Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 June 2016

Mereka ubah laman rumput jadi kebun sayur, bila nak mai Malaysia !

  Ano Nyme       09 June 2016

Pernah dengar tentang Fleet Farming, satu usaha yang mengubah laman rumput depan rumah bertukar menjadi kebun sayur untuk dijadikan sumber makanan masyarakat setempat ?

Fleet Farming merupakan salah satu usaha yang hebat untuk mengurangkan pencemaran di atas muka bumi ini.

Ya! mereka punya matlamat adalah untuk kurangkan pencemaran di atas muka bumi yang kita diami sekarang ini. Pelik juga kan ! macam mana usaha tanam sayur depan laman rumah menggantikan laman rumput boleh mengurangkan pencemaran atas muka bumi ?

Kebun sayur ganti laman rumput solusi pencemaran

Semuanya bermula daripada perkiraan bagaimana aktiviti mendapatkan sumber makanan menyumbang kepada masalah pencemaran mukabumi. Kiraannya begini;

  • Di Amerika, purata makanan bergerak daripada kebun ke atas meja makan sejauh 1500 batu. Itu jumlah yang jauh yang perlu diambil oleh pengangkutan untuk pengedaran sumber makanan kepada penduduk Aerika. Banyak berlaku pembakaran tenaga digunakan oleh sistem pengangkutan di situ.
  • Berdasarkan kiraan, semua itu membuatkan pembakaran sebanyak 10 kalori bahan bakar berasaskan fosil untuk setiap satu kalori yang dikeluarkan untuk manusia.
  • Laman rumput depan rumah adalah salah satu sumber pencemaran di Amerika. Sebabnya adalah;
    • Dengan jumlah 40 juta ekar laman rumput, sebanyak 3 juta tan baja kimia disembur ke tanah, 30 ribu tan racun serangga digunakan dan 800 juta gallon minyak petrol digunakan oleh mesin rumput.

Kebun sayur depan rumah

Untuk selesaikan semua masalah kat atas tadi, maka Fleet Farming tawarkan pada mereka yang berminat untuk tukarkan laman rumput depan rumah mereka menjadi kebun sayur-sayuran sebagai sumber makanan.

Hasil sayur yang ditanam tersebut dijual di restoran dan juga pasar dalam lingkungan 5 batu radius daripada lokasi sayur ditanam. Dan semua hasil sayur tersebut diangkut menggunakan basikal sahaja. Ini semua mengelakkan berbagai masalah pencemaran yang amat drastik.

Buat masa sekarang hanya baru ada 3 cawangan sahaja dan semuanya di Amerika. Mereka bercadamg untuk luaskan lagi aktiviti ini di seluruh dunia. 

Bagi mereka yang berminat boleh pergi dapatkan maklumat di sini untuk mohon kerjasama atau bawa projek hebat ini ke negara kita Malaysia.

Cuma masalahnya adakah rakyat negara kita bersedia untuk semua usaha tersebut. Terlalu banyak kekangan dan kebebesan aktiviti yang baik cuba diusahakan oleh rakyat menjadi batu penghalang. Kerajaan kita ada terlalu banyak tidak boleh sampai hancur kreativiti rakyat negara kita.

Kutip buah-buahan yang diabaikan

Setiap kali musim buah rambutan, saya lihat beribu-ribu pokok dan berjuta buah rambutan diabaikan terbuang begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memetik dan memakannya.

Program Fleet Farming tersebut menawarkan usaha untuk memetik segala buah-buahan yang terabai di laman atau kebun rumah. Selepas dipetik hasilnya akan dijual dan didermakan pada mereka yang mahu untuk menggalakkan aktivit makan buah.

Porjek ini rasa boleh dimulakan segera di negara kita semantara nak masuk musim buah rambutan sekarang. Mungkin juga ada buah durian yang terabai... ini tentu dapat sambutan hangat daripada mereka yang tak ada kebun durian.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mereka ubah laman rumput jadi kebun sayur, bila nak mai Malaysia !

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. kalau tgok kat kampung2 pun tanah tepi parit selamber je diorang tanam terung,bendi,jagung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... tapi tak ramai sangat rasanya yg buat begitu

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !