Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

29 June 2016

10 sebab kenapa anda perlu mula minum jus lemon sekarang juga !

  Ano Nyme       29 June 2016
Saya mula kenal buah lemon ni masa duduk di France dahulu. Kawan-kawan dari kalangan orang Arab suka gunakan buah lemon ini dalam makanan mereka. Salah satu yang saya suka adalah ketika mereka sediakan salad campur dan diperahkan jus lemon ini pada salad tersebut.

Selain daripada menjadikan buah lemon ini sebagai penambah rasa dalam makanan, tak ada kegunaan lain lagi yang saya tahu. Kadang kala ada juga terlihat orang selitkan potongan buah lemon ini pada minuman sejuk. Saya anggap selama ini ianya hanyalah satu perhiasan nak bagi cantik saja.

Tapi sekarang baru sedar rupanya ada kelebihan buah lemon ni. Kalau kita gunakan buah lemon ini secara yang betul ada banyak faedahnya untuk kesihatan kita. Kandungan antioksidan di dalamnya dikatakan tinggi. Oleh itu ada banyak khasiahnya untuk kita selalu minum jus buah lemon ni.

Berikut disenaraikan 10 sebab kenapa anda perlu mula minum jus buah lemon sekarang juga.

1. Cegah batu karang

Minum setengah gelas jus lemon setiap hari membantu tingkatkan tahap citrate di dalam air kencing. Kajian menujukkan ini membantu mencegah pembentukan batu karang.

2. Legakan sakit tekak

Campurkan jus lemon dengan madu original dan minum. Ini akan segera memberikan kelegaan pada masalah tekak anda yang perit.

3. Membantu turunkan berat badan

Dalam lemon ada unsur yang dinamakan sebagai 'Pectin', sejenis fiber yang larut air berguna untuk mebantu proses penurunan berat badan. Kalau anda rasa malas dan kurang semangat untuk bersenam, perah jus lemon masukkan ke dalam segelas air kosong, dan minum. Insyaallah akan pulih semangat dan rasa bertenaga anda untuk bersenam semula.

4. Permulaan hari yang segar

Jika anda jenis yang malas berjaga di waktu pagi sebab rasa tak selesa dan tak segar buat kerja di awal pagi, lemon boleh membantu anda selesaikan masalah ini. Jangan mulakan pagi anda dengan pekena secawan kopi. Sebaliknya hirup segelas air kosong yang mans atau suam, yang diperah dengan jus lemon.

Anda akan rasa segar sepanjang hari seterusnya selepas minum air tersebut. Selain daripada mendapatkan bekalan vitamin C di awal pagi, proses pencernaan makanan anda juga akan lebih mantap. Keupayaan badan anda menyerap nutrisi akan menjadi lebih baik dan berkesan.

5. Melegakan gigitan serangga dengan segera

Ini satu lagi kegunaan dan kebaikan jus lemon yang mungkin anda tak tahu. Tapi bukan untuk diminum. Sebaliknya perahkan atau gosok saja potongan lemon pada mana-mana bahagian kulit anda yang digigit serangga berbisa. Anda akan rasa lega dengan kadar segera.

6. Melawaskan buang air

Jika anda ada masalah nak berak, sembelit atau memang jenis yang tak senang untuik buang air, jus lemon boleh membantu anda dengan baik. Apa yang anda perlu buat hanyalah campurkan jus lemon dengan air kosong dan ditambah dengan sedikit biji rami (Flax Seed)dan minum segelas. Anda akan lebih lawas, mudah dan pantas.

7. Jus lemon sebagai pencegah kanser

Memang hebat jus lemon ini, walaupun mudah dan remeh, tapi ia terbukti mampu mencegah kanser. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saintis. Boleh baca kat sini untuk lebih mendalam.

8. Membantu jadi kuat dan lincah

Biasanya orang yang aktif bersukan tahu kalau nak tenaga segera dan meningkatkan kelincahan, mereka hanya perlu makan buah pisang. Ada bahan Potassium dalam buah pisang yang membantu ahli sukan untuk itu. Tapi bukan hanya buah pisang saja yang ada potassium, jus lemon juga ada potassium. Bila anda pekena segelas jus lemon, anda akan rasa kuat dan lincah.

9. Turunkan panas badan

Semua orang pernah rasa ak demam. Panas badan naik secara tiba-tiba. Ini amat tidak selesa. Biasanya orang kita main telan panadol bila panas badan naik. Selepas ini tak payah nak telan panadol. Minum saja segelas air dicampur dengan jus lemon. Ia akan membantu turunkan panas badan dengan cepat.

10. Seimbangkan pH badan

Agak pelik juga sebab jus lemon ini jenis berasid. Tapi hakikatnya buah lemon adalah salah satu sumber makanan beralkali yang baik untuk badan anda. Sebaik saja anda telan masuk ke dalam perut dan berlakunya proses metobolisme, asid citric yang ada pada jus lemon tidak berkesan lagi pada badan. Ia sebenarnya sumber makanan beralkali yang amat baik untuk seimbangkan keadaan tubuh badan anda.

Punyalah banyak kebaikan lemon

Tak sangka kan sampai 10 kebaikan lemon boleh disenaraikan kat sini. Mungkin masih ada lagi kebaikan lain untuk tubuh badan kita. Tapi 10 tu dah mencukupi untuk yakinkan kita rajin beli buah lemon dan stand-by kat dapur rumah. Lepas ni jadikan jus lemon bercampur dengan air kosong sebagai menu wajib di rumah kita semua.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 10 sebab kenapa anda perlu mula minum jus lemon sekarang juga !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !