Antara spesifikasi hebat terbaru yang ada pada Toyota Hilux adalah seperti berikut:
- Dua jenis Enjin Turbodiesel baru - iaitu enjin jenis 2.8 litre 1GD-FTV dan juga enjin 2.4 litre 2GD-FTV. Jenis ini menggantikan enjin lama iaitu enjin 3.0 litre 1KD-FTV dan juga jenis 2.5 litre 2KD-FTV
- Gearbox baru - dengan 6-speed dilengkapi sistem ‘intelligent’ manual dan juga auto.
- Kerangka yang lebih tebal - kerangka ini lebih kuat dan di berikan tambahan keselesaan berbanding Toyota lama.
- Juga tambahan ciri-ciri keselamatan dan beberapa ciri-ciri keselesaan yang lain
Penjimatan tenaga Toyota Hilux 2016 baru
Apa yang lebih menarik minat saya adalah keupayaan penjimatan penggunaan minyak tenaga yang ada pada kedua-dua enjin baru Toyota Hilux.
Kalau anda biasa pakai Toyota Hilux jenis 3.0 AT sebelum ini, anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 25% kalau tukat kepada Toyota Hilux baru jenis 2.8L AT (11.8KM/L)
Kalau anda biasa pakai jenis Toyota Hilux 2.5 AT, macam yang saya sedang pakai sekarang, penjimatan bagi model terbaru iaitu jenis Toyota Hilux 2.4L AT adalah sebanyak 10% (12.2KM/L)
Jenis 2.5 AT yang saya pakai sekarang dah rasa jimat sangat. Dengan harga Diesel yang menarik agak murah sekarang dan kadar penggunaan rendah sungguh itu banyak membantu penjimatan penggunaan tenaga dalam zaman hidup serba mahal sekarang ini.
Kalau anda biasa pakai jenis Toyota Hilux 2.5 AT, macam yang saya sedang pakai sekarang, penjimatan bagi model terbaru iaitu jenis Toyota Hilux 2.4L AT adalah sebanyak 10% (12.2KM/L)
Jenis 2.5 AT yang saya pakai sekarang dah rasa jimat sangat. Dengan harga Diesel yang menarik agak murah sekarang dan kadar penggunaan rendah sungguh itu banyak membantu penjimatan penggunaan tenaga dalam zaman hidup serba mahal sekarang ini.
Harga Toyota Hilux baru
Berikut diberikan harga Toyota Hilux baru yang ada di pasaran sekarang:- Toyota Hilux Double Cab 2.8G AT 4×4 – RM133,900
- Toyota Hilux Double Cab 2.4G AT 4×4 – RM121,900
- Toyota Hilux Double Cab 2.4G MT 4×4 – RM109,900
- Toyota Hilux Double Cab 2.4 STD MT 4×4 – RM99,900
- Toyota Hilux Double Cab 2.4 MT 2×4 – RM91,900
- Toyota Hilux Single Cab 2.4 MT 4×4 – RM89,900
Apa yang perlu dilihat atau dicuba sekarang adalah dari segi keselesaan pemanduan. Setakat ini dengan Hilux lama saya, pemandu boleh rasa agak ok juga tanpa bergetar keras sangat ketika duduk memandu atas jalan biasa.
Tapi kalau penumpang kat belakang, kurang selesa sedikit sebab terasa keras bergetar setiap kali kereta melambung atas jalan. Anda terpaksa pasang aksesori tambahan untuk kurangkan getaran di bahagian belakang. Kos pemasangan boleh habis lebih kurang RM700.
Pemanduan yang lebih selesa samada pada pemandu di depan atau penumpang di belakang ada pada Ford Ranger. Itu memang tak boleh lawan. Tapi samada Toyota Hilux baru ini boleh bertanding dengan Ford Ranger atau tidak kena cuba bawa sekali untuk tahu dan merasainya.
Makin lebarlah senyuman kaki songlap Hilux........selagi sindikat songlap ni tak dibenteras jimat minyak ke sedap bawa ke, sori lah......boleh jalan la toyota!
ReplyDeleteYa betul ! Toyota memang boleh jalan.
Delete