Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

30 June 2016

Baca artikel ini dulu sebelum beli dan makan supplements

  Ano Nyme       30 June 2016
Kalau pergi kedai ubat kita boleh tengok ada bersepah supplements. Dalam iklan surat khabar, dalam iklan majalah dan tak kurang juga dalam iklan online, berbagai jenis supplements yang ditawarkan oleh penjual.

Ada banyak juga syarikat MLM yang bergerak atas jualan bahan-bahan atau makanan yang berbentuk pil-pil supplements ini. Makan supplements, badan sihat dan kuat, dapat pula duit masuk dalam akaun... siapa tak mau ! Betoi tak ?.

Saya juga dulu terpengaruh untuk pergi ke farmasi keluarkan duit dan beli beberapa supplements. Bila umur dah meningkat terasa macam nak mula tengok sedikit hal ehwal penjagaan kesihatan. Orang pula nasihat bagus kalau makan supplements, maka apa lagi, pergi beli supplements dan telan ikut apa yang disarankan.

Supplements 'vs' buah dan sayur

Nasib baik saya rajin juga baca buku-buku berkenaan penjagaan kesihatan ini. Antara yang terkesan sekali adalah apabila dibaca tulisan seorang doktor yang syorkan supaya makan makanan yang pelbagai terutamanya sayur dan buah.

Dalam sayur atau ulam, dan buah yang berbagai itulah sebenarnya segala zat dan vitamin serta berbagai lagi keperluan lain yang badan gunakan untuk sihatkan tubuh badan kita. Malah kalau makan buah, sayur dan ulam secara terus begitu beratus kali, kalau tak beribu kali, lebih baik daripada pergi makan supplements.

Bila membaca banyak saranan dari pakar-pakar pemakanan yang berkata perkara yang sama, saya terus berhenti daripada membeli dan makan apa saja supplements. Lebih baik keluarkan duit beli buah supaya sentiasa ada kat dalam rumah, beli berbagai sayur, makan salad, makan ulam dan lain-lain lagi, daripada beli supplements.

Lebih baik makan buah dan sayur

Apa yang paling menarik adalah, kos banyakkan membeli dan makan buah dan sayur serta ulam dan salad dan sebagainya secara tidak putus, lebih rendah daripada kos beli supplements yang memang terkenal mahal nak mampus tu.

Jimat duit, makan sedap, dan dapat memberikan segala keperluan yang tubuh badan perlukan sebagai supplement yang real dan memang terbukti berkesan, amat berkesan  sebenarnya !.

Bukan faedah pada saya sendiri saja, malah merebak ke seluruh ahli keluarga. Bila hari-hari ada buah, sekejap buah itu dan sekejap buah ini, anak-anak yang memang terkenal benci makan sayur tu, terdorong capai buah dan mula mengunyah. Akhirnya mereka juga turut sama jadi kaki makan buah.

Bila saya kerap buat salad, campur berbagai jenis salad dan tomato serta timun dan jagung, masukkan pula thousand island ke dalamnya, gaul dan makan dalam keadaan segar dan sejuk, anak-anak juga turut sama teringin nak rasa. Bila rasa, mereka suka, akhirnya anak-anak juga turut sama makan.

Berganda-ganda manfaatnya makan ikut cara tradisi. Makan ikut cara manusia moden yang semuanya nak cepat sampai sayur, buah dan ulam di kompres dan dijadikan pil rupa-rupanya tidak berapa baik sebagai mana yang didakwa. Malah dakwaan itu semuanya adalah mainan iklan sahaja untuk mempengaruhi kita.

Supplements yang tiada bukti saintifik

Bila saya baca laporan ini, makin jelas dengan apa yang para pakar pemakanan sarankan, agar terus makan buah, sayur dan ulam yang berbagai, juga makanan-makanan lain secara terus daripada telan supplements.

Rupa-rupanya banyak supplements yang didakwa bagus untuk ditelan itu, malah mahal harganya, sebenarnya tiada bukti saintifik yang membenarkannya. Bukan semua, tapi memang ada banyak yang langsung tak terbukti. Ada yang lain tak berapa meyakinkan sangat pembuktiaannya, Tapi sudah tentu ada yang memag terbukti...

Snake Oil?

From Visually.
Untuk ketahui lebih lanjut, tengok carta atau imej yang diselitkan  kat atas tu.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Baca artikel ini dulu sebelum beli dan makan supplements

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Nabi Muhammad s.a.w dah ajar makanan yang berkhasiat untuk kita, ikut sajalah. Makan buah kurma, delima, minyak zaitun, gum arab, madu, susu kambing, habatulsauda dan sewaktu dengannya. Ini pun saya rasa dah cukup membuatkan kita sentiasa sihat walafiat. Tapi sesetengah daripada kita lebih yakin yang dibawa oleh orang barat. Kena ada kesedaran untuk mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita s.a.w., kerana disitu banyak hikmah yang kita tak nampak dengan mata kasar dan semuanya untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat.. walahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang menarik !, tapi, Pisang, rambutan, ulam raja, jering, petai, manggis, buah muyu, buah keranji, buah jentik, buah durian, mempelam, pucuk putat, pucuk mengkudu, pucuk tenggek burung, pucuk janggus, daun selom, kacip fatimah, tongkat ali, tunjuk langit...... nak letak kat mana agaknya jika kita limitkan segalanya hanya dari 'Arab ... ?

      Delete
  2. SALAH TU BARAT KE TIMUR KE SUNNAH PALING BSAR ADALAH HALAL DAN TOYIBBAN, BUKAN MAKANAN ARAB JE
    BAGI PILIHAN LA NAK MAKAN SAYUR KE NAK MAKAN SUPLIMENT KE
    SAYUR WHO REKEMENKAN 5-9 KALI HIDANGAN
    BERBAGAI COLOUR AMAT DI GALLAKAN
    KALAU SETAKAT BAYAM JE SUSAH JUGAK
    SUPLIMENT SATU ALTERNATIVE UTK SAYUR DAN BUAH YG SUSAH NAK DAPAT KAT MALAYSIA CTH ALL BERRIES DELIMA KALE DAN SBG
    IA JUGA ALTERNATIF UTK ORG YG TAKUT SAYUR TERDEDAH DGN SEGALA BAGAI RACUN PEROSAK
    SAYUR CAMERON???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan pendapat tu. Dalam bab sayur, perlu pilih sayur-sayur yang berkualiti dari pembekal yang diyakini. Ada di tawarkan dalam pasaran sekarang. Malah yang organik pun ada...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !