Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 June 2016

Baca artikel ni dulu sebelum pi berkelah di air terjun Malaysia

  Ano Nyme       11 June 2016
Bulan puasa ni ada ke yang pergi berkelah di kawasan air terjun kat negara kita ?

Kalau orang Melayu beragama Islam mungkin tak ada. Itupun jika yang mengamalkan puasa fardu ramadan. Jika jenis yang suka ponteng puasa tu mungkin ada. Geng budak nakal kampung biasanya akan beli nasi bungkus kat kedai mamak dan bawa masuk hutan atau tempat air terjun untuk makan tengahri kat situ.

Walau apapun, sebelum anda nak bawa keluarga, atau sebelum anda sendiri nak pergi ke pusat berkelah seperti di kawasan air terjun atau di jeram atau sungai kat Malaysia ini, perlu ambil perhatian !.

Kementerian kesihatan dah berikan amaran kepada semua para pengunjung pusat peranginan air terjun, sungai atau jeram akan bahaya wabak Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai penyakit Kencing Tikus.

Ramai mati akibat penyakit kencing tikus

Untuk makluman anda semua, tahun lepas sahaja seramai 78 orang telah meninggal dunia akibat daripada jangkitan penyakit kencing tikus ini. Itu satu jumlah yang agak ramai yang sepatutnya boleh dielakkan atau dikurangkan jika semua ambil perhatian terhadap bahaya penularan leptospirosis ini.

Bulan Mei lepas sahaja, seorang pelajar kolej dari Seremban telah dijangkiti oleh penyakit kencing tikus ini setelah berkelah di Jeram Toi, Jelebu Negeri Sembilan. Pelajar itu kemudiannya meningal dunia dua minggu selepas itu.

Ada dua orang lagi pengunjung ke tempat yang sama telah mendapat penyakit kencing tikus juga selepas pergi berkelah kat situ. Mereka terpaksa diberikan rawatan rapi (masuk ICU) akibat daripada terkena jangkitan tersebut.

Sebelum itu, pada bulan April sudah, seorang lagi pelajar telah meninggal dunia akibat daripada terkena penyakit yang sama. Beliau dijangkiti kencing tikus setelah pergi berkelah di Lata Sedim, Kedah. Pelajar malang itu baru berusia 18 tahun.

Bulan Oktober tahun lepas, sebuah pusat rekreasi Gunung Pulai terpaksa diwartakan Tutup setelah didapati punyai bakteria kencing tikus. Pusat rekreasi itu ditutup selama 3 bulan.

Setakat tahun ini sahaja, seramai 2,200 orang telah menjadi mangsa kepada penyakit kencing tikus di seluruh Malaysia. Hampir separuh daripada kes berlaku di negeri Selangor !. Orang Selangor perlu ambil perhatian lebih terhadap aktiviti berkelah di air terjun ini.

Negeri lain yang teruk dengan jangkitan penyakit kencing tikus ini adalah:

  • Kelantan (365 kes)
  • Sarawak (362 kes)
  • Terengganu (323 kes)
Tahun lepas Kementerian telah menjalankan kajian di 71 lokasi air terjun dan sungai untuk melihat kewujudan bakteria kencing tikus. Dari situ sebanyak 8 lokasi telah dikenal pasti ada bakteria leptospirosis atau kencing tikus !. Ertinya ada 11% tempat yang ada wabak kencing tikus.

Tapi jangan ingat tempat yang tidak dikesan ada bakteria kencing tikus bererti tidak ada kemungkinan anda boleh terkena wabak tersebut !.

Adap pergi berkelah di air terjun

Kalau anda masih tetap nak pergi berkelah di air terjun juga tidak ada orang boleh halang. Tapi tolonglah ingat pesanan ini,
  • Jaga kebersihan kawasan. Jangan buang makanan dan sampah merata tempat. Ini akan memberikan sumber makanan kepada para tikus yang banyak kat hutan tersebut. Bila ada makanan, banyak tikus datang untuk makan dan mereka kencing kat kawasan itu. Semua itu boleh jadi punca leptospirosis.
  • Balut luka jika ada dengan plaster tahan air atau tahan basah. Kesan bukaan luka kalau kena air yang ada bakteria tu, akan membuatkan anda terdedah kepada jangkitan penyakit.
  • Jangan telan air sungai. Kalau dahaga nak minum juga bawa air suci bersidh dari rumah yang sudah dirawat. Jangan belasah minum air jeram atau sungai di situ.
Banyak pusat perkelahan yang dikunjungi orang ramai kotor akibat daripada sikap tidak bertamadun dan beradap warga negara kita. Makan merata dan main bang saja sisa makanan. Kemudian buat kotor sini sana ikut suka mak bapak mereka. 

Memang bala datang hasil dari buatan tangan manusia juga. Kita semua perlu ambil tanggung jawab penting ini untuk jaga adap dan susila dalam bab kebersihan. Bukan saja kat rumah, malah di mana-mana sahaja hatta dalam hutan sekalipun.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Baca artikel ni dulu sebelum pi berkelah di air terjun Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !