Daripada 23 restoran atau kedai makan yang diperiksa, 8 daripadanya diarahkan segera tutup !. Ada restoran yang dipenuhi oleh najis tikus, ada yang dipenuhi oleh lipas dan telur lipas di perabut dan peralatan daput.
Tambahan daripada 8 restoran yang diarahkan segera berhenti dari beroperasi, 11 lagi pula diberikan saman kerana gagal mematuhi etika kebersihan dan melakukan beberapa kesalahan lain seperti berniaga tanpa lesen.
Jaga keselamatan makanan elak dari kena tutup
Semua pemhusaha kedai makan perlu peka dengan keselamatan makanan yang mereka sediakan untuk pelanggan. Keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang anda boleh pilih untuk diberikan pada pelanggan. Sebaliknya ia adalah satu perkara yang wajib.Sebab itu pihak berwajib seperti DBKL sentiasa membuat pemeriksaan mengejut secara berkala terhadap semua premis makanan. Jika gagal, arahan segera tutup akan diberikan kepada pengusaha kedai makanan.
Restoran akan disuruh tutup selama 2 minggu. Dalam tempoh tersebut, pengusaha restoran perlu membersihkan keseluruhan kedai makannya sampai pihak berwajib puas hati. Jika dah ok barulah restoran dibenarkan beroperasi semula.
Tempoh dua minggu kena tutup bersamaan dengan separuh bulan tentu memeritkan pengusaha restoran dan kedai makan. Mereka hilang pendapatan selama separuh bulan akibat tak boleh jalankan perniagaan. Hukuman sebegitu perlu supaya keselamatan pengguna yang makan di kedai mereka sentiasa dijaga.
Jadi pemeriksa keselamatan makanan sendiri
Cara terbaik untuk elakkan restoran anda kena tutup dan kena saman kotor dari pegawai kesihatan pihak berwajib, adalah dengan memastikan restoran anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Untuk itu, anda mesti jadi pemeriksa keselamatan makanan sendiri di restoran anda.Jika aktiviti ini senantiasa dilakukan, anda tak perlu risau lagi dengan serbuan secara mengejut oleh pegawai kesihatan dari pihak majlis bandaraya. Berikut dikongsikan 10 petua untuk melakukan pemeriksaan keselamatan makanan di kedai makan anda.
1. Pantau suhu kawalan makanan
Pastikan peti ais anda sentiasa ada termometer dan alat itu berfungsi untuk meyemak suhu di dalamnya. Pastikan peti sejuk anda simpan makanan dibawah 4 darjah celcius. Pastikan juga tempat beku berada dalam suhu -18 darjah celcius.Jika ada tempat simpan makanan panas, pastikan peralatan itu juga ada termometer. Pastikan suhunya sentiasa berada lebih daripada 60 darjah celcius.
2. Periksa tempat simpan makanan
Pastikan tempat di mana anda simpan makanan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Untuk itu anda perlu pastikan tempat tersebut jauh daripada benda beracun seperti racun serangga umpamanya.Tempat simpanan makana yang dah siap dan boleh dimakan hendaklah disimpan lebih tinggi di atas para daripada makanan mentah yang belum boleh dimakan. Kurangkan sentuhan dengan anggota seperti tangan pada makanan. Gunakan peralatan dan bungkus dengan plastik bila dah siap makanan yang mahu dihidangkan.
Jangan sesekali letakkan atau biarkan makanan samada mentah atau masak di atas lantai. Jadikan ini satu pantang larang yang semua orang mesti ikut. Sediakan almari, para atau seumpamanya untuk meletakkan makanan.
3. Pantau amalan kebersihan pekerja
Sentiasa perhatikan amalan para pekerja yang terlibat di restoran anda. Pastikan mereka mengamalkan tahap kebersihan yang maksimum. Pastikan pakaian dan tutup kelapa yang sesuai dipakai ketika menyediakan makanan.Sediakan tempat mencuci tangan dengan sabun yang sesuai. Sediakan juga tuala untuk mengelap tangan selepas dicuci. Pastikan tempat cuci tangan tidak dikongsi dengan tempat cuci makanan. Arahkan para pekerja sentiasa mencuci tangan mereka terlebih dahulu setiap kali mahu menyentuh atau menyediakan makanan.
4. Pantau tempat makanan bersentuh
Anda perlu perhatikan tempat atau peralatan di mana makanan akan bersentuh dengannya. Contohnya seperti tempat potong sayur atau tempat potong daging. Pastikan kesemua tempat tersebut berada di dalam keadaan yang bersih dan baik.Peralatan seperti besen, pisau, bekas letak makanan dan lain-lain yang berkaitan mestikan sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersih. Sentiasa cuci dan sucikan dengan bahan yang sesuai.
5. Pantau bahagian lain sentiasa bersih
Bahagian lain yang tidak disentuh oleh makanan perlu juga berada dalam keadaan yang bersih dan baik. Perhatikan lantai, perhatikan siling dan dinding. Jangan biarkan kotor dan pecah atau berlubang. Segera baiki jika retak atau rosak.Peralatan membasuh pinggan atau lain-lain seumpamanya hendaklah dipantau sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi serta bersih dari kekotoran.
6. Pantau tandas awam dan pekerja
Sentiasalah membuat pemeriksaan pada tandas para pekerja. Pastikan tandas mereka berada dalam keadaan yang bersih dan baik senantiasa. Begitu juga dengan tandas awam, pastikan ianya bersih, selesa untuk digunakan dan tidak ada benda yang rosak.Pastikan semua peralatan dalam tandas juga dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik. Pastikan juga bahan mencuci seperti sabun sentiasa ada. Begitu juga dengan tisu dan lain-lain yang berkaitan, mesti disediakan dengan mencukupi.
7. Pantau tempat buangan makanan
Lihat bekas tempat anda menghimpun sisa makanan atau bahan mentah ang hendak dibuang. Pastikan ianya dalam keadaan baik, sentiasa tertutup dan tidak pecah. Kosongkan secara berkala supaya keadaan terkawal.Jangan biarkan tempat simpanan bahan buangan itu bocor supaya tidak akan berlaku tumpahan yang boleh membuatkan keadaan sekeliling menjadi kotor.
8. Pantau serangan serangga perosak
Lihat tanda-tanda serangan serangga dan makhluk perosak. Anda perlu lihat tanda-tanda seperti adanya najis atau bangkai serangga mati. Jika ada bukaan yang boleh membuatkan serangga atau makhluk perosak masuk, segeralah tutup jangan ditangguhkan.Gunakan khidmat syarikat pest control profesional dan bertauliah untuk kerja-kerja pengurusan kawalan serangga dan makhluk perosak di restoran atau premis makan anda.
Anda boleh dapatkan khidmat profesional dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd yang berpusat di Shah Alam. Hubungi En Izam 012-2067357 untuk maklumat lanjut dan sebut harga promosi hebat pelanggan disekitar Shah Alam.
9. Pantau ilmu keselamatan makanan staff
Pastikan semua pekerja yang terlibat dengan penyediaan makanan faham dan ada ilmu tentang keselamatan makanan. Kalau tak tahu, hantar mereka belajar perkara asas ini yang penting ini.Aktiviti belajar tentang ilmu persediaan makanan dengan baik mestilah dijadikan perkara yang berterusan. Dapatkan latihan dari pakar yang bertauliah supaya para pekerja mendapat sijil dan dilatih dengan baik.
10. Simpan dan uruskan segala rekod
Apa saja aktiviti semakan dan selenggaraan perlu direkod dan disimpan dengan baik. Begtu juga aktiviti pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan perlu direkod dan disimpan rekodnya.Aktiviti pest control juga perlu ada rekod yang baik dan lengkap. Bila, siapa, bagaimana kerja dilakukan dan bahan apa yang dipaka mesti direkodkan. Begitu juga tahap atau keadaan serangan serangga dan makhluk perosak dipantau dan direkodkan dengan baik.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !