kebiasaannnya insuran cover 50km pertama. Korang nak towing hari hari pun lantak lah, free dan tak effect pada NCB korang.
Rumusan selenggaraan kenderaan
Moralnya, jangan tunggu sampai nak jalan jauh baru fikir nak servis. Tak perlu tunggu dapat bonus baru nak servis dan ganti.. Lagi besar belanja dan masalah. Biar buat secara berskala, jimat dah tentu.Jangka hayat kereta lebih terjamin. Perjalanan pun lebih selesa dan risiko dapat dikurangkan dan keselamatan lebih terjamin. Bila jalan jauh pun senyum je.
Zaim Auto Servis
Sudi berurusan dengan Zaim Auto Servis?Untuk pertanyaan harga, boleh telefon bengkel kami di 03-80717297 atau PM kami.
Kalau dijangkakan kerja berat, sebaik-baiknya telefon dahulu sebelum hantar.
Alamat
125, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.
Berdekatan Giant seri Kembangan, Pasar Borong Selangor, Aeon Equine.
Waze/Google map : Zaim auto servis
Kereta apa yang kami baikpulih dan servis
Korea (hyundai/kia/naza), jepun, malaysia (proton/perodua), conti (Bmw/merc/vw), amerika.
Bila buka
Isnin hingga Sabtu, jam 9 pagi hingga 7 malam.
Nak hantar untuk periksa saja dulu boleh tak?
Boleh dan digalakkan.
Kena bayar tak?
Kalau periksa saja, tak perlu bayar, percuma, melainkan perlu guna komputer bila ada signal warning misalnya.
Perlu buat appointment?
Tak perlu. Boleh walkin saja, tapi untuk kerja berat elok kami buat pemeriksaan dulu.
Keliru?
Sila telefon 03-80717297
Terima kasih semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Zaim auto Servis
Seri Kembangan
Tel : 03-80717297
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !