5 cara kurangkan berat badan ini boleh dilakukan tanpa bersusah payah. Jadi tak ada lagi alasan untuk anda teruskan niat nak kurangkan berat badan tu.
Jom kita lihat apakah 5 cara kurangkan berat badan yang boleh anda amalkan tanpa payah nak bersusah payah.
1. Minum air kosong
Minum air dengan kerap boleh kurangkan berat badan anda. Ini bukan auta, tapi berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini.Sebab apa anda boleh kurangkan berat badan hanya dengan minum banyak ar kosong ?
Mudah saja, bila anda kerap minum air kosong, perut anda penuh. Jadi bila makan, tak boleh nak isi banyak sangat makanan ke dalam perut yang dah penuh itu. Jadi secara tak sedar, anda berjaya kurangkan makan.
Kajian juga menunjukkan bahawa dengan minum air kosong banyak, anda boleh bertahan daripada minum minuman botol atau tin yang manis. Anda juga akan kurang minum jus daam tin atau botol yang tak kurang sama manisnya dengan minuman soda.
2. Ambil masa banyak bersuka ria !
Jangan kata anda tak suka bersuka ria pulak !, payah sangat nak jumpa orang jenis tak suka bersuka atau bergembira. Ada banyak cara untuk anda bersuka ria terutamanya dengan kawan-kawan.Buat aktiviti bermain, bersukan, berjalan, tengok wayang atau tengok perlawanan bola dan seribu satu maca lagi aktiviti yang boleh anda fikirkan. Asalkan anda bergembira dengan aktiviti tersebut, ianya mencapai matlamat untuk kurangkan berat badan.
Kenapa pulak bersuka bergembira mampu kurangkan berat badan ?
Mudah saja !, badan nak kebanyakkannya disebabkan tekanan hidup dan tekanan kerja yang tinggi. Bila tertekan, anda akan makan banyak benda tak berfaedah seperti coklat, kek, gula-gula dan sebagainya. Orang tertekan biasanya akan banyak ambil makanan bergula dan berlemak.
Bila anda bergembira, itu semua mampu dikawal. Mudah bukan ?
3. Pendekkan masa bersenam
Mungkin ada orang nasiatan anda untuk bersenam dengan banyak, baru boleh kurangkan berat badan. Kalau anda memang seorang yang gemuk, memang benar saranan tersebut. Nak buat macam mana, anda dah terlajak laris sampai gemuk gedempol.Jadi kalau anda boleh kurangkan bersenam atau pendekkan masa bersenam sekali sekala tentu seronok bukan ? tak payah nak bersusah payah untuk pendekkan masa bersenam. Inilah yang anda boleh lakukan untuk kurangkan berat badan anda yang gemuk itu.
Kurangkan masa bersenam, tapi tingkatkan aktiviti yang lebih berat. Contohnya tak payah nak jalan kaki sampai satu jam, sebaliknya pergi push-up 10 kali untuk 3 set. Kemudian pergi mendagu 5 kali untuk tiga set. kemudian buat latihan kuatkan otot perut dan sebagainya.
Dengan pendekkan masa bersenam tapi kuat atau beratkan latihan, anda akan membakar kalori dengan lebih banyak daripada biasa. Masa bersenam pendek dan hasilnya berganda. Mudah tak ?
4. Jangan kedekut untuk tidur selesa
Bila masanya tiba untuk tidur, pergi tidur dan tak payah nak fikir apa-apa lagi. Tidur mesti selesa dan nyenyak. Jangan sesekali nak berjaga walau dalam apa keadaan sekalipun. Jadikan tidur tak cukup sebagai satu pantang dalam hidup ada.Kalau anda rasa tidur dan rehat sentiasa mencukupi adalah sesuatau yang sukar, saya tak tahu apa jenis punya manusia anda ni!. Bila tidur cukup, anda menjadi sihat dan segar. Bila segar anda mudah bersenam, makan juga tak berapa banyak sebab segar. Biasanya orang yang mengantuk akan makan lebih banyak daripada mereka yang segar cukup tidur.
5. Enjoy makan !
Ya! betul apa yang anda baca tu ! enjoy makan. Nikmati makan dan jangan segan-segan. Pastikan anda sentiasa bersemangat untuk bersarapan pagi. Makan dengan baik dan pilih makanan yang menyelerakan dan berkhasiat. Pastikan ada bijirin. Kajian menunjukkan mereka yang bersarapan akan kurangkan berat badan dengan mudah.Sama juga bila makan tengahari. Nikmati makanan anda. Makan buah sebelum makan benda berat, minum air sebelum makan buah. Kemudian enjoy makanan anda dan ingat jangan belasah sampai pecah perut. Berhenti sebelum kenyang sangat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !