Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 June 2016

10 cara elak kena gigit nyamuk yang boleh anda buat

  Ano Nyme       02 June 2016
Setiap kali balik kampung, perkara yang paling tak tahan adalah kena gigit nyamuk. Habis kulit merah terutamanya bahagian kaki dan tangan serta lengan merah berbintik kena gigit nyamuk.

Tapi disebabkan dah biasa sangat dengan gigitan nyamuk ini, lena tetap lena juga walau banyak mana sekalipun yang datang mengigit. Cuma kesian pada anak-anak yang tak biasa dengan serangan nyamuk.

Kanak-kanak biasanya tak dapat tidur dalam keadaan tempat yang ada banyak nyamuk. Mereka akan tergaru-garu, merengek dan tak dapat tidur. Bila anak-anak tak dapat tidur, maka ibu bapa juga tak dapat tidur.

Oleh itu, walaupun diri sendiri dah biasa tak kisah sangat dengan gigitan nyamuk, terpaksa juga cari jalan untuk menghindarkan semua orang dari kena gigit nyamuk samada di kampung mahupun di bandar.

Berikut adalah 10 cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri anda dan orang lain dari terkena gigitan nyamuk, yang boleh anda amalkan.

1. Pasang lingkaran ubat nyamuk

Ini cara paling mudah dan konvesional serta tradisional. Dah lama di amalkan sejak zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang terutamanya di kampung. Ada banyak jenis lingkaran ubat nyamuk di pasaran, yang paling saya suka adalah dari jenama Fumakilla.

Dah banyak lingkaran ubat nyamuk yang saya cuba, tapi ternyata jenis Fumakilla ini sentiasa tidak mengecewakan. Kalau nak tidur panjang, pasang ubat nyamuk Fumakilla yang besar tahan lama tu. Insyaallah berkesan.

Tapi pastikan anak-anak atau orang yang ada kat situ tidak alah kepada asap ubat nyamuk.

2. Pasang kipas angin

Ada orang yang tak tahan dengan bau asap ubat nyamuk. Ada pula yang alah dengan bau ubat nyamuk ini, jadi tak boleh nak pasang ubat nyamuk yang berkesan haau dan lemahkan serangan nyamuk. Apa nak buat ?

Anda boleh pasang kipas angin agak kuat samada kipas angin berdiri ataupun kipas angin atas siling. Pasang kuat sikit supaya terasa anginnya. Ini akan membuatkan nyamuk terpukul jauh dari datang menghampiri kawasan yang penuh dengan agin tersebut.

Cara ini saya sering buat jika tidur di kawasan lapang di kampung yang biasanya pasang ubat nyamuk sahaja masih tidak berkesan untuk jadikan kawasan tersebut bebas dari serangan nyamuk.

3. Tutup pintu dan tingkap

Ini tindakan penting kalau anda nak elakkan nyamuk masuk ke dalam rumah dan terperangkap di dalamnya. Seeloknya tutup semua bukaan samada pintu atau tingkap sebelum masuknya pukul enam petang.

Walaupun rumah dikampung biasanya ada bukaan pada bahagian atas tingkap rumah yang diperbuat dari kayu, dengan mengurangkan bukaan daripada tingkap dan pintu, maka kuranglah kemasukkan nyamuk ke dalam rumah.

4. Keringkan semua takungan air

Pastikan ini jadi satu kerja rutin yang anda akan sentiasa lakukan setiap hari. Luangkan masa jalan sekeliling kawasan rumah di luar dan juga di dalam rumah anda. Lihat samada ada air bertakung atau tidak.

Jika ada tuang saja air tersebut supaya kering. Jangan berikan ruang langsung untuk nyamuk membiak dengan mudah di sekitar rumah anda. Jika ada pasu bunga yang ada air dalam rumah, bubuh ubat jentik-jentik atau cari cara lain yang berkesan untuk halang nyamuk membiak di situ.

Periksa bilik air selalu di semua bilik air dalam rumah dan luar rumah anda. Jangan ada kebocoran yang boleh membuatkan bilik air bertakung. Kalau ada bekas air, tutup supaya nyamuk tak boleh bertelur di dalamnya. Pastikan bilik air sentiasa dalam keadaan tidak bertakung.

5. Tembak dengan aerosol

Ini boleh digunakan jika anda tidur di kawasan tertutup seperti dalam bilik. Juga boleh dilakukan kalau rumah batu yang tak ada bukaan macam rumah kampung.

Sejam sebelum anda masuk tidur, spray keseluruhan bilik anda dan biarkan begitu sebelum masuk tdur. Begitu juga rumah anda terutamanya bahagian gelap seperti dibawah tangga atau dalam stor. Tembak saja dengan aerosol di waktu malam.

6. Bakar minyak pewangi halau nyamuk

Biasa tengok bahan bakaran minyak berbau wangi ? Ini dah jadi kebiasaan sekarang terutamanya di hotel atau di SPA. Anda juga boleh beli satu dan pasang kat rumah untuk lahirkan suasana semerbak harum.

Selain dari menghasilkan bau yang wangi, ia juga boleh berfungsi untuk menghalau nyamuk. Anda boleh gunakan pewangi 'lemon eucalyptus oil' atau 'citronella oil'

7. Raket tenis pembakar nyamuk

Anda tentu pernah lihat raket tenis yang boleh membakar nyamuk dan juga apa saja serangga yang boleh terbang lain. Saya lihat ada hotel yang menggunakan raket tenis pembakar ini dan ianya amat berkesan.

Beli dan simpan satu di dalam rumah untuk kegunaan bila perlu. Yang baiknya alat ini adalah anda tak perlu pakai racun atau apa-apa minyak, gawang saja pada serangga seperti main tenis.

8. Pasang kelambu

Lama juga tak lihat kelambu. Dulu masa zaman kanak-kanak, sebelum tidur kena pasang kelambu terlebih dahulu. Masa tu banyak nyamuk dan rumah pula jenis yang banyak bukaan memudahkan nyamuk keluar dan masuk.

Biasanya kelambu akan diberikan oleh abang yang masuk polis dan askar. Mereka dermakan lebihan kelambu yang mereka ada untuk kegunaan keluarga di kampung. Anda boleh pergi kedai untuk beli kelambu ini. Ianya berkesan dan selamat berbanding apa saja cara yang lain.

9. Pakaian panjang dan selimut

Kalau anda malas nak buat semua perkara di atas, sediakan pakaian yang bertangan panjang dan seluar yang labuh tutup kaki. Sediakan juga selimut yang agak tebal untuk mebruhan anggota badan termasuklah kepala.

10. Pakai krim halau nyamuk

Kalau ada duit, ini satu lagi cara mujarab. Pergi ke farmasi atau pasara besar, bahagian ubat dapatkan krim atau spray penghalau nyamuk. Anda perlu sapu pada kawasan yang tak mahu nyamuk singgah dan gigit seperti pada lengan atau kaki.

Biasanya orang yang nak masuk hutan biasa bawa spray atau krim halau nyamuk ini. Ia memang berkesan dan mudah untuk digunakan.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 10 cara elak kena gigit nyamuk yang boleh anda buat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !