Saya yakin ramai lagi orang kat luar sana yang gemar minum kopi macam saya. Malah minum kopi ni dah jadi macam satu ketagihan pulak. Kalau satu hari tak kena kopi o panas, terasa macam hidup tak lengkap hari itu.
Apa agaknya akan berlaku jika kita berhenti minum kopi ?
Adakah berhenti minum kopi itu mendatangkan manfaat pada diri kita atau mendatangkan mudarat pada para penggemar kopi?. Berikut diberikan maklumat, apa yang akan berlaku jika anda berhenti dari minum kopi.
Dalam tempoh 7 hari pertama
Sembelit - Bila anda berhenti terus minum kopi, dalam masa tujuh hari yang pertama, anda akan merasa sembelit susah nak buang air besar. Ini disebabkan kafein yang ada pada kopi meransangkan aktiviti usus, bila anda berhenti daripada ambil kopi, anda akan mengalami sedikit masalah sembelit dalam tempoh beberapa hari.Cepat marah - Kafein biasanya mampu menaikkan mood atau perasaan anda. Selepas pekena kopi biasanya anda akan rasa bersemangat dan ceria. Tapi bila anda berenti ambil kopi, akan timbul sedikit perasaan tidak ceria dan tak selesa membuatkan anda cepat nak marah.
Otak blur - Minum kopi membuatkan otak anda menjadi aktif dan cekap sebab kafein meransang otak supaya menjadi aktif. Bila anda berhenti dari minum kopi, anda akan rasa sedikit blur dan daya tumpuan menjadi agak lembab.
Itu semua akan berlaku pada diri anda dalam tempoh 7 hari bila anda mula berhenti dari pekena kopi. Nampak macam tak best ler pulak kan. Kalau macam tu, buat apa nak pi berhenti dari minum kopi !.
Tapi nanti dulu, cuba tengok apa pula berlaku selepas habis 7 hari anda cuba bertahan dari minum kopi.
Selepas 7 hari berhenti minum kopi
Gigi putih - Ini perkara pertama yang akan berlaku pada anda. Gigi naik putih daripada biasa selepas 7 hari anda berhenti dari minum kopi. Kopi itu berasid, jadi bila anda asyik minum kopi, asid tersebut akan membuatkan lapisan enamel pada gigi anda menjadi nipis.Produktiviti meningkat - Minum kopi membuatkan anda rasa letih tidak bermaya selepas tengah hari. Tapi bila anda berhenti terus dari minum kopi, stamina anda akan bertambah tidak tergugat walaupun dah habis separuh hari. Anda kekal berstamina dan ini meningkatkan produktiviti anda.
Menjadi lebih tenang - Kopi biasanya meransang kelenjar adrenal dalam kepala otak anda membuatkan anda mudah cemas. Jadi bila anda berhenti minum kopi, anda akan lebih tenang dan tidak mudah naik panik atau merasa cemas.
Berhenti atau kekal minum kopi
Itulah perbezaan yang akan berlaku pada diri anda jika cuba berhenti dari minum kopi. Mula-mula saja akan rasa pelik tak seronok. Tapi selepas dan selesai puasa dari minum kopi melebihi 7 hari, akan berlaku perbezaan yang ketara pada diri anda sendiri.Sekarang terpulang samada nak teruskan minum kopi atau nak berhenti dari minum kopi dan tukar kepada minuman yang lain. Kalau nak berhenti terus minum kopi, saya cadangkan untuk tukar minuman kopi kepada air suam... jika anda berjaya, hasilnya amat menakjubkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !