Tapi apa yang menarik perhatian saya untuk membuka dan membelek Berita Harian pagi ini bukan surat khabar dan berita yang ada di dalamnya. Memang dah makan lebih 4 tahun saya tak baca surat khabar walaupun dapat free. Semua isu yang ada, lebih kepada propaganda dan tidak memberikan maklumat tepat terhadap apa yang sebenarnya berlaku dalam negara.
Tapi ada yang menarik dalam bungkusan surat khabar Berita Harian hari ini; keseluruhan surat khabar itu dibungkus dengan sekeping poster besar iklan kereta Proton Perdana 2016 yang baru dilancarkan semalam. Itulah yang menarik perhatian saya.
Ramai dapat tempias dana dari kerajaan
Pertamanya saya terfikir akan bajet yang disediakan untuk kos balutan yang pro tersebut. Mungkin atas prinsip membantu negara, maka ada satu jalinan kerjasama mudah antara Berita Harian dengan syarikat Proton kepunyaan Syed Mokhtar Al-Bukhari.Lagipun Proton baru saja disuntik dana pinjaman sejumlah RM1.5 Billion !. Satu jumlah yang besar untuk sebuah syarikat swasta kepunyaan sted Mokhar. Dengan suntikan itu, menjadikan Syed Mokhtar sebagai salah seorang ahli korporat yang menaggung hutang paling besar di negara kita !.
Tapi apa nak kisah dengan sistem kapitalis yang menjadi amalan dunia sekarang. Syarikat Proton dan Syed Mokhtar adalah dua entiti yang berbeza. Jika Proton runtuh habis hancur liau-liau segala wang yang diberikan, kesannya hanya pada Proton dan bukan pada Syed Mokhtar.
Beliau tak perlu habiskan segala harta peribadi dalam pegangannya untuk langsaikan segala hutang tersebut. Itu semua harta peribadinya dan bukan kepunyaan Proton. Itulah keindahan sistem persyarikatan yang direka dalam zaman moden ini. Membuatkan para kapitalis berani ambil risiko yang amat tinggi tanpa rasa takut sebab mereka dilindungi.
Bila masuk dana RM1.5 billion, maka spin off kemewahannya akan pergi pada semua rangkaian perniagaan lain juga. Dan nampaknya Berita Harian juga mendapat laba peringkat kedua hasil dari dana RM1.5 billion tersebut dengan diberikan projek iklan pelancaran Proton Perdana 2016. Mungkin semua akhbar kepunyaan GLC turut mendapat laba yang sama. Untung mereka dapat suntikan bisnes baru.
Kipas jangan melawan, pencen dapat ganjaran
Bila dapat projek baru, syarikat GLC akan mencatatkan keuntungan. Bila syarikat GLC untung, orang besar yang biasanya merupakan pemakan dedak atau manusia 'yes man' yang mengetai GLC akan dapat banyak ganjaran seperti bonus, keniakan ganjaran dan lain-lain lagi yang mampu buatkan mereka jadi jutawan.Macam itulah proses atau kitaran bagaimana sesebuah kerajaan boleh menjadikan semua orang yang menuruti perintah mereka dengan kata-kata 'samiak na wa atoq na', dipelihara dan diberikan kemewahan sampai mati.
Ok! kita masuk semula bab Proton Perdana 2016 yang baru dan nampak hebat menarik cun melecun tu. Sekali imbas dalam gambar memang tertarik. Tengok pula harganya nampak berpatutan. Tapi cerita buruk atau jenama buruk pasal Proton yang sentiasa terlekat dalam hati cuba menafikan kepercayaan yang mula nak timbul di dalam hati.
Jadi elok kita senaraikan sedikit beberapa perkara yang anda perlu tahu pasal Proton Perdana 2016 yang baru dilancarkan itu.
Perkara asas yang anda perlu tahu
- Proton Perdana 2016 dibangunkan berdasarkan platform Honda Accord generasi ke-8 dan perjanjian kerjasama dipersetujui oleh pihak Proton Holdings dan Honda Japan ltd. So jangan lah cakap copy paste, tiru, atau ciplak semua tu. Ini bukan kereta buatan China senang2 ciplak macam tu saja.
- Proton menggunakan enjin Honda untuk kedua-dua varian iaitu 2.0L SOHC dan 2.4L DOHC i-vtec
- Proton Perdana 2016 mengekalkan interior design dan safety features seperti Accord generasi ke-8 kerana pihak Honda tidak membenarkan mengubah sebarang perubahan. Sebab tu Proton Perdana ini tiada keyless entry, ESC sebagai standard untuk semua model, 4 airbags sahaja dan tiada push start button. Proton nak buat cover penutup enjin pun dia tak bagi apatah lain-lainnya. Dan Perdana ini tidak boleh export keretanya ke luar negara. Hanya untuk pasaran tempatan sahaja.
- Proton Perdana adalah segmen-D dan harganya adalah paling rendah di kalangan segmen ini di Malaysia. Mana mahu cari kereta segmen-D dibawah RM140k? So janganlah bengap sangat nak bandingkan dengan vios dan kereta dari segmen lain. Tolong belajar dulu classified jenis kenderaan baru komen. Proton Perdana adalah model pertengahan memanglah mahal kalau korang compare dengan Myvi, Saga dan lain-lain. Perdana adalah yang termurah dalam segmennya. So nak beli kereta tu ukur baju di badan sendiri. Saga RM34k dah boleh dapat.
- Pada akhir tahun 2017 atau awal 2018 Proton Perdana akan menggunakan enjinnya sendiri iaitu enjin Petronas, NE01 2.0L Turbo dan perubahan interior dan safety features pun akan ada penambahbaikan. So apa ada hal? Nak kutuk dan kritik biarlah rasional janganlah membuta tuli sehinggakan segmen kereta pun korang tak boleh nak beza. Kesian.
Betul juga senarai maklumat yang dinyatakan di atas tu. Saya cut n paste dari sebaran yang masuk dalam whatassp salah satu kumpulan yang saya ada.
Apapun, kalau nak komen ke apa ke, pergilah cuba bawa kereta itu dahulu dan tengok macam mana feelingnya dari segi kuasa, kestabilan, kekemasan dan lainlain lagi. Saya yakin dalam bab keboleh percayaan terhadap teknologi yang ada pada Proton Perdana 2016 baru itu, tak perlu nak khuatir. Kita boleh percaya pada keupayaan Honda yang jarang mengecewakan selama ini.
Macam mana pengendalian after servis dari team proton sahaja yang perlu dirisaukan, samada mereka berupaya meningkatkan tahap kesungguhan mereka supaya sentiasa lebih baik atau tidak. Kita tengok nanti...
semua kereta tidak kira apa jua jenama yang dikeluarkan pasti ada yang bermasalah. Al-maklum lah kereta ni buatan manusia yang pastinya tiada 100% perfect.. Namun begitu yang paling penting adalah "service after sale". itu lah masalah utama PROTON.. Harapan agar PROTON dapat memperbaiki mutu "service after sale" dengan mencontohi SOP syarikat kereta dari Jepun.
ReplyDeletesapa kata servis kete jepon bagus ? sama jer...satu hari suntuk servis kete kat servis centre...masalah xselesai...mekanik pun kata "memang macam itu punya.."
ReplyDeletesapa kata servis kete jepon bagus ? sama jer...satu hari suntuk servis kete kat servis centre...masalah xselesai...mekanik pun kata "memang macam itu punya.."
ReplyDeleteServis selepas jualan ini yg perlu di perbaiki oleh Proton..berdasarkan pengalaman saya yg pernah servis di proton, nissan dan toyota ada perbezaan berkaitan sikap petugas yg perlu di perbaiki.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete